TABUNG KEBAJIKAN PENGGIAT SENI

Wednesday, January 27, 2010

KSU KPKK

1. Kelmarin 26 Jan (Selasa) saya telah menghadiri 'Majlis Taklimat Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan & Komunikasi (KPKK) Bersama Para Penggiat Seni' di Auditorium P. Ramlee, di RTM. Ramai para penerbit drama yang hadir termasuk wakil dari Media Prima.
.
2. Majlis tersebut diadakan bertujuan bagi mendengar pandangan balas dan input dari para penerbit filem dan drama berkait dengan cadangan KPKK untuk mengujudkan Tabung Khas Dana Kebajikan Untuk Penggita Seni. Menurut KSU sebagai tanda keikhlasan dan keseriusan kerajaan dalam membela kebajikan golongan penggiat seni maka KPKK telah memperuntukkan geran awal berjumlah sebanyak RM3 juta. Tabung ini walau bagaimanapun masih dianggap kecil dan perlu difikirkan cara dan kaedah lain untuk diperbesarkan dananya.
.
3. Dalam majlis taklimat tersebut KSU telah melontarkan cadangan agar 1% daripada bayaran yang diterima oleh para penerbit drama (terutamanya di RTM) di potong untuk disumbangkan kepada tabung kebajikan tersebut. KSU telah menyebut bahawa para penyanyi atau pelakun yang ditimpa musibah atau sakit tenat boleh mendapat bantuan dan sumbangan dari tabung yang bakal diujudkan itu.
.
4. Kenyataan KSU ini mendapat reaksi berbeza daripada hadirin. Suasana mula menjadi begitu emotional tapi terkawal.
.
5. Othman Hafsham yang pertama bangun untuk menyatakan tidak puas hatinya atas cadangan potongan 1% tersebut. Othman Hafsham meminta supaya diberikan definasi terlebih dahulu apa dan siapa yang dimaksudkan sebagai 'penggiat seni' itu. Pada pendapat Othman Hafsham, tidak adil jika hanya penerbit drama sahaja yang menyumbang dan dipotong 1% jika para pelakun hanya mahu menerima manafaat dari tabung tapi para pelakun itu sendiri tidak mahu bayaran untuk khidmat lakunan mereka juga di potong 1%.
.
6. Begitu juga kenapa penerbit drama pula kena menyumbang untuk membela kebajikan penyanyi yang langsung tidak ada kena mengena dengan dunia penerbitan drama.Penyanyi sendiri juga patut dipotong 1% bayaran yang mereka terima untuk tabung kebajikan tersebut. Kata Othman Hafsham lagi, golongan penyanyi dan pelakun kena tolong diri mereka sendiri sebelum mengharapkan bantuan dari tabung kebajikan.
.
7. Kenyataan Othman Hafsham ini mendapat tepukan gemuruh dari semua hadirin yang memenuhi Auditorium P. Ranlee hari itu.
.
8. Betul apa yang dikatakan oleh Othman Hafsham itu. Siapa sebenarnya 'penggiat seni yang dimaksudkan itu? Adakah hanya golongan 'penyanyi' dan 'pelakun' sahaja kerana selama ini yang kita lihat, jika golongan pelakun dan penyanyi ditimpa musibah atau terlantar di hospital hanya mereka sahaja yang akan mendapat bantuan kewangan dari pelbagai pihak dan dari pelbagai tabung hingga menjadi berita utama di dada akhbar.
.
9. Macam mana dengan penulis skrip, director, asst director, editor, DOP, PM, make up artis, audio man,boom man dan lain lain lagi? Golongan ini kalau terlantar di hospital tidak ada siapa pun yang peduli.
.
10.Selain Othman Hafsham, Jurey Rosli (Presiden Persatuan Penerbit TV), En Ismail Ahmad (Presiden Screen Writers Association) dan Datin Paduka Suhaimi Baba juga bangkit memberi pandangan menyokong keluhan dan kekecewaan Othman Hafsham tersebut.
.
11. Siapa 'penggiat seni' perlu dikenal pasti dan dijelaskan terlebih dahulu sebelum tabung tersebut hendak dilancarkan dan beban tidak patut diletakkan hanya pada para penerbit drama. Menurut Jurey Rosli hakikatnya majority penerbit drama sedang 'sakit tenat' ketika ini.
.
12. Walau bagaimanapun saya memuji langkah KSU mengumpulkan para penerbit drama untuk mendengar pandangan balas dan input dari mereka.KSU telah berjanji akan mengambil kira semua pandangan yang telah diterimanya agar potongan 1% tersebut akan melibatkan bukan sahaja penerbit drama tapi siapa sahaja yang mahu menggelarkan diri mereka sebagai 'penggiat seni'.

