1. Kelmarin 26 Jan (Selasa) saya telah menghadiri 'Majlis Taklimat Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan & Komunikasi (KPKK) Bersama Para Penggiat Seni' di Auditorium P. Ramlee, di RTM. Ramai para penerbit drama yang hadir termasuk wakil dari Media Prima.
.
2. Majlis tersebut diadakan bertujuan bagi mendengar pandangan balas dan input dari para penerbit filem dan drama berkait dengan cadangan KPKK untuk mengujudkan Tabung Khas Dana Kebajikan Untuk Penggita Seni. Menurut KSU sebagai tanda keikhlasan dan keseriusan kerajaan dalam membela kebajikan golongan penggiat seni maka KPKK telah memperuntukkan geran awal berjumlah sebanyak RM3 juta. Tabung ini walau bagaimanapun masih dianggap kecil dan perlu difikirkan cara dan kaedah lain untuk diperbesarkan dananya.
.
3. Dalam majlis taklimat tersebut KSU telah melontarkan cadangan agar 1% daripada bayaran yang diterima oleh para penerbit drama (terutamanya di RTM) di potong untuk disumbangkan kepada tabung kebajikan tersebut. KSU telah menyebut bahawa para penyanyi atau pelakun yang ditimpa musibah atau sakit tenat boleh mendapat bantuan dan sumbangan dari tabung yang bakal diujudkan itu.
.
4. Kenyataan KSU ini mendapat reaksi berbeza daripada hadirin. Suasana mula menjadi begitu emotional tapi terkawal.
.
5. Othman Hafsham yang pertama bangun untuk menyatakan tidak puas hatinya atas cadangan potongan 1% tersebut. Othman Hafsham meminta supaya diberikan definasi terlebih dahulu apa dan siapa yang dimaksudkan sebagai 'penggiat seni' itu. Pada pendapat Othman Hafsham, tidak adil jika hanya penerbit drama sahaja yang menyumbang dan dipotong 1% jika para pelakun hanya mahu menerima manafaat dari tabung tapi para pelakun itu sendiri tidak mahu bayaran untuk khidmat lakunan mereka juga di potong 1%.
.
6. Begitu juga kenapa penerbit drama pula kena menyumbang untuk membela kebajikan penyanyi yang langsung tidak ada kena mengena dengan dunia penerbitan drama.Penyanyi sendiri juga patut dipotong 1% bayaran yang mereka terima untuk tabung kebajikan tersebut. Kata Othman Hafsham lagi, golongan penyanyi dan pelakun kena tolong diri mereka sendiri sebelum mengharapkan bantuan dari tabung kebajikan.
.
7. Kenyataan Othman Hafsham ini mendapat tepukan gemuruh dari semua hadirin yang memenuhi Auditorium P. Ranlee hari itu.
.
8. Betul apa yang dikatakan oleh Othman Hafsham itu. Siapa sebenarnya 'penggiat seni yang dimaksudkan itu? Adakah hanya golongan 'penyanyi' dan 'pelakun' sahaja kerana selama ini yang kita lihat, jika golongan pelakun dan penyanyi ditimpa musibah atau terlantar di hospital hanya mereka sahaja yang akan mendapat bantuan kewangan dari pelbagai pihak dan dari pelbagai tabung hingga menjadi berita utama di dada akhbar.
.
9. Macam mana dengan penulis skrip, director, asst director, editor, DOP, PM, make up artis, audio man,boom man dan lain lain lagi? Golongan ini kalau terlantar di hospital tidak ada siapa pun yang peduli.
.
10.Selain Othman Hafsham, Jurey Rosli (Presiden Persatuan Penerbit TV), En Ismail Ahmad (Presiden Screen Writers Association) dan Datin Paduka Suhaimi Baba juga bangkit memberi pandangan menyokong keluhan dan kekecewaan Othman Hafsham tersebut.
.
11. Siapa 'penggiat seni' perlu dikenal pasti dan dijelaskan terlebih dahulu sebelum tabung tersebut hendak dilancarkan dan beban tidak patut diletakkan hanya pada para penerbit drama. Menurut Jurey Rosli hakikatnya majority penerbit drama sedang 'sakit tenat' ketika ini.
.
12. Walau bagaimanapun saya memuji langkah KSU mengumpulkan para penerbit drama untuk mendengar pandangan balas dan input dari mereka.KSU telah berjanji akan mengambil kira semua pandangan yang telah diterimanya agar potongan 1% tersebut akan melibatkan bukan sahaja penerbit drama tapi siapa sahaja yang mahu menggelarkan diri mereka sebagai 'penggiat seni'.
Comments
One response to “TABUNG KEBAJIKAN PENGGIAT SENI”
Post a Comment | Post Comments (Atom)
Apakah yang hadir itu mewakili semua penggiat seni? Selama ini industri seni Malaysia hanya mengkayakan rumah produksi dan pelakon sahaja.
January 29, 2010 at 5:44 PMPost a Comment