Showing posts with label filem Iran. Show all posts
Showing posts with label filem Iran. Show all posts

BASIKAL ITU

Wednesday, November 18, 2009

1. Minat saya pada karya Majid Majidi, Pengarah tersohor Iran seperti Children's of Heaven dan Colour Of Paradise membawa saya kepada penghasilan BASIKAL ITU yakni sebuah telemovie yang pernah ditayangkan suatu masa dulu pada 2005 di RTM.
.
2. Ianya mengisahkan bagaimana dua orang kanak-kanak lelaki berkawan baik berusaha belajar mendeklamasikan puisi demi merebut sebuah basikal yang dijadikan hadiah utama pertandingan membaca puisi di peringkat sekolah. Perebutan yang akhirnya membawa pergaduhan antara mereka berdua.
.
3. Untuk tema puisi pada drama ini saya telah menemui Sasterwan Negara Datuk A. Samad Said untuk mengajaknya berlakun sama. Hanya dua babak sahaja yang melibatkan babak Datuk A. Samad Said. Alhamdulillah dia setuju berlakun untuk membawa watak dirinya sendiri dalam drama itu.
.
4. Drama ini mendapat pujian daripada ramai golongan akademik di IPT dan juga para guru. Walaupun hanya sekadar cerita kanak-kanak tetapi dia mengangkat satu mesej universal yang cukup besar untuk manusia sejagat.
.
5. Basikal Itu mengangkat mesej kasih sayang, kesetiaan, pengorbanan, setiakawan, kemaafan dan kejujuran.
.
6. Drama terbitan NHF Production Sdn Bhd (NHF) ini telah diarahkan oleh Johari Yusof (JY).
.
7. Untuk mengangkat nilai sinematografinya khidmat Director Of Photografi (DOP) filem tersohor Indra Che Muda yang telah banyak menjadi kameramen dalam banyak filem tempatan telah diambil. Jarang sebuah drama menggunakan khidmat kameramen filem kerana professional fee mereka agak mahal. Tapi penerbitnya Puan Nora Hendon (NHF) sanggup berbelanja besar kerana dia nampak ada kelainan dan keunikan pada story line Basikal Itu.
.
8. Saya selalu percaya 'A good movie always comes from a simple and moving story line'.
.
9. Basikal Itu mungkin tidak setanding untuk dibandingkan dengan Children's Of Heaven atau Colour Of Paradise yang telah mendapat pengikhtirafan dunia tapi saya bangga dan bersyukur dapat menghasilkannya.
.
10. Basikal Itu telah dicalonkan ke peringkat final dalam ANUGERAH SERI ANGKASA pada 2006. Walaupun tidak menang tapi pencalonannya adalah satu kepuasan buat saya.
.
11. Saya akan download BASIKAL ITU ke dalam Youtube dalam masa terdekat ini untuk tatapan dan tontonan semua.
.
PENGUMUMAN

Saya akan menayangkan keseluruhan cerita BASIKAL ITU ini pada kelas penulisan skrip saya pada Sabtu ini. Para peserta kursus diingatkan agar membawa tissu sendiri sebagai persediaan untuk mengesat air mata.
.

