1. Saya hanya sempat menonton beberapa episod sahaja drama bersiri NUR KASIH di TV3, arahan Kabir Bakhtiar. Tapi anak-anak perempuan saya menjadi peminat utama drama tersebut dan saya menggalakkan mereka menontonnya. NUR KASIH adalah drama melayu terbaik yang pernah saya tonton.
.
2. Tahniah buat TV3, pengarahnya, penulis skrip, para pelakun dan semua tenaga kerjanya..
3. NUR KASIH jauh lebih baik dari drama-drama Indonesia. Ibarat langit dengan bumi. Buktinya ianya bukan sahaja jadi fenomena di Malaysia tapi juga di Singapura. Saya juga percaya penonton di Selatan Thailand dan Brunei yang dapat menonton siaran tv3 juga tentu meminati drama tersebut..
4. Tak perlu kita terlalu mengagung-agungkan drama indonesia..
5. Tak salah kalau kita hanya mengambil yang terbaik dari mereka. Tapi hakikatnya yang dilambakkan pada khalayak penonton kita kini bukan sahaja teruk dari segi mutu pengarahan tapi juga banyak yang melanggar sempadan budaya dan aqidah penganut Ahlil Sunnah Wal Jamaah kita di Malaysia.
.
6. Selain penulis skrip yang terlibat dalam NUR KASIH (tabik 'spring' dan tahniah buat mereka bertiga), kita juga punya penulis skrip yang baik dan hebat seperti Mazelan Manan dan Marthias Ali. Beri mereka peluang dan ruang untuk menghasilkan lebih banyak drama.