1. Pelbagai komen pro dan kontra pernah saya dengar mengenai latarbelakang kehidupan, pemikiran dan peribadi arwah Yasmin Ahmad.Saya hanya mampu mendengar tapi tidak mahu memberi sebarang komen. Cukup saja kiranya saya mengambil ikhtibar dari kisah hidup seseorang yang telah dipanggil pulang ke pangkuan Illahi. Apatah lagi dalam islam sendiri kita dilarang menceritakan hal-hal buruk atau negatif tentang simati.
2. Saya jarang menonton filem-filem sentuhan YASMIN AHMAD tapi saya adalah antara yang pertama menonton karya beliau RABUN ketika dibuat pra tonton di DEWAN BAHASA & PUSTAKA satu ketika dahulu.Setelah selesai menonton saya jadi kurang selesa dengan moral value yang cuba dipaparkan dalam RABUN hingga saya mempersoalkan apa mesej sebenar RABUN. Kebetulan ketika sessi soal jawab selepas pra tonton RABUN itu seorang penonton bertanyakan pada Yasmin Ahmad apa yang terbuku dalam hati saya. Yasmin Ahmad menjawab dengan rengkas, “Ini cerita sebenar mengenai kehidupan kedua ibubapa saya. Saya buat filem ini pun untuk ibubapa saya.” Namun babak suami isteri mandi bersama dalam keadaan berkemban yang diakui Yasmin Ahmad adalah kelakuan sebenar ibu dan ayahnya dalam RABUN tidak perlulah divisualkan secara berlebihan. Ketika RABUN ditayangkan di kaca TV, babak mandi suami isteri berkemban itu telah ditapis.
3. Selepas RABUN hasil karyanya yang terkemudian banyak yang mengangkat mesej mengenai percintaan antara melayu dan bukan melayu berlainan agama. Yasmin Ahmad begitu obsess dengan latar dan story line sebegini. Mungkin kerana dia sendiri berkahwin dengan seorang muallaf berbangsa China.
4. Seperti RABUN saya masih mempersoalkan apa mesej sebenar yang hendak disampaikan oleh Yasmin Ahmad dalam kebanyakkan karya-karyanya. Yasmin pada saya terlalu liberal dalam beragama. Melayu yang dipaparkan dalam karya-karyanya adalah melayu yang liberal dan melayu yang hanya menjadikan agama hanya satu rutin ritual semata.
5. Saya tidak mahu menjatuhkan apa-apa hukuman ke atas arwah Yasmin Ahmad.Itu bukan kerja saya. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah. Hanya Allah sahaja yang layak memberi pahala dan menjatuhkan hukum ke atas hamba-hambanya.
6. Saya akui Yasmin Ahmad amat berpengaruh dalam industri perfileman di Malaysia apatah lagi karya sentuhan beliau telah banyak diikhtiraf di dalam dan luar negara.
7. Orang kreatif seperti Yasmin Ahmad atau pengkarya-pengkarya sepertinya patut di dekati golongan agama dalam satu usaha atau koliberasi penghasilan filem genre dakwah yang amat kurang dihasilkan di Malaysia.
8. Koleberasi antara Yasmin Ahmad dan PETRONAS dalam menghasilkan iklan-iklan untuk tema musim-musim perayaan seperti hariraya dan kemerdekaan amat berkesan dihati penonton.
9. Bayangkan kalau golongan agama dapat berkoleberasi dengan para pengkarya yang kreatif dalam menghasilkan filem genre dakwah. Tentu akan lahir banyak karya-karya yang dapat MENGAJAK MANUSIA KEPADA KETAQWAAN. Karya yang baik boleh dijadikan ibadah dan bekalan kita diakhirat kelak.
10. Moga pemergian Yasmin Ahmad kerahmatullah menjadi ikhtibar kepada semua golongan pengkarya termasuklah saya juga. Al Fatihah.
Comments
3 Responses to “YASMIN AHMAD”
Post a Comment | Post Comments (Atom)
Ustaz,
July 27, 2009 at 6:59 PMYasmin sbg pembikin filem bukan nak mengajar. Dia bukan ustaz/ah. Dia cuma sampaikan kenyataan "ini yang dia rasa." Begitulah. Jika tidak setuju tidak mengapa.
Tapi maaf cakap la. Dia lebih berjaya membawa mesej kasih sayang dari blog2, ceramah2 dan buku2 ramai "golongan agama."
Sedihkan.
Salam Ustaz,
July 29, 2009 at 5:02 AMTentang arwah Yasmin Ahmad, saya sependapat dgn sdr Faisal Tehrani iaitu "berbeza ideologi tetapi apa salahnya berkawan". Sayang sekali, dia pergi terlalu awal. Hanya Tuhan yang tahu kenapa.
Salam,, sebagai orang yg rapat dgn dunia karya saudara tidak patut mengemukakan komen spt itu coz saudaralah org yg sepatutnya berbuat demikian.
August 2, 2009 at 12:46 AMPost a Comment