IRAN & DRAMA KOREA

Thursday, October 15, 2009

1. Serial drama Korea DAE JANG GEUM (JEWEL IN THE PALACE) adalah antara drama Korea yang telah mengujudkan The Korean Wave sekitar hujung 90an selain drama WINTER SONATA, AUTUMN IN MY HEART dan beberapa tajuk lagi.
.
2. Drama JEWEL IN THE PALACE ini juga telah melonjakkan nama pelakun utamanya LEE YOUNG AE sebagai antara pelakun Korea paling di kenali di dunia apabila banyak negara Asia seperti Jepun, Taiwan, Singapura, Indonesia, Malaysia dan Brunei menayangkannya.
.
3. Malah ketika ditayangkan di tv Iran, masyarakat Iran cukup meminati drama ini dan pelakun utamanya Lee Young Ae.
.
4. Kerana popularnya Lee Young Ae di Iran, sebuah stesyen tv di Iran telah ke Seoul Korea Selatan untuk menemui dan menemuramah Lee Young Ae atas permintaan peminatnya di Iran.
.
5. JEWEL IN THE PALACE yang diangkat menggunakan cinderalla type story line digarap begitu baik dengan mengangkat nilai serta kebanggaan masyarakat Korea kepada tradisi nenek moyang mereka. Mesejnya agak universal. Kisah cinta sebagai sub plot yang dipaparkan tidak mempunyai elemen maksiat. Maka sebab itu Iran yang agak ketat dengan nilai syariat dan moral menerimanya untuk tatapan khalayak penontonnya.
.
6. Kita tidak perlu filem seperti Anu Dalam Botol...untuk 'melutut' pengikhtirafan dunia.

LIBERALISME DAN NILAI ISLAM DALAM SESEBUAH KARYA

Wednesday, August 19, 2009

1. Saya ada membaca artikle yang ditulis oleh wartawan hiburan Zainuri Misfar (gambar atas) mengenai Yasmin Ahmad yang bertajuk "Benarkah filem Yasmin Ahmad karya tanah air paling hebat?" Seperti dijangkakan artikle tersebut menerima banyak respon pro dan kontra.



2. Saya sebagai seorang pengkarya menyokong tulisan Zainur Misfar tersebut.



3. Kreativiti Yasmin Ahmad dan kredibilitinya dalam menghasilkan karya-karya yang baik tidak dapat dinafikan apatah lagi dia menerima banyak anugerah dan pengikhtirafan dalam dan luar negara. Karya-karya Yasmin Ahmad memang baik tetapi bukanlah yang terbaik kata Zainur Misfar lagi.



4. Namun seperti kata Zainur Misfar, "kita tidak seharusnya membaca sub teks sesebuah karya itu secara selapis sahaja. Karya Yasmin berat sebelah, tidak realistik, menyindir orang melayu, mengajak orang melayu dan islam supaya berfikir liberal".



6. Ada benarnya pendapat Zainur Misfar itu. Saya menyokongnya.



7. Iklan Petronas sempena Kemerdekaan Negara mengenai seorang kanak-kanak Tan Hong Ming yang menyatakan dia mempunyai seorang girl friend bernama Umi Qazrina dan Umi pula kemudiannya mengaku Tan Hong Ming juga adalah boy friendnya, walaupun kreatif, unik dan lucu tapi sebenarnya terkandung tema dan mesej liberalisme yang sangat diperjuangkan Yasmin Ahmad dalam karya-karyanya. Itu signature Yasmin Ahmad dalam kebanyakkan kerya-karyanya. Sepet dan Gubra juga mempunyai tema dan mesej yang sama. Iklan Petronas mengenai kisah Tan Hong Ming dan Umi Qazrina ini pada saya menghina melayu dan islam.



8. Yasmin Ahmad seolah-olah mahu mengajak orang melayu supaya bersikap liberal dalam beragama. Seolah-olah padanya "Kita memang nak Islam tapi jangan Islam sangat." Ini nilai yang diperjuangkan Yasmin Ahmad dalam hampir kesemua karya-karyanya.



9. Saya tidak mahu menyentuh mengenai soal peribadi orang yang telah meninggal. Tapi pada saya karya-karya seseorang masih boleh dibincang dan diperdebatkan walaupun dia telah meninggal.



10. Orang melayu dan islam mesti bukan sahaja pandai 'menonton' tapi mesti juga pandai 'membaca' yang tersirat disebalik yang tersurat dalam sesebuah karya.

SAMBUNGAN - posting MENONTON & MEMBACA YANG TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT

Thursday, August 13, 2009

SAYA SEDANG MENULIS SAMBUNGAN POSTING MENGENAI FILEM KANDAHAR SEBELUM INI....

