PELAWAAN TAN SRI JINS SHAMSUDIN

Tuesday, January 5, 2010


1. Saya kurang pasti tentang keberkesanan peranan yang pernah dimainkan oleh Senator Tan Sri Jins Shamsudin dalam membela golongan dalam industri kreatif di negara ini. Tan Sri Jins Shamsudin dalam kenyataannya mendakwa banyak yang telah diusahakannya di Dewan Rakyat untuk membela industri kreatif tanahair.
.
2. Tapi membaca komenternya dalam Utusan Malaysia hari ini seolah-olah menggambarkan ada yang tidak kena dengan peranan yang telah dimainkanya sebelum ini.
.
3. Desakkannya kepada persatuan-persatuan dalam industri kreatif agar menghubunginya untuk menghantar cadangan, pertanyaan dan sebarang usul menggambarkan seolah-olah selama ini tidak banyak persatuan yang datang menemuinya.
.
4. Masalah industri kreatif tidak semuanya perlu diselesaikan di dewan negara atau kabinet. Contohnya masalah para penulis skrip. Masalah penulis skrip sebenarnya adalah dengan penerbit dan station tv. Tidak perlu dibawa bincang dalam dewan negara atau Parlimen. Perbincangan serius dalam mesyuarat di kopitiam pun sudah mencukupi jika tindakan serius diambil untuk menyelesaikannya.

.
5. Seorang senator dan seorang YB dinilai bukan sahaja kelantangan mereka di Dewan Negara atau Parlimen tapi juga sejauh mana mereka turut 'terjun padang' dan 'bergelumang' dengan 'pemain industri' untuk menyelesaikan masalah rakyat.
.
6.Adalah diharapkan selepas ini persatuan-persatuan yang ada dapat menyahut seruan Tan Sri tersebut. Lebih baik lagi jika dapat mengajak Tan Sri bermesyuarat di kedai-kedai kopi selepas mesyuarat resmi.

Comments

No response to “PELAWAAN TAN SRI JINS SHAMSUDIN”
Post a Comment | Post Comments (Atom)