SEPARUH NYAWA KU PERGI

Friday, January 22, 2010



PENGUMUMAN
.

SAYA SEKELUARGA TELAH DISAMUN PADA JAM 2.30 PETANG KHAMIS LALU. SEKUMPULAN 4/5 ORANG LELAKI MELAYU MEMAKAI TOPI KELEDAR BERSENJATAKAN PISAU TELAH MENYERBU KE DALAM RUMAH SECARA TIBA-TIBA KETIKA SAYA SEDANG MELAYARI INTERNET. PISAU DILETAKKAN KE LEHER SAYA. MUNGKIN KERANA MULUT SAYA YANG 'MEMBEBEL' DAN 'CELUPAR' MEREKA TELAH MELANYAK, MEMBELASAH DAN MEMUKUL SAYA DENGAN TERUK SEHINGGA SAYA CEDERA DI MATA DAN TERPERESOK DI BAWAH MEJA. KETIKA ITU SAYA RASA 'SEPARUH NYAWA KU PERGI'.
.

MEREKA KEMUDIAN TELAH MEMBAWA LARI LAP TOP, PEN DRIVE, BROAD BAND, HAND PHONE, KAMERA, SEJUMLAH KECIL WANG TUNAI DAN BEBERAPA BARANGAN LAIN LAGI. AKIBATNYA SAYA TELAH TURUT KEHILANGAN SEMUA DATA DALAM LAP TOP DAN PEN DRIVE. SAYA JUGA KEHILANGAN RATUSAN NAMA DAN NOMBOR TALIPON KENALAN SERTA RAKAN TAULAN YANG TERSIMPAN DALAM HAND PHONE YANG TELAH DI BAWA LARI.
.

KINI SEMENTARA WAKTU, SEHINGGA SAYA MENGUMPUL DUIT UNTUK MEMBELI LAP TOP BARU, SAYA HANYA MAMPU MELAYARI INTERNET DAN MENULIS ENTRY DI BLOG SAYA INI MELALUI SEBUAH KAFE CYBER BERHAMPIRAN DENGAN RUMAH SAYA SAHAJA.
.
WALAU APAPUN SAYA BERSYUKUR ANAK DAN ISTERI SAYA TIDAK DIAPA-APAKAN. SAYA TELAH MEMBUAT LAPORAN POLIS DAN POLIS MENGATAKAN KECUAIAN SAYA TIDAK MENGUNCI PINTU PAGAR DAN PINTU RUMAH MUNGKIN TELAH MENYEBABKAN PENJENAYAH 'TERPANGGIL' UNTUK 'SINGGAH' DAN MENYAMUN DI RUMAH SAYA.
.

SAYA MENGAMBIL IKHTIBAR DARI KEJADIAN TERSEBUT.

AL FATIHAH

Wednesday, January 13, 2010

AYAH SAYA HAJI MOHAMED BIN YASSIN (73TH) TELAH PULANG KE RAHMATULLAH JAM 1.50 AM SEBENTAR TADI (14 JAN 2010) DI HOSPITAL BESAR MELAKA AKIBAT SAKIT TUA - AL FATIHAH

THE EUROPEAN SCRIPWRITERS MANIFESTO NOV 2009

Monday, January 11, 2010






1. WORLD CONFERENCE OF SCRIPWRITERS telah diadakan di Athens, Greece pada 6-7 Nov 2009 lalu.Ianya telah dianjurkan oleh The Federation Of Screenwriters In Europe dan International Affiliation Of Writers Guild (IAWG) dengan sokongan penuh dari Ministry Of Tourism - Greek National Tourism Organisation dan The Greek National Film Centre (Hellenic Film Commission) dengan kerjasama Hellenic Audiovisual Institute.

