HANI - RATING EPISOD 7

Wednesday, January 26, 2011

RATING EPISOD 7 - 2.194 JUTA PENONTON

TERIMA KASIH SEMUA ATAS SOKONGAN ANDA

MANTAN TIMBALAN MENTERI KEWANGAN JADI PENULIS SKRIP

TV Al HIJRAH

24 Jan lepas saya hadir program pitching di Tv Al Hijrah yang terletak di Bangunan Pusat Islam, Kuala Lumpur. Saya sempat berjumpa dengan Mantan Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Dr. Affifuddin Othman yang kini menceburkan diri dalam penulisan skrip drama tv.Dia hadir untuk pitching juga.

SEMUA ORANG BOLEH JADI PENULIS SKRIP JIKA ADA KEMAHUAN YANG TINGGI UNTUK BELAJAR.


Bersama Liza Meor Rashid (penulis skrip) dan Datuk Dr Affifuddin Othman.

PENCALONAN PRESIDEN SWAM YANG BARU PADA AGM 12. FEB

Tuesday, January 25, 2011

Martias Ali.
1. Pada perjumpaan kali ke 4 Gabungan Penulis Skrip Bebas pada 22.Jan baru-baru ini  bertempat di Cafe Tugu Negara, semua yang hadir (17 orang) termasuk saya bersetuju agar Martias Ali (44th) di calonkan untuk merebut jawatan sebagai Presiden SWAM yang baru.

2. AGM SWAM akan diadakan pada 12.Feb yang akan datang ini.

3. Ikut statistic terkini SWAM punya lebih kurang 200 orang ahli sahaja tetapi dari jumlah itu hanya sekitar 70 orang sahaja telah memperbaharui yuran tahunan mereka.

4. Saya menjangkakan laluan Martias Ali untuk dipilih menjadi Presiden SWAM yang baru pada AGM akan datang akan diberi laluan mudah kerana khabarnya Presiden yang ada sekarang Ismail Ahmad sudah menyatakan hasratnya untuk memberi laluan pada Martias Ali.

Bilik mesyuarat Kelab Bernama di sebelah Cafe tugu Negara.
5. Atas permintaan ramai yang mahu saya turut aktif dalam SWAM, saya telah pun menghantar borang keahlian SWAM pada Maizura Ederis untuk tindakan beliau selanjutnya. Saya masih menunggu samada permohonan saya ini diluluskan atau tidak untuk membolehkan saya hadir dan mengundi dalam AGM itu nanti.

HANI - BABAK-BABAK DI KPMJ, KALANG

Saturday, January 22, 2011







HANI - NOVEL UNTUK PESTA BUKU ANTARABANGSA KL 2011

Friday, January 21, 2011

 

GALERI ILMU SDN BHD YANG JUGA MERUPAKAN SYARIKAT BERSEKUTU KEPADA LAYAR CONSULT SDN BHD YANG MENERBITKAN DRAMA 'HANI' BERSETUJU UNTUK MENGANGKAT SKRIP HANI KEPADA FORMAT NOVEL. IANYA DIJANGKA AKAN DILANCARKAN PADA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR PADA 22.APRIL-1 MAY 2011 DI PWTC NANTI. BAGI TUJUAN ITU SEORANG NOVELIS, PUAN NURULSHAM SAIDIN TELAH PUN DITAWARKAN UNTUK MENULIS NOVEL TERSEBUT 

INSYAALLAH SAYA AKAN BERBINCANG DENGAN PARA PELAKUN UTAMA HANI UNTUK HADIR DALAM PELANCARAN NOVEL TERSEBUT.

Bersama Hj Yusri Yusof (Layar Consult Sdn Bhd)
Bersama Hj Zakaria Sungib (Galeri Ilmu Sdn Bhd)

USTAZ ZAHIRUDIN ZABIDI & PTS

Wednesday, January 19, 2011


Bersama Ustaz Zahirudin Zabidi.
1. Ustaz Zahirudin Zabidi bukan anak saya. Cuma kebetulan sahaja nama ayahnya sama dengan nama saya. Mungkin kerana itu kami 'dijodohkan' untuk satu koloberasi dalam menghasilkan sebuah novel yang berpandukan pada skrip filem saya MAQAM CINTA.

2. MAQAM CINTA walaupun telah ditulis sepuluh tahun dulu belum pernah ditebitkan untuk dijadikan drama tv di mana-mana station tv. Skrip ini pernah memenangi hadiah ke 2 pada Pertandingan Menulis Skrip Berunsur Islam anjuran IKIM pada tahun 2006.

Skrip asal yang telah disimpan sejak 10 tahun lalu.

3. Walaupun saya pernah menulis tiga (3) buah buku sebelum ini tapi genre novel bukan kemahiran saya kerana saya lebih dikenali sebagai seorang penulis genre 'populor writing'.

