Showing posts with label nur kasih. Show all posts
Showing posts with label nur kasih. Show all posts

FENOMENA

Tuesday, January 5, 2010


1. Korean Drama TV Awards 2009 yang berlangsung pada 31Dis 2009 baru-baru ini menyaksikan drama bersiri IRIS mendominasi hampir kebanyakan kategori yang dipertandingkan.
.
2. Iris diterbitkan dalam satu pakej yang amat menarik dan bijak.
.
3. Bukan sahaja jalan ceritanya yang baik tapi ianya juga dihasilkan bersama dengan lagu tema yang sedap di dengar dan soundtrack yang berjaya mengangkat genre action pack yang melatari jalan ceritanya.Lagu temanya yang sedap menjadi 'siulan' ramai di Korea Selatan.
.
4. Bukan itu sahaja, Iris disiarkan hampir serentak di beberapa buah negara di Asia termasuk juga di Peranchis.
.
5. Iris menjadi fenomena bukan sahaja dalam negara Korea Selatan tapi juga pada negara-negara yang turut menayangkannya.Iris seolah-olah gelombang kedua 'The Korean Wave' selepas Winter Sonata.
.
6. NUR KASIH juga menjadi satu fenomena di Malaysia pada 2009 walaupun mungkin tidak sehebat Iris. Namun keduanya tidak boleh dijadikan perbandingan kerana Nur Kasih adalah genre drama dan Iris adalah genre action pack. Cuma bezanya Nur Kasih tidak punya lagu tema sendiri yang dicipta khas untuknya dan juga tidak punya soundtrack khas untuknya.
.
7. Industri kita patut belajar dari Korea Selatan bagaimana mereka mempromosi dan memasarkan produk filem/drama mereka ke luar negara.
.
8. Mungkin jumlah dana RM200 juta yang diperuntukkan kerajaan pada industri kreatif di Malaysia sebagai grant boleh digunakan untuk tujuan membiayai para pemain industri kita mengadakan lawatan sambil belajar ke Korea Selatan untuk tujuan tersebut.
.
9. Anugerah Skrin TV3 yang kerap membawa pemenang ke Hollywood juga rasanya lebih baik menukar tempat lawatan ke Korea Selatan.
.
10. Tidak rugi belajar dari negara yang telah maju seperti Korea Selatan.

THE THIN LINE

Wednesday, August 5, 2009


1. Semasa majlis pelancaran drama bersiri combo ramadhan Astro baru-baru ini , saya sempat berbual dengan Sdr Saniboey Mohd Ismail, Assisstant Vice President, Malay Languange Business Astro. Kebetulan dia adalah antara peminat buku tulisan saya "Tersungkur Di Pintu Syurga".

-

2. Selepas menonton trailer 10 minit Cinta Sempurna, sempat dia berkongsi rasa dengan saya mengenai pendapat awalnya terhadap Cinta Sempurna. Mungkin kerana Cinta Sempurna banyak menggunakan bahasa inggeris dengan 'british ascent' dalam dialoq-dialoqnya, dia menyatakan kebimbangnannya pada 'keboleh terimaan' penonton melayu kepada pendekatan yang cuba dibawa oleh Cinta Sempurna.

-

3. Mengikut pengamatannya story line drama melayu mengenai anak durhaka pada ibu bapa di RTM dan TV3 walaupun telah banyak kali diterbitkan berulang kali dengan garapan dan penerbit yang berbeza, selalunya mendapat rating dan sambutan yang baik dari kalangan masyarakat melayu. Saya akui kebenaran kata-kata Soniboey itu kerana drama saya IHSAN di TV3 mengikut rating telah ditonton oleh 3.2 juta penonton dan ketika diulang tayang ianya telah ditonton oleh 2.9 juta penonton mengikut kajian AC Nielson. IHSAN juga telah dinobatkan antara 5 drama terbaik pada Anugerah Skrin TV3 2008. Malah Zamarul Hisham telah dinobatkan sebagai Pelakun Lelaki Terbaik dalam drama tersebut.