2. Para penulis skrip di Malaysia patut mencontohi para penulis skrip di Eropah dimana mereka bersatu dalam memperjuangkan nasib dan memartabatkan profession mereka.

3. Screenwriters Association Of Malaysia (SWAM) dan FINAS mungkin boleh menganjurkan bentuk persidangan yang sama dengan mengusahakan sponsor bukan sahaja dari Kementerian Kebudayaan Dan Warisan (KEKWA) tapi mungkin juga dari Kementerian Pelancongan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri. Malah syarikat swasta yang terlibat secara langsung dalam industri filem dan drama juga boleh membantu bagi menjayakan usaha ini sebagai tanda tanggungjawab sosial mereka kepada industri.

4. Saya sertakan di bawah ini manifesto yang telah diputuskan bersempena dengan penganjuran World Conference Of Scriptwriters di Athens itu tadi.

5. Moga kita semua terutamanya SWAM boleh mendapat idea untuk berbuat sesuatu bagi memartabatkan profession penulis skrip di negara ini. Maklumat lanjut boleh di perolehi di http://wcos.wordpress.com/

We assert that:

• The screenwriter is an author of the film, a primary creator of the audiovisual work.

• The indiscriminate use of the possessory credit is unacceptable.

• The moral rights of the screenwriter, especially the right to maintain the integrity of a work and to protect it from any distortion or misuse should be inalienable and should be fully honored in practice.

• The screenwriter should receive fair payment for every form of exploitation of his work.

• As author the screenwriter should be entitled to an involvement in the production process as well as in the promotion of the film and to be compensated for such work. As author he or she should be named in any publication accordingly, including festival catalogues, TV listing magazines and reviews.

We call on:

• National governments and funding agencies to support screenwriters by focusing more energy and resources, whether in form of subsidy, tax breaks or investment schemes, on the development stage of film and television production and by funding writers directly.

• Scholars and film critics to acknowledge the role of screenwriters , and universities, academies and training programmes to educate the next generations in accordance to the collaborative art of the medium and with respect towards the art and craft of screenwriting.

• Festivals, film museums and other institutions to name the screenwriters in their programs and plan and screen film tributes to screenwriters just as they do to directors, actors and countries.

• National and European law should acknowledge that the writer is an author of the film.

• National and European law should ensure that screenwriters can organise, negotiate and contract collectively, in order to encourage and maintain the distinct cultural identities of each country and to seek means to facilitate the free movement of writers in and between all nations.

We will:

• Distribute this manifesto to industry members and the press in our respective countries.

• Campaign for the implementation of the agenda defined by this manifesto.

• Seek the transition into national and European law of the legal changes demanded by this manifesto.

'JIWA' DAN 'RASA' DALAM DRAMA MENGENAI ROSLI DHOBY DI ASTRO

Sunday, January 10, 2010

Rosli Dhoby ketika di tahan pihak British

1. Slot drama epik di Astro Prima bertajuk WARKAH TERAKHIR mengenai sejarah penentangan Rosly Dhoby terhadap dasar imperialisme British di Sarawak adalah antara drama epik terbaik yang pernah saya tonton.
.
2. Drama yang menggunakan bahasa orang-orang Sarawak ini nampak hidup dan natural kerana garapan skrip dan pengarahan yang baik. Astro khabarnya berbelanja besar untuk menerbitkan drama ini. Drama yang berlatarkan peristiwa pada zaman 40an ini banyak menggunakan prop-prop lama untuk menghidupkan suasana sebenar pada zaman itu. Ini menampakkan keseriusan Astro untuk mengujudkan slot drama-drama epiknya.
.
Antara para pelakun yang terlibat dalam drama epik WARKAH TERAKHIR
.
3. Cerita epik begini terutamanya yang membangkitkan semangat patriotisme dan jihad masyarakat melayu mempertahankan aqidah dan agama mereka ini patut di perbanyakkan untuk tontonan jenerasi muda sekarang.
.
4. WARKAH TERAKHIR ini punya 'jiwa' dan 'rasa' yang boleh mempertingkatkan semangat perjuangan orang melayu dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara mereka.
.
Latar belakang Rosli Dhoby
:-

Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British. Beliau berketurunan Melanau.

Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949.Faktor yang menyebabkan beliau terpaksa mengakui tuduhan tersebut adalah atas permintaan ibu beliau kerana ibu beliau telah diugut akan ditembak. Selepas beberapa bulan dalam penjara di Kuching, Rosli akhirnya maut di tali gantung pada 2 Februari 1950. Turut sama digantung adalah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong.Kematian mereka berempat telah menyebabkan gerakan penentangan anti-kolonialis di Sarawak berakhir secara mendadak.

.


Beto Kusyairy berjaya menjiwai wataknya sebagai Rosli Dhoby.

TAK RUGI MERENDAH DIRI

Saturday, January 9, 2010


Mansor Puteh & Ku Seman Ku Hussain

1. Tulisan Ku Seman Ku Hussain dalam Mingguan Malaysia hari ini mengenai The Residency Years karya dan arahan Mansor Puteh agak bersifat play safe.

2. Ku Seman mungkin benar dalam pendapatnya bila menyatakan dokumentari tersebut "bukanlah yang terbaik tetapi tidak juga sampai ia ditolak" jika kos penerbitan dan pembikinan dokumentari tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Mansor Puteh atau Ku Seman sendiri.

3. Dana sebanyak RM170,000.00 kepada Mansor Puteh itu sebenarnya adalah datang dari duit rakyat yang dikutip oleh Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN) dan kemudiannya disalur dan diamanahkan kepada FINAS melalui peruntukan Kementerian Kewangan Malaysia.

4. Maka Finas mempunyai hak untuk menegur malah meminta agar dokumentari tersebut diperbaiki agar sesuai untuk tontotan masyarakat main stream. Masyarakat kita memang mahukan sebuah karya yang terbaik, unik dan tulin (unique & original) tapi tidaklah sampai mereka menuntut sebuah karya 'menongkah konvensional' seperti yang cuba diperkenalkan oleh Mansor Puteh. 13 perkara yang dikomen oleh Finas terhadap karya Mansor Puteh itu membuktikan Mansor Puteh telah gagal mencapai benchmark yang dikehendaki oleh Finas.

5. Saya sendiri pernah menulis skrip dokumentari dengan menggunakan dana Finas. Memang meletihkan apabila panel penasihat Finas meminta skrip dirombak beberapa kali untuk mencapai benchmark atau standard yang mereka kehendaki. Tapi semua itu dilakukan oleh Finas untuk memastikan karya itu berada pada tahap paling minimum kesesuaian tayangan untuk manafaat pengkarya dan penonton sasaran.

6. Sikap panas baran dan kegagalan mengurus dan mengawal ego sebagai seorang pengkarya jangan diharap akan mendapat simpati ramai. Malah sokongan boleh bertukar kepada kebencian dan rasa meluat masyarakat terhadap sikap tidak profesionalisme kita itu. Ini mungkin kelemahan dan kekurangan Mansor Puteh.

7. Tidak rugi jika kita merendah diri.

  • 13 perkara perlu diperbetulkan sepertimana disenaraikan oleh Finas pada karya The Residency years seperti yang disiarkan dalam Berita Minggu.

    1. Konsep tidak jelas.

    2. Mesej tidak disampaikan dengan jelas.

    3. Jalan cerita dan treatment tidak tersusun.

    4. Kisah Peti Besi yang tidak dibuka selama 30 tahun, tidak diceritakan dengan jelas.

    5. Ada ketika visual ‘silent’ hingga dua minit dilatari muzik semata-mata. Gaya temu bual responden dipaparkan bersama visual baik serta mengesankan tetapi kualitinya tidak memuaskan dan terlalu berulangan, ia mengurangkan tumpuan pada dramatik cerita.