4. Jadual menulis skrip drama tv saya yang kini telah penuh sehingga bulan September 2011 juga tidak memungkinkan saya menulis sendiri novel MAQAM CINTA ini.

5. Apatah lagi saya juga kini sedang menulis buku terbaru saya MEMOIR SEORANG PENGIKUT yang merupakan sambungan kepada buku pertama saya TERSUNGKUR DI PINTU SYURGA, yang saya jangka akan siap dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.

6. Oleh itu kesedian Ustaz Zahirudin Zabidi menulis novel ini dengan berpandukan pada skrip MAQAM CINTA itu amat saya alu-alukan.

7. Keyakinan PTS untuk menerbitkan novel ini juga amat saya hargai.


8. InsyaAllah selepas MAQAM CINTA, karya skrip drama saya yang akan dinovelkan juga ialah CINTA SEMPURNA yakni sebuah drama 20 episod yang pernah ditayangkan di Astro Oasis. Drama ini ditulis dan digarap skripnya oleh saya untuk dijadikan drama tv berdasarkan idea asal yang diberikan oleh Ustaz Hasrizal Abd Jamil (saifulislam.com) pada saya.

9. Doakan saya agar usaha koloberasi ini berjaya.

ANUGERAH PROFIMA

DRAMA 'AKU BUKAN RABIATUL' INI MEMANG DIBUAT UNTUK ANUGERAH.

UNTUK ITU PENERBITNYA WORLD EVOLUTION BRAIN SDN BHD TELAH MENGHANTAR DRAMA TERSEBUT UNTUK PENCALUNAN BAGI KATEGORI 'PENERBITAN DRAMA TV TERBAIK' PADA ANUGERAH PROFIMA PADA 25. JAN INI. SAMA-SAMA KITA LIHAT HASILNYA.

(Note : Anugerah Profima adalah Anugerah Untuk Pekerja-pekerja Filem di belakang tabir. Formatnya tidak mepertandingkan kategori Skrip Terbaik, Pengarah terbaik atau Pelakun Terbaik)

PTS - DARI SKRIP DRAMA KE NOVEL

Monday, January 17, 2011

 Di pejabat PTS, Gombak
 Ustaz Zahirudin Zabidi
 Ustaz Rohidzir (tengah)
Aleeya Ahmad dan Roziyah Mahamad

PERTEMUAN SILATURAHIM BAGI MEMBINCANGKAN KEMUNGKINAN MENJADIKAN BEBERAPA SKRIP DRAMA SAYA KEPADA BENTUK NOVEL. PERTEMUAN KEDUA YANG DIJANGKA MINGGU DEPAN AKAN MEMUKTAMATKAN SKRIP DRAMA SAYA YANG MANA SATU PATUT DI DAHULUKAN.

TERIMA KASIH PTS

KURMA 'AJWAH UNTUK NAJWA

Saturday, January 15, 2011

SEBUAH CERITA TENTANG KURMA


1. Drama 15 episod saya KURMA 'AJWAH UNTUK NAJWA untuk TV AL HIJRAH  bakal diterbitkan oleh Rumah Karya Sdn Bhd millik sutradara Erma Fatimah. Erma Fatimah sendiri akan mengarahkan drama ini.

2. Ini kali kedua saya dan Erma Fatimah bekerjasama  dalam menghasilkan drama. Kali pertama melalui telemovie MENCARI NUR KHADIJAH terbitan Layar Consult Sdn Bhd dimana ketika itu Erma Fatimah menjadi Pengarahnya.MENCARI NUR KHADIJAH yang dibuat sebahagian pengembaraannya di Mekah dan Madinah itu pernah memenangi kategori Skrip Terbaik, Pengarah Terbaik dan Pelakun Wanita Terbaik (Eja) pada Anugerah Media Islam Negara (AMIN) pada tahun 2008. Sempat saya dan Erma Fatimah bersama krew produksi yang lain ketika itu melakukan ibadah umrah semasa pengembaraan di sana.


3. KURMA 'AJWAH UNTUK NAJWA juga akan dibuat pengembaraannya di Madinah & Mekah. Pengembaraan dijangka akan dibuat pada awal Februari ini dan tarikh tayangannya di TV AL HIJRAH telah ditetapkan pada pertengahan atau hujung Mac ini.

4. Namun untuk drama ini saya mungkin tidak ikut sama ke Mekah dan Madinah kerana sudah merancang untuk mengerjakan ibadah Haji bersama isteri tahun ini jika direzekikan Allah.

