Showing posts with label warkah terakhir. Show all posts
Showing posts with label warkah terakhir. Show all posts

DRAMA EPIK

Tuesday, March 2, 2010

Antara para pelakun yang terlibat dalam drama epik Warkah Terakhir di Astro Prima
.
1. Drama epik 8 episod WARKAH TERAKHIR mengenai perjuangan kumpulan Rukun 13 dan Rosli Dhoby di Astro Prima telah melabuhkan tirainya minggu lepas.
.
2. Saya tidak pernah ketinggalan menonton setiap episod drama tersebut.
.
3. Episod 7 dan 8 nya begitu meruntun hati saya sehingga babak dimana ayah Rosli Dhoby mengucap terima kasih kepada penduduk kampung dan membela kematian anaknya hampir menyebabkan saya menangis. Unsur patriotisme dan kekeluargaan amat berkesan dalam drama ini. Elemen sebegini banyak dalam kebanyakkan filem-filem patriotik bertemakan kemerdekaan dan kebebasan di Bollywood.
.
4. Ini pertama kali saya melihat penerbitnya Nusantara Karya Sdn Bhd berjaya menghasilkan sebuah drama yang baik dan bermutu.
.
5.Walaupun ada yang mengatakan drama ini agak meleret atau terlalu melo dan slow tapi saya melihatnya dari sudut yang berbeza.
.
6. Penulis skrip yang juga adalah pengarahnya Wan Asliza banyak mengguna pakai pendekatan theateritical mode untuk babak di mana ahli-ahli Rukun 13 bertemu, berbincang dan berselisih faham antara mereka. Tidak ramai penulis skrip atau pengarah mahu menggunakan pendekatan sebegitu. Tapi saya rasa pendekatan theatheritical mode ini memang perlu dalam drama Warkah Terakhir dan berjaya mengangkat mesej dan tema cerita sejarah ini.
.
7. Ini kelebihan kepada seorang penukis skrip yang juga pada masa yang sama adalah pengarah kepada sesebuah drama.
.
8. Apatah lagi para pelakun utama yang ramai dalam Warkah Terakhir juga adalah dari latar belakang theater juga. Kesemua mereka berjaya menghayati watak yang dibawa oleh mereka.
.

9.Drama epik sebegini patut diterbitkan untuk tatapan jenerasi muda sekarang. Bnyak lagi kisah-kisah pejuang kemerdekaan yang boleh kita terbitkan. Antaranya Tok Janggut, Tok Bahaman dan banyak lagi. Mereka semua merupakan tokoh-tokoh agama yang berperanan dalam menentang penjajahan inggeris.
.
10. Saya percaya orang-orang melayu di Sarawak terutamanya keluarga allahyarham Rosli Dhobi akan rasa bangga dan terbela dengan penerbitan Warkah Terakhir ini.
.
11. Saya hanya mengetahui Rosli Dhoby hanya berumur 16 tahun ketika menyertai Rukun 13 dan dihukum gantung ketika berumur 17-18 tahun melalui drama ini.

'JIWA' DAN 'RASA' DALAM DRAMA MENGENAI ROSLI DHOBY DI ASTRO

Sunday, January 10, 2010

Rosli Dhoby ketika di tahan pihak British

1. Slot drama epik di Astro Prima bertajuk WARKAH TERAKHIR mengenai sejarah penentangan Rosly Dhoby terhadap dasar imperialisme British di Sarawak adalah antara drama epik terbaik yang pernah saya tonton.
.
2. Drama yang menggunakan bahasa orang-orang Sarawak ini nampak hidup dan natural kerana garapan skrip dan pengarahan yang baik. Astro khabarnya berbelanja besar untuk menerbitkan drama ini. Drama yang berlatarkan peristiwa pada zaman 40an ini banyak menggunakan prop-prop lama untuk menghidupkan suasana sebenar pada zaman itu. Ini menampakkan keseriusan Astro untuk mengujudkan slot drama-drama epiknya.
.
Antara para pelakun yang terlibat dalam drama epik WARKAH TERAKHIR
.
3. Cerita epik begini terutamanya yang membangkitkan semangat patriotisme dan jihad masyarakat melayu mempertahankan aqidah dan agama mereka ini patut di perbanyakkan untuk tontonan jenerasi muda sekarang.
.
4. WARKAH TERAKHIR ini punya 'jiwa' dan 'rasa' yang boleh mempertingkatkan semangat perjuangan orang melayu dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara mereka.
.
Latar belakang Rosli Dhoby
:-

Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British. Beliau berketurunan Melanau.

Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949.Faktor yang menyebabkan beliau terpaksa mengakui tuduhan tersebut adalah atas permintaan ibu beliau kerana ibu beliau telah diugut akan ditembak. Selepas beberapa bulan dalam penjara di Kuching, Rosli akhirnya maut di tali gantung pada 2 Februari 1950. Turut sama digantung adalah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong.Kematian mereka berempat telah menyebabkan gerakan penentangan anti-kolonialis di Sarawak berakhir secara mendadak.

.


Beto Kusyairy berjaya menjiwai wataknya sebagai Rosli Dhoby.