    6. Komposisi shot yang tidak kreatif.

    7. Grafik dan suntingan tidak sempurna.

    8. Teknik penyampaian secara ‘non narated’ tidak sesuai untuk persembahan dokumentari biografi tokoh sehebat Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

    9. Terlalu banyak foto tanpa naratif suara membuatkan penyampaian maklumat tidak sempurna, malahan mengelirukan apabila foto Tunku Abdul Rahman bercampur aduk dengan foto Rokiah Puteh dan Puteh Sulong.

    10. Babak sidang media di RA Gallery untuk pameran fotografi The Residency Years hanya menampilkan Raja Ahmad dan Mansor Puteh; rakaman hand held (genggaman tangan) dengan tiada perhatian kepada pencahayaan dan framing.

    11. Kunjungan Syed Abdullah ke peringatan tidak dijelaskan sehingga menghilangkan sentimen emosi serta dramatik persejarahan di kediaman tersebut.

    12. Kunjungan ke Little Stukely di London menarik dan menampakkan usaha penyelidikan tetapi dibuat secara santai dan tiada perancangan penggambaran yang tersusun.

    13. Lagu dinyanyikan untuk Tunku Abdul Rahman pada penghujung dokumentari terlalu santai untuk dihadiahkan kepada tokoh hebat. Lagu dan penyampaian tidak sesuai.


  • AJK PERSATUAN PENGARAH FILEM BUKAN PENGARAH FILEM?

    Thursday, January 7, 2010

    BARISAN jawatankuasa FDAM baru yang diketuai ahmad ibrahim (empat dari kiri) dengan sebahagian besarnya bukan pengarah filem.

    APAKAH BENAR KEBANYAKKAN AJK BARU FILM DIRECTORS ASSOCIATION OF MALAYSIA (FDAM) BUKAN PENGARAH FILEM? MAT LONDON (Ahmad Ibrahim) PRESIDENNYA KENA JAWAB ISU INI.

    KOMEN SHAHARUDDIN THAMBY


    1. Saya telah terbaca tulisan pelakon Shaharuddin Thamby yang dimuatkan dalam web Unit Drama TV RTM. Komennya amat menarik.

    2. Saya sertakan dibawah ini komen bertarikh pada 1 Nov 2009 tersebut untuk tatapan semua.

    Salam,

    Mengikuti perkembangan drama terkini.... bolih dikatakan terbitan drama2 tempatan menghadapi persaiangan yg tidak sihat dari drama2 import yg tidak bermutu dan bersepah2 banyaknya. Ini akan meletakkan tahap pemikiran di tahap yang kurang bernas. Penonton Malaysia lebih bijak dari itu. Atas kepekaan ini, seharusnya dpt menjaga industri drama kita dari dimonopoli olih pengaruh, unsur2 yg mengarut dan daya fikir yg cetek. Mereka melakukan ini semata2 kerana ingin mengambil kesempatan untuk mengisi ekonomi mereka. Akan tetapi adalah satu tanggungjawap untuk menangkis produk yg tidak sihat ini dari menembusi penonton di Malaysia. Terutama pada generasi muda Malaysia yg perlu disuntik dgn produk kreatif yg berilmu dan bermutu supaya selaras dgn hala tuju negara. Menerima produk yang tidak mencernakan minda mereka wajar dihentikan sama sekali.

    Saya sgt2 menyokong usaha Unit Drama TV RTM meneruskan penerbitan yg berqualiti, berilmu & menghibur pada penonton. Adaptasi cerita novel akan menambahkan lagi warna kemanusiaan dlm kemajuan negara selaras konsep 1 Malaysia.

