Jasmin Hamid menerima anugerah di International Drama Festival 2009 di Tokyo, Japan.
1. 2009 bakal menutup tirai dengan kejayaan dua buah drama tempatan iaitu NUR KASIH dan BICARA AUR DENGAN TEBING.
.
2. NUR KASIH menjadi fenomena di Malaysia dan Singapura. Bukan sahaja ia diikhtiraf ramai sebagai drama terbaik melayu yang terbaik pernah dihasilkan. Malah gaya pengarahan dan kerja kamera DOPnya juga mula menjadi ikutan pengarah drama selepas itu. Drama yang kini sedang ditayangkan oleh TV3, SURAYA dan BALQIS juga dilihat cuba mengikut gaya pengarahan Khabir Bakhtiar. Khabir Bahktiar telah meletakkan satu bench mark baru dalam gaya pengarahan pengarah drama melayu untuk masa-masa akan datang.
.
.
3. BICARA AUR DENGAN TEBING terbitan untuk RTM juga telah mendapat anugerah SPECIAL AWARDS fOR fOREIGN DRAMA di INTERNATIONAL DRAMA FESTIVAL 2009 di Tokyo, Japan baru-baru ini.
.
4. Jarang saya menonton sebuah drama episod melayu dari episod satu hingga akhir. Tapi untuk BICARA AUR DENGAN TEBING saya berkesempatan menontonnya. Kerana itu saya boleh menilai kualiti skrip drama tersebut dan saya mengucapkan tahniah kepada penulis skripnya CHE LI (NAZLI JAAFAR) kerana telah melahirkan skrip yang sukar tapi menarik kerana berjaya menarik perhatian saya untuk menonton setiap episod dari drama bersiri tersebut.
.
5. Saya mencadangkan agar penerbit kedua-dua drama tersebut bertindak pro aktif untuk menjual drama tersebut ke pasaran luar negara, agar dunia di luar sana dapat melihat serta menilai budaya melayu yang dipaparkan dalam drama terbaik seperti ini. Kenapa tidak kita usahakan "The Malaysian Wave' pula seperti mana The Korean Wave pernah melanda Asia Pasifik satu ketika dahulu sehingga menyebabkan industri pelancungan Korea Selatan meningkat sebanyak 70% selepas banyak drama-drama terbaik Korea Selatan ditayangkan di station-station tv di Malaysia, Singapore, Indonesia, Brunei, Hong Kong, Taiwan, Thailand dan juga Iran.
.
6. Mungkin ramai tidak mengetahui drama bersiri yang diterbitkan untuk RTM, CINTA MADINAH terbitan Anugerah Media Network Sdn Bhd kini sedang ditayangkan di IQRA TV di Arab Saudi. Drama tersebut telah dialih bahasakan ke dalam bahasa Arab. IQRA TV juga boleh di tonton oleh hampir kesemua negara-negara Arab.
.Logo IQRA TV Arab Saudi
7. Kejayaan CINTA MADINAH adalah atas inisiatif pro aktif penerbitnya sendiri yang berusaha menjual drama tersebut ke Arab Saudi.
.8. NUR KASIH dan BICARA AUR DENGAN TEBING tidak patut disimpan hanya sebagai khazanah industri drama tempatan dalam 'store' semata tapi ia patut di eksport ke luar negara.
.
9. Kenapa tidak kita jual kepada Iran dan Turki sebagai permulaan?
Comments
No response to “EKSPORT DRAMA KITA YANG TERBAIK”
Post a Comment | Post Comments (Atom)
Post a Comment