MANSOR PUTIH, THE RESIDENCY YEARS & FINAS

Saturday, January 2, 2010


1. Mansor Putih masih mempertahankan karyanya dan menempelak FINAS.
.
2. Saya cadangkan agar pihak Finas mendedahkan 13 komennya yang didakwa Mansor Putih sebagai tidak mahir di pihak Finas dalam membuat penilaian itu.
.
3. Atau mungkin elok juga dokumentari The Residency Years karya Mansor Putih itu ditayangkan di Panggung Mini P.Ramlee di Finas untuk tontonan semua. Mungkin dengan cara ini satu perbahasan ilmiah mengenai karya tersebut boleh dilakukan. Bukan untuk mencari salah sesiapa tapi untuk mengangkat apa yang dikatakan profesionalisme dalam pengkaryaan sesebuah dokumentari.
.
4. Atau Mansor Putih bertindak lebih pro aktif dengan download karyanya itu dalam youtube dan minta para pengkarya dan orang ramai memberi komen dalam facebook atau websitenya.Biar semua orang dapat membaca dan menilainya.
.
5. Dibawah ini adalah petikan temubual MINGGUAN MALAYSIA dengan Mansor Putih hari ini.



  • Apabila Finas beri komen negatif dan 13 alasan mengenai kelemahan dokumentari ini, apa pandangan saudara?

Saya melihat panel yang menilai sesebuah karya di dalam Finas terdiri daripada mereka yang benar-benar tidak arif. Mereka tak tahu bahasa filem, “terminologi” serta tidak faham kenapa karya ini dihasilkan.

  • Anda terkejut mendapat alasan seperti itu?

Tentu sekali. Saya lihat pihak Finas membuat perbincangan tentang karya saya ini pada tahap yang begitu rendah. Saya punya pengharapan untuk mempromosikan karya ini ke tahap yang lebih tinggi dan ke negara-negara Islam. Bukan apa, Tunku cuba nak satukan umat Islam di seluruh negara dengan penubuhan OIC. Itu adalah elemen utama yang seharusnya pihak Finas nampak.

  • Mungkin Finas ada alasannya sendiri mengkritik filem ini. Mereka melihat daripada banyak pandangan.
Saya juga ada berikan salinan dokumentari ini kepada kawan-kawan saya di sekolah filem dan mereka kata okey. Begitu juga salinan ini saya serahkan kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan saya mendapat surat penghargaan daripada pihak Istana Perak. Begitu juga Ratu Elizabeth melalui pegawainya menghantar surat terima kasih kerana pihak R.A Galeri melalui saya menghasilkan buku memuatkan gambar-gambar menarik Tunku. Saya hairan kenapa pihak Finas yang sepatutnya mahir dalam filem memberi kritikan yang tidak sewajarnya? Jika mereka ada ilmu filem, masalah ini tidak akan berlaku.
  • Mungkin dokumentari ini tidak mencapai standard yang ditetapkan?
Mereka di Finas hanya memandang tinggi karya seperti National Geographic. Tapi karya saya ini sebuah dokumentari yang lebih daripada tanggapan kita.
  • Apa sepatutnya Finas lakukan ketika menilai sesebuah karya?
Mereka tak ada kepakaran. Sepatutnya mereka yang jadi juru nilai kena bawa sesebuah karya itu kepada mereka yang ada kepakaran atau kelayakan untuk dibuat penilaian seperti pensyarah di universiti, orang di Aswara (Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan) dan sebagainya. Contohnya kalau nak menilai mengenai sesuatu karya berkenaan orang utan, panggillah pihak zoo yang mahir dalam bidang itu.

Comments

No response to “MANSOR PUTIH, THE RESIDENCY YEARS & FINAS”
Post a Comment | Post Comments (Atom)