    PELAWAAN TAN SRI JINS SHAMSUDIN

    Tuesday, January 5, 2010


    1. Saya kurang pasti tentang keberkesanan peranan yang pernah dimainkan oleh Senator Tan Sri Jins Shamsudin dalam membela golongan dalam industri kreatif di negara ini. Tan Sri Jins Shamsudin dalam kenyataannya mendakwa banyak yang telah diusahakannya di Dewan Rakyat untuk membela industri kreatif tanahair.
    .
    2. Tapi membaca komenternya dalam Utusan Malaysia hari ini seolah-olah menggambarkan ada yang tidak kena dengan peranan yang telah dimainkanya sebelum ini.
    .
    3. Desakkannya kepada persatuan-persatuan dalam industri kreatif agar menghubunginya untuk menghantar cadangan, pertanyaan dan sebarang usul menggambarkan seolah-olah selama ini tidak banyak persatuan yang datang menemuinya.
    .
    4. Masalah industri kreatif tidak semuanya perlu diselesaikan di dewan negara atau kabinet. Contohnya masalah para penulis skrip. Masalah penulis skrip sebenarnya adalah dengan penerbit dan station tv. Tidak perlu dibawa bincang dalam dewan negara atau Parlimen. Perbincangan serius dalam mesyuarat di kopitiam pun sudah mencukupi jika tindakan serius diambil untuk menyelesaikannya.

    .
    5. Seorang senator dan seorang YB dinilai bukan sahaja kelantangan mereka di Dewan Negara atau Parlimen tapi juga sejauh mana mereka turut 'terjun padang' dan 'bergelumang' dengan 'pemain industri' untuk menyelesaikan masalah rakyat.
    .
    6.Adalah diharapkan selepas ini persatuan-persatuan yang ada dapat menyahut seruan Tan Sri tersebut. Lebih baik lagi jika dapat mengajak Tan Sri bermesyuarat di kedai-kedai kopi selepas mesyuarat resmi.

    FENOMENA


    1. Korean Drama TV Awards 2009 yang berlangsung pada 31Dis 2009 baru-baru ini menyaksikan drama bersiri IRIS mendominasi hampir kebanyakan kategori yang dipertandingkan.
    .
    2. Iris diterbitkan dalam satu pakej yang amat menarik dan bijak.
    .
    3. Bukan sahaja jalan ceritanya yang baik tapi ianya juga dihasilkan bersama dengan lagu tema yang sedap di dengar dan soundtrack yang berjaya mengangkat genre action pack yang melatari jalan ceritanya.Lagu temanya yang sedap menjadi 'siulan' ramai di Korea Selatan.
    .
    4. Bukan itu sahaja, Iris disiarkan hampir serentak di beberapa buah negara di Asia termasuk juga di Peranchis.
    .
    5. Iris menjadi fenomena bukan sahaja dalam negara Korea Selatan tapi juga pada negara-negara yang turut menayangkannya.Iris seolah-olah gelombang kedua 'The Korean Wave' selepas Winter Sonata.
    .
    6. NUR KASIH juga menjadi satu fenomena di Malaysia pada 2009 walaupun mungkin tidak sehebat Iris. Namun keduanya tidak boleh dijadikan perbandingan kerana Nur Kasih adalah genre drama dan Iris adalah genre action pack. Cuma bezanya Nur Kasih tidak punya lagu tema sendiri yang dicipta khas untuknya dan juga tidak punya soundtrack khas untuknya.
    .
    7. Industri kita patut belajar dari Korea Selatan bagaimana mereka mempromosi dan memasarkan produk filem/drama mereka ke luar negara.
    .
    8. Mungkin jumlah dana RM200 juta yang diperuntukkan kerajaan pada industri kreatif di Malaysia sebagai grant boleh digunakan untuk tujuan membiayai para pemain industri kita mengadakan lawatan sambil belajar ke Korea Selatan untuk tujuan tersebut.
    .
    9. Anugerah Skrin TV3 yang kerap membawa pemenang ke Hollywood juga rasanya lebih baik menukar tempat lawatan ke Korea Selatan.
    .
    10. Tidak rugi belajar dari negara yang telah maju seperti Korea Selatan.

