1. Untuk entry ini saya tidak berniat untuk menyokong atau tidak menyokong mana-mana pihak samaada Che Li atau JS Pictures milik pasangan suami isteri Jinggo dan Sheila Rusly. Saya juga tdak berminat untuk mencungkil siapa yang benar dan siapa yang salah. Kesemua mereka adalah orang tersohor belaka. Che Li pernah memenangi Anugerah Penulis Skrip Terbaik dalam Anugerah Skrin TV3 melalui drama Ijtihad dan Jinggo juga adalah pemenang dalam anugerah yang sama sebagai Pengarah Terbaik dalam telemovie yang sama. Begitu juga dengan Sheila Rusly juga pernah memenangi beberapa anugerah dalam industri.
2. Saya mahu menulis isu ini dari perspektif professionalisme seorang peguam dan bekas majistrate yang faham tentang selok belok perundangan sivil dan jenayah.
3. Saya melihat tindakan Che Li membuat kenyataan akhbar untuk menghebahkan bahawa dia telah menerima ugutan dari JS Pictures dan telah melapurkannya kepada polis adalah satu tindakan yang pra matang dan agak terburu-buru.
4. Dari sudut pandangan undang-undang maksud ‘ugutan’ atau dalam bahasa inggerisnya ‘threat’ itu telah diberi satu tafsiran yang agak ketat.
5. Ugutan dari segi legal mestilah secara spesifiknya bermakna ‘a person making a direct physical threat to another person. A threat is the expression of an intention to injure or to kill another person or to destroy or damage another person property. And it must be real threat not an imigination per se” Inilah yang dinamakan sebagai ugutan jenayah.
6. Che Li patut bertanya pada dirinya dahulu sebelum membuat lapuran polis. “Adakah ugutan jenayah untuk mencederakannya atau membunuhnya atau memusnahkan harta bendanya ujud dalam sms yang diterimanya dari Jinggo atau Sheila Rusly?”. Jika jawabnya YA, maka bukti kandungan sms berbentuk ugutan jenayah yang dinyatakannya secara nyata dan terang itu mesti di kemukakan pada pihak polis. Jika lapuran polis itu berkaitan satu ugutan bunuh atau ancaman pada fizikal dan hartabendanya maka tindakan membuat lapuran polis adalah betul dan tepat. Namun tidak perlulah Che Li memanggil sidang akhbar seolah-olah untuk menggambarkan dia menerima ugutan bunuh atau kecedreaan keatas diri atau hartabendanya kerana semuanya kini setelah dilapurkan pada polis adalah terletak pada siasatan dan bidang kuasa pihak polis.
7. Sebaliknya jika sms yang dihantar oleh Jinggo atau Sheila Rusly TIDAK ADA sebarang ugutan jenayah menurut tafsiran yang saya nyatakan tadi maka dari sudut sivil, JS Productions pula berhak mengambil tindakan sivil di mahkamah sivil ke atas Che Li atas dakwaan membuat kenyataan berunsur fitnah dengan niat untuk memalukan dan merosakkan reputasi dan nama baik JS Pictures.
8. Episod seperti ini tidak sepatutnya berlaku malah boleh dielakkan jika Che Li faham undang-undang.
9. Persatuan seperti SWAM dan PPTV patut ada penasihat undang-undang mereka sendiri untuk menasihatkan para ahlinya.
10. Namun saya berharap episod antara Che Li dan JS Production ini dapat diselesaikan tanpa melibatkan sebarang proses mahkamah.
11. SWAM dan PPTV mungkin boleh jadi orang tengah untuk menyelesaikan perkara ini dengan berhemah dan matang.
Comments
No response to “CHE LI -V- JS PRODUCTION”
Post a Comment | Post Comments (Atom)
Post a Comment