'JIWA' DAN 'RASA' DALAM DRAMA MENGENAI ROSLI DHOBY DI ASTRO

Sunday, January 10, 2010

Rosli Dhoby ketika di tahan pihak British

1. Slot drama epik di Astro Prima bertajuk WARKAH TERAKHIR mengenai sejarah penentangan Rosly Dhoby terhadap dasar imperialisme British di Sarawak adalah antara drama epik terbaik yang pernah saya tonton.
.
2. Drama yang menggunakan bahasa orang-orang Sarawak ini nampak hidup dan natural kerana garapan skrip dan pengarahan yang baik. Astro khabarnya berbelanja besar untuk menerbitkan drama ini. Drama yang berlatarkan peristiwa pada zaman 40an ini banyak menggunakan prop-prop lama untuk menghidupkan suasana sebenar pada zaman itu. Ini menampakkan keseriusan Astro untuk mengujudkan slot drama-drama epiknya.
.
Antara para pelakun yang terlibat dalam drama epik WARKAH TERAKHIR
.
3. Cerita epik begini terutamanya yang membangkitkan semangat patriotisme dan jihad masyarakat melayu mempertahankan aqidah dan agama mereka ini patut di perbanyakkan untuk tontonan jenerasi muda sekarang.
.
4. WARKAH TERAKHIR ini punya 'jiwa' dan 'rasa' yang boleh mempertingkatkan semangat perjuangan orang melayu dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara mereka.
.
Latar belakang Rosli Dhoby
:-

Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British. Beliau berketurunan Melanau.

Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949.Faktor yang menyebabkan beliau terpaksa mengakui tuduhan tersebut adalah atas permintaan ibu beliau kerana ibu beliau telah diugut akan ditembak. Selepas beberapa bulan dalam penjara di Kuching, Rosli akhirnya maut di tali gantung pada 2 Februari 1950. Turut sama digantung adalah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong.Kematian mereka berempat telah menyebabkan gerakan penentangan anti-kolonialis di Sarawak berakhir secara mendadak.

.


Beto Kusyairy berjaya menjiwai wataknya sebagai Rosli Dhoby.

Comments

2 Responses to “'JIWA' DAN 'RASA' DALAM DRAMA MENGENAI ROSLI DHOBY DI ASTRO”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

Ajami Hashim said...

Salaam abg zabidi,

temuramah dengan pengarahnya Wan Hasliza & Beto Kusyairy kat YOUTUBE

January 12, 2010 at 2:08 AM
Anonymous said...

As salam...Rosli Dhoby berbangsa Melayu...bukan Melanau

TQ

January 12, 2010 at 7:55 PM