SYARIAT DIUTAMAKAN, KREATIVITI DI RAIKAN

Sunday, August 2, 2009


1. Saya telah terbeli satu vcd filem Iran bertajuk LEILA dari seorang penjual vcd ketika makan malam di Nasi Lemak International Kampung Bharu pada tahun 2000. LEILA ketika itu adalah filem Iran yang ketiga saya tonton selepas CHILDREN OF HEAVEN dan THE FIVE SEASONS.

2. Tema dan story line LEILA arahan Dariush Mehrjui agak biasa-biasa sahaja. Sama seperti story line drama-drama melayu yang biasa kita tonton di tv. Tapi ada satu perkara yang menarik yang saya dapat dan pelajari dari filem Iran ini.

3. Sinopsis - Kisah seorang isteri muda, Leila diminta ibu mertuanya membenarkan suaminya Ali berkahwin lagi apabila Leila gagal melahirkan zuriat walaupun telah beberapa tahun berkahwin. Leila menolak pada awalnya tetapi kerana kebijaksanaan ibu mertuanya memujuk dan merayu secara lembut dan berhikmah, Leila akhirnya 'terpaksa' bersetuju. Ali suaminya juga walaupun menolak awalnya tapi bersetuju untuk berkahwin lagi dengan syarat Leila sendiri bersetuju dengan calon pilihan ibunya. Ali akhirnya berkahwin setelah beberapa pilihan ibunya ditolak oleh Leila. Sudah menjadi adat dan budaya di Iran, suami biasanya akan membawa balik isteri kerumahnya. Pada malam Ali membawa isteri keduanya balik ke rumah, Leila lari balik ke rumah keluarganya. Selepas isteri kedua Ali melahirkan anak, isteri keduanya yang faham akan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh Leila telah menyerahkan anaknya pada Leila dan selepas itu lari meninggalkan Ali. Sudah menjadi signature kepada banyak filem Iran akhiran ceritanya dibiarkan tergantung agar penonton berfikir sendiri apa berlaku selepas itu antara Leila dan isteri kedua Ali.

4. Apa yang menarik pada cerita LEILA ini ialah bagaimana syariat pelakunnya dijaga dan ditegakkan sesuai dengan syarat ketat diberikan para ulamak Iran pada golongan pengkarya mereka. Umum sudah sedia maklum di Iran babak lucah, berpegang tangan dan berpeluk antara pelakun bukan muhrim memang diharam dan dilarang keras oleh para ulamak dan kerajaannya. Ini sesuai dan tepat dengan apa yang dituntut oleh syariat Islam sendiri.

5. Paling menarik perhatian saya dalam LEILA adalah dalam satu babak dipaparkan bagaimana LEILA berbaju tidur dan digambarkan sudah menanggalkan tudungnya ketika berbual dengan Ali dalam bilik tidur. Leila menangis semasa berbincang tentang perkahwinan suaminya. Cuma cara Leila dipaparkan secara visual tidak bertudung agak unik dan kreatif. Wajah Leila yang tidak bertudung disembunyikan disebalik bayang-bayang gelap almari pakaian yang terdapat di bilik tersebut. Hanya suara dan tangisan (voice over - V.O) Leila sahaja yang kedengaran. Ali ketika itu hanya duduk di hujung katil mengadap cermin meja di tepi dinding bilik.

6. Walaupun agak tidak natural dan tidak realistik untuk memaparkan babak isteri berbual dengan suami dalam bilik tidur dalam keadaan bertudung, namun pengarahnya secara kreatif telah menyembunyikan aurat (tidak bertudung) Leila tersembunyi di balik bayang-bayang almari bilik boleh diterima. Saya anggap ini amat kreatif pada pengarahnya yang terpaksa akur dan patuh pada pantang larang syariat. Jelas kekangan dan pantang larang syariat tidak mematikan kreativiti seorang pengkarya atau pengarah (Dariush Mehrjui). Leila berjaya mengangkat emosi seorang perempuan dalam naskahnya.

Akan bersambung.....