PEMIKIRAN IRJA' DALAM INDUSTRI HIBURAN DI MALAYSIA

Tuesday, February 23, 2010

1. Saya agak kesal dengan tindakan beberapa artis wanita kebelakangan ini yang awalnya bertudung dengan niat untuk menutup aurat samaada selepas berkahwin atau menunaikan haji/umrah tapi kemudiannya membuang tudung di lokasi atas alasan ianya adalah kehendak skrip dan pengarah.
.
2. Hatta ada segelintir pengarah yang berfahaman bahawa tidak mengapa membuka tudung bagi memenuhi tuntutan skrip asal diganti dengan rambut palsu.
.
3. Golongan ini patut diberi tahu dan diberi faham bahawa iman tidak boleh dipisahkan dari amal.
.
4. Tidak cukup dengan kita hanya mendakwa telah beriman selagi kita belum menutup aurat bagi seorang wanita muslim apatah lagi membukanya setelah mendakwa mahu beriman.
.
.
5. Memisahkan iman dari amal adalah datang dari pemikiran irja' yang berpegang kepada fahaman bahawa adalah cukup kita mengaku beriman sahaja tanpa perlu menunaikan sebarang tuntutan agama.
.
.

6. Ulama' Ahli Sunnah Wal Jamaah sepakat menolak pemikiran irja' ini.
.
7. Kenyataan sesetengah artis wanita yang membuka tudung di lokasi dengan dakwaan mereka takut tidak mendapat 'job' dari penerbit dan pengarah bukan alasan kukuh untuk mereka membuka aurat. Banyak contoh lain dikalangan artis yang istiqamah dalam bertudung dan menutup aurat tapi rezeki mereka melimpah ruah dan karier mereka juga terus berkembang. Antara yang sempat di sebut disini ialah Ziela Jalil, Aida Razwil dan Wardina.
.

.

8. Pengarah dan penerbit wajib menghormati para artis wanita yang bertudung dan menutup aurat bukan mengeksploitasi keadaan mereka.

9. Saya bercita-cita mahu mengadakan forum mengenai pemikiran ijra' dalam industri hiburan di Malaysia ini jika ada badan-badan NGO atau institusi seperti Finas atau JAKIM atau IPTA yang bersedia menganjurkannya.

10.Mungkin dalam forum ini nanti para penggiat seni boleh ditemukan dengan para ulama untuk bertukar ilmu dan kesedaran di kalangan para artis.

11. Beberapa orang pengarah telah pun menyatakan kesanggupan mereka untuk hadir dalam majlis bersifat ilmu seumpama itu. Kata mereka selama ini mereka 'tidak tahu apa yang mereka tidak tahu'. Maka majlis seperti itu boleh menjadi platform untuk memberitahu apa yang sepatutnya mereka tahu. Mereka perlukan panduan dan bimbingan.

12. Semoga ada yang boleh membantu saya dalam usaha ini.

Comments

2 Responses to “PEMIKIRAN IRJA' DALAM INDUSTRI HIBURAN DI MALAYSIA”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

elmaaniq said...

Saya fikir IKIM patut anjurkan program ini. Dan kalau PERKIM mahu anjurkan juga boleh. Seorang pelakon wanita (Zainab Othman - Kak Nab) antara sukarelawan PERKIM yang aktif.

February 24, 2010 at 2:08 AM

akum....

tahniah tuan zabidi di atas usaha tuan untuk mengangkat martabat islam di bidang hiburan......pengarah-pengarah perlu di beri kefahaman yang syumul tentang konsep hiburan dalam islam...

February 24, 2010 at 8:11 AM