MENONTON & MEMBACA YANG TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT

Wednesday, July 22, 2009


1. Saya pernah menonton KANDAHAR (1998) arahan Mohsen Makhmalbaf di panggung. Ada keunikan dan kelainan pada latar cerita kerana ianya secara dekat cuba memaparkan realiti kehidupan masyarakat Islam di Afghanistan sebelum era 11 September. Filem itu dibawa masuk ke Malaysia untuk tontonan ramai oleh Sister In Islam (SIS), Malaysia Aids Council (MAC) dan Amnesty International (AI).

Sinopsis - kisah seorang wanita dan wartawan dari Kanada berketurunan Afghanistan menerima surat dari adiknya di Kandahar yang menyatakan akan membunuh diri. Wanita tersebut pergi ke Afghanistan untuk menyelamatkan adiknya dari membunuh diri. Dalam perjalanan untuk menyelamatkan adiknya di Kandahar itu dia terpaksa menyamar memakai burka(purdah) dan menyurukkan tape recorder dalam burkanya untuk merakamkan pengalamannya berdepan dengan Taliban. Dia walau bagaimanapun gagal menemui adiknya itu.

2. Namun setelah menonton KANDAHAR saya tertanya-tanya apa niat dan tujuan SIS dan MAC bersekongkol dengan Amnesty International membawa masuk filem KANDAHAR ini ke Malaysia? Kenapa KANDAHAR dipilih dan tidak tajuk-tajuk filem yang lain?

3. Sebagai pengkarya saya tidak sahaja menonton tapi juga ‘membaca’ KANDAHAR dari sudut sisi yang berbeza. Saya cuba membaca apa yang tersirat di sebalik yang tersirat dalam KANDAHAR.

4. Untuk membaca apa yang tersirat dari yang tersurat di sebalik sebuah karya, siapa pengkarya (penulis skrip & pengarah) di belakang pembikinannya juga mesti dikaji latarbelakang hidup, ruang lingkup sosial, pendidikan dan pemikiran mereka.

5. Siapa pengarahnya Mohsen Makhmalbaf? Dia dianggap pengarah newave di Iran yang menentang rejim pemerintahan Khomeini dan Presiden Ahmadenejad. Mohsen kini adalah merupakan jurucakap resmi Mir Hossein Mousavvi calon Presiden Iran yang menentang Presiden Ahmadenejad pada pilihanraya Presiden 2009, Jun baru-baru ini. Mir Hossein Mousavvi bersama dengan para penyokongnya telah mengadakan demonstrasi jalanan setelah kalah dalam pilihanraya tersebut.

6. Mohsen banyak melahirkan filem yang mendapat pengikhtirafan antarabangsa. Namun beberapa filemnya telah diharamkan tayangannya di Iran antara judul filemnya yang di haramkan ialah : a. Time Of Love (1990), The Nights Of Zayande Road (1990), Bread and Flower Pot (1995), The Silence (1997) dan Naser-ed-din Shah (1991).


7. Kerana itu tidak mustahil Mohsen Makhmalbaf yang pro barat banyak melahirkan filem-filem yang mengangkat mesej anti pembaharuan yang dibawa oleh golongan Mullah di Iran dan golongan agama di Afghanistan. Cerita sebegini amat di minati oleh Amnesty International yang selalu mencari ruang dan peluang untuk memberi imej buruk kepada Islam di mata dunia.


8. Begitu juga siapa di belakang SIS, MAC dan Amnestry International juga perlu dibongkar. Apa perancangan dan agenda perjuangan mereka juga perlu di ‘telanjangkan’.


entry ini akan di sambung......

Comments

No response to “MENONTON & MEMBACA YANG TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT”
Post a Comment | Post Comments (Atom)