-

4. Cinta Sempurna katanya berada pada 'The Thin Line' kerana mengikut pengalaman dan pengamatannya, masyarakat melayu tidak suka menonton cerita melayu yang berlebih-lebih dalam mengguna dan mengangkat bahasa inggeris. Lebih-lebih lagi penonton yang memegang remote control dengan mudah boleh menukar ke channel lain jika mereka 'menyampah' dengan penggunaan bahasa inggeris yang berlebihan dalam sesebuah drama melayu.

-

5. Namun di sinilah terletak keberanian OASIS yang mahu menjadikan channel tersebut sebagai 'driver' kepada Channel lain di Astro (Prima dan Ria) bagi mengisi program sepanjang ramadhan kali ini. Malah dimasa-masa mendatang, Oasis juga bakal menerbitkan drama dari pelbagai genre. Bukan sahaja drama berat tapi bakal juga menerbitkan drama dari genre-genre lain antaranya genre remaja, cinta, komedi dll.

-

6. Bahasa Inggeris yang digunakan dalam dialoq-dialoq di Cinta Sempurna bukan sengaja diada-adakan untuk mencantikkan cerita. Tapi ianya adalah paparan ilham dari satu kisah benar mengenai dua remaja 'Londoners melayu' yang merasakan diri mereka lebih 'London dari orang-orang di London'.

-

7. Pengalaman yang ditempoh oleh drama bersiri NUR KASIH di TV3 baru-baru ini menjadikan kehendak dan sikap penonton agak sukar dimengerti.

-

8. Menurut Maizura Mohd Ederis salah seorang penulis skrip NUR KASIH dalam blognya http://www.tangisanbulanmadu.blogspot.com/ ada menulis seperti berikut :
-



"NUR KASIH bermula dengan ranking TOP 15 dengan penonton sekitar 2 juta lebih. Ia pernah memasuki TOP 10 iaitu di tangga ke 9-10 . Kemudian, turun kembali ke tangga 11-12. Penurunan ini agak mengejutkan peminat setianya. Nampaknya, sambutan menggalakkan di internet dan perbualan orang mengenainya, gagal diterjemahkan dalam bentuk rating sebenar yang dikendalikan oleh agensi iklan, AC Neilson".
-


9. Tapi pada pendapat saya mungkin kerana babak-babak berpelukan dalam beberapa babak di Australia yang dipaparkan selepas episod 9 atau minggu kesepuluh secara berlebihan dan berulangkali menjadi punca mengapa rating Nur Kasih jatuh selepas minggu ke sepuluh. Saya sebagai seorang bapa kepada 11 orang anak yang minat menonton Nur Kasih menjadi gelisah dan tidak senang duduk menonton babak peluk memeluk yang agak berlebihan itu. Babak itu sepatutnya boleh dielakkan tanpa menjejaskan story linenya. Dan saya juga percaya babak tersebut juga bukan kehendak penulis skripnya.

-

10. Cinta Sempurna yang pastinya tidak mempunyai babak peluk memeluk tersebut. Cinta Sempurna adalah sebuah drama melayu yang tidak berniat untuk menjadikan melayu lebih inggeris dari inggeris. Cinta Sempurna sebagai sebuah drama neorealism dari genre dakwah diharap akan dapat menjadikan penontom melayu lebih cerdik dari sebelumnya.

-

11. Pengkritik seperti Saniboey amat diperlukan dalam memeriahkan industri. Saya sebagai penulis skrip tidak boleh syok sendiri. Saya begitu berharap selepas tamat tayangan Cinta Sempurna nanti untuk dapat duduk berbincang bersama dengan Saniboey untuk satu sessi brain storming bagi mengkaji persepsi dan sambutan penonton terhadap Cinta Sempurna.

-

12. Terima kasih Saniboey. Kerisauan anda itu ada asasnya. Hope to see you again.