    PITCHING RTM

    Sunday, January 3, 2010

    1. Angin bertiup kencang mengatakan keputusan pitching di RTM mungkin akan dikeluarkan samada dalam minggu ini atau selewat-lewatnya minggu depan.

    2. HOPE FOR THE BEST PREPARE FOR THE WORST. Hanya mampu berdoa.

    MANSOR PUTIH, THE RESIDENCY YEARS & FINAS

    Saturday, January 2, 2010


    1. Mansor Putih masih mempertahankan karyanya dan menempelak FINAS.
    .
    2. Saya cadangkan agar pihak Finas mendedahkan 13 komennya yang didakwa Mansor Putih sebagai tidak mahir di pihak Finas dalam membuat penilaian itu.
    .
    3. Atau mungkin elok juga dokumentari The Residency Years karya Mansor Putih itu ditayangkan di Panggung Mini P.Ramlee di Finas untuk tontonan semua. Mungkin dengan cara ini satu perbahasan ilmiah mengenai karya tersebut boleh dilakukan. Bukan untuk mencari salah sesiapa tapi untuk mengangkat apa yang dikatakan profesionalisme dalam pengkaryaan sesebuah dokumentari.
    .
    4. Atau Mansor Putih bertindak lebih pro aktif dengan download karyanya itu dalam youtube dan minta para pengkarya dan orang ramai memberi komen dalam facebook atau websitenya.Biar semua orang dapat membaca dan menilainya.
    .
    5. Dibawah ini adalah petikan temubual MINGGUAN MALAYSIA dengan Mansor Putih hari ini.



    • Apabila Finas beri komen negatif dan 13 alasan mengenai kelemahan dokumentari ini, apa pandangan saudara?

    Saya melihat panel yang menilai sesebuah karya di dalam Finas terdiri daripada mereka yang benar-benar tidak arif. Mereka tak tahu bahasa filem, “terminologi” serta tidak faham kenapa karya ini dihasilkan.

    • Anda terkejut mendapat alasan seperti itu?

    Tentu sekali. Saya lihat pihak Finas membuat perbincangan tentang karya saya ini pada tahap yang begitu rendah. Saya punya pengharapan untuk mempromosikan karya ini ke tahap yang lebih tinggi dan ke negara-negara Islam. Bukan apa, Tunku cuba nak satukan umat Islam di seluruh negara dengan penubuhan OIC. Itu adalah elemen utama yang seharusnya pihak Finas nampak.

    • Mungkin Finas ada alasannya sendiri mengkritik filem ini. Mereka melihat daripada banyak pandangan.
    Saya juga ada berikan salinan dokumentari ini kepada kawan-kawan saya di sekolah filem dan mereka kata okey. Begitu juga salinan ini saya serahkan kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan saya mendapat surat penghargaan daripada pihak Istana Perak. Begitu juga Ratu Elizabeth melalui pegawainya menghantar surat terima kasih kerana pihak R.A Galeri melalui saya menghasilkan buku memuatkan gambar-gambar menarik Tunku. Saya hairan kenapa pihak Finas yang sepatutnya mahir dalam filem memberi kritikan yang tidak sewajarnya? Jika mereka ada ilmu filem, masalah ini tidak akan berlaku.
    • Mungkin dokumentari ini tidak mencapai standard yang ditetapkan?
    Mereka di Finas hanya memandang tinggi karya seperti National Geographic. Tapi karya saya ini sebuah dokumentari yang lebih daripada tanggapan kita.
    • Apa sepatutnya Finas lakukan ketika menilai sesebuah karya?
    Mereka tak ada kepakaran. Sepatutnya mereka yang jadi juru nilai kena bawa sesebuah karya itu kepada mereka yang ada kepakaran atau kelayakan untuk dibuat penilaian seperti pensyarah di universiti, orang di Aswara (Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan) dan sebagainya. Contohnya kalau nak menilai mengenai sesuatu karya berkenaan orang utan, panggillah pihak zoo yang mahir dalam bidang itu.