1. Saya menyambut baik usaha KARYAWAN menubuhkan Bank skrip. Kabarnya sudah ada hampir 30 skrip yang terkumpul dan sedia ditawarkan pada penerbit filem yang berminat.
2. Sebenarnya banyak skrip yang telah di banksripkan secara tidak resmi. FINAS kalau tidak silap saya sudah hampir sepuluh tahun menganjurkan Pertandingan Menulis Skrip dan setiap tahun lebih 300 penyertaan diterima. Jika dikira 300 skrip darab dengan sepuluh tahun tentulah FINAS kini sudah mempunyai hampir 3000 skrip dalam simpanan mereka. Skrip EMBUN dan PALOH adalah antara skrip yang lahir dari Pertandingan Skrip Finas.
3. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) juga pernah tiga tahun menganjurkan Pertandingan Menulis Skrip Berunsur Islam. Setiap kali dianjurkan IKIM juga menerima hampir 300 skrip. Jika dikira 300 skrip darab 3 tahun, maka IKIM juga sudah mempunyai 900 skrip berunsur islam dalam simpanan mereka.
4. Saya percaya Screen Writers Association of Malaysia (SWAM) sendiri mungkin ada Bank skrip sendiri kerana SWAM mempunyai keahlian dari kalangan penulis skrip yang ramai.
5. Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) juga kerap menganjurkan pertandingan skrip sejak 20 tahun lalu.
6. Para penulis skrip yang baru atau penulis skrip yang tidak mempunyai networking dengan para penerbit atau station tv elok menghantar skrip mereka pada Bank skrip Karyawan ini. Sila layari http://karyawan.com.my/bps/ untuk keterangan dan maklumat lanjut.
Comments
No response to “KARYAWAN & BANK SKRIP”
Post a Comment | Post Comments (Atom)
Post a Comment