ANTARA DRAMA MELAYU DAN CHANNEL ANIMAL PLANET

Tuesday, November 17, 2009


1. Tulisan wartawan hiburan Berita Harian Sdr Zainur hari ini mengenai 'make-over' terlampau artis wanita dalam drama tv tempatan menarik perhatian saya.
.
2. Saya sendiri banyak kali mengalaminya dalam beberapa drama saya.
.
3. Pernah dalam satu drama saya, dalam babak di mana seorang ibu miskin di kampung digambarkan sedang memegang buku bank mengeluh kerana baki duit dalam buku banknya itu terlalu sedikit untuk membayar fee peguam yang membela anaknya. Anaknya ketika itu telah di dakwa di mahkamah atas tuduh terlibat dalam satu kes bunuh. Tapi si ibu tersebut memakai gelang tangan bertimbun di lengan, kening yang telah di cukur dan baju kurung moden yang mahal harganya.
.
4. Saya mengeluh panjang melihat visualnya kerana dalam skrip saya tidak pula dinyatakan si ibu tersebut mesti memakai dan berketerempilan seperti orang korporat atau orang bandar yang mewah untuk watak ibu miskin di kampung yang hanya tinggal di rumah kayu sahaja itu. Penyakit suka 'make over' terlampau ini bukan sahaja berlaku pada pelakun wanita muda tapi juga berlaku pada pelakun wanita yang sudah lanjut usia. Mereka lebih mengutamakan penampilan diri dari menghayati dan mengangkat watak dalam skrip.
.
5. Pengarah juga tidak peka dalam mengangkat hasil kerja yang diamanahkan kepadanya.
.
6. Kita tidak boleh memperbodohkan khalayak penonton kita.
.
7. Mereka akan cepat meluat dengan visual tak berpijak pada bumi nyata tersebut dan akan segera menukar ke channel lain. Mungkin pada mereka menonton channel Animal Planet lebih baik dari menonton drama melayu.

Comments

3 Responses to “ANTARA DRAMA MELAYU DAN CHANNEL ANIMAL PLANET”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

Tieyrratieyrra said...

Hmm,btul gak 2..
mmg nmpak x real..
dorg ingat remeh jew..padahal 2 yg penonton nmpak dlu..

November 17, 2009 at 11:57 PM
kelisa_samudera said...

mereka tidak pernah menghayati watak mereka sendiri

November 18, 2009 at 5:50 AM
Ajami Hashim said...

Salaam sdra zabidi,

nak mintak jasabaik sdra utk tonton & komen cerekarama Tunjang Sa'adah skrip sulung saya kat sini: YOUTUBE

terimakasih :-)

November 18, 2009 at 7:25 AM