5. Barisan pelakun masih belum ditetapkan lagi kerana saya masih dalam peingkat akhir menyiapkan skripnya.


6. Sinopsis - kisah Bujal seorang pemuda 'tiga suku' mahu pergi ke Mekah & Madinah kerana mahu membeli sendiri kurma 'ajwah di Madinah untuk ibunya yang sakit. Tapi hasratnya diketawakan ramai kerana ramai beranggapan dia hanya bergurau apatah lagi dia sendiri tidak pernah keluar dari kampung. Bujal bekerja mengutip kelapa dan buat kerja part time memarut kelapa di kedai runcit sebagai pendapatan side income.

SOOD & ASSOCIATES

Friday, January 14, 2011

SAKSIKAN ULANG TAYANG PADA 16.JAN (AHAD) JAM 10.00 AM DI TV1
Sinopsis : Kisah komedi tentang seorang peguam baru graduate membuka firma guaman tapi dibuli oleh peguam seniour.

TAJUL ASYIKIN


2. Drama ini adalah terbitan AR Film Production sebuah syarikat baru dan karya saya ini adalah job pertama yang mereka perolehi dari sistem tender RTM. Pengarah untuk drama ini Latif Ismail juga adalah salah seorang dari Ahli Lembaga Pengarah kepada syarikat ini. Satu lagi karya saya bersama mereka IFFAH juga bakal diterbitkan syarikat ini dan pengembaraan dijangka akan dilakukan sekitar hujung  Mac atau awal April nanti.

3. Antara barisan pelakun yang akan terlibat dalam drama Tajul Asyikin ini ialah Razali Hussein, Aneez Suraya, Julia Ziegler dan Dian P. Ramlee.


INTERVIEW UTK DOCU TV AL HIJRAH PADA 12.JAN

Wednesday, January 12, 2011

TV AL HIJRAH TELAH DATANG KE RUMAH SAYA KERANA MAHUKAN PENDAPAT SAYA MENGENAI PERBEZAAN ANTARA KUMPULAN EXTREMIST AGAMA DAN KUMPULAN EXTREMIST BERPAKSIKAN ELEMENT MISTIKAL.

SEBAGAI SEORANG BEKAS PEGUAM DAN BEKAS TAHANAN I.S.A SAYA DIMINTA MEMBERI PANDANGAN BAGAIMANA KEUJUDAN KUMPULAN SEPERTI INI BOLEH MEMBERI ANCAMAN KEPADA KESELAMATAN NEGARA DAN KETENTERAMAN AWAM.






HANI - RATING EPISOD 5

Tuesday, January 11, 2011


'Keluarga' Ummu Hani

RATING EPISOD 5 - 2.166 juta
(telah ditayangkan pada 4.Jan.2011)

SAKTI DELIMA & LPF

Monday, January 10, 2011

DRAMA 20 EPISOD INI HANYA SEMPAT DITAYANGKAN 4 EPISOD SAHAJA APABILA DIARAHKAN OLEH LEMBAGA PENAPISAN FILEM (LPF) UNTUK DIHENTIKAN TAYANGANNYA SERTA MERTA. SAYA CADANGKAN DI SINI AGAR MEDIA PRIMA UJUDKAN SCRIPT EDITOR KHAS YANG BUKAN SAHAJA BOLEH EDIT SKRIP TAPI JUGA MAMPU AUDIT SKRIP BAGI MEMASTIKAN SKRIPNYA TIDAK MENYENTUH HAL-HAL AQIDAH YANG SENSITIF.

SEPATUTNYA MEDIA PRIMA SUDAH MENGAMBIL PENGAJARAN DARI KES IKLAN RAYA ALA SANTA KLAUS SEBELUM INI YANG MENDAPAT BANTAHAN RAMAI PIHAK SEBELUM INI.

Iklan Raya TV3 ala Santa Klaus

TAHNIAH LPF

STATION-STATION TV PATUT MENCARI DRAMA YANG MEMPUNYAI INSPIRATIONAL CONTENT UNTUK DIPERTONTONKAN PADA KHALAYAK PENONTON MELAYU. TERLALU BANYAK CERITA HANTU DAN DONGENG TIDAK MEMBAWA BANGSA MELAYU BERANJAK KEPADA PARADIGMA PEMIKIRAN YANG LEBIH INTELLECTUAL.

ENOUGH IS ENOUGH!

HANI - MESEJ DISEBALIK WATAK 'MOKHTAR' AYAH KEPADA 'UMMU HANI'

Sunday, January 9, 2011

Esma Daniel dan Rozita Che Wan di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Apa sebenarnya yang ada disebalik watak 'Mokhtar' ayah kepada Ummu Hani yang dipegang wataknya oleh Esma Daniel.

SEORANG AYAH YANG BAIK KOMUNIKASI DENGAN ISTERI DAN ANAK-ANAK. AYAH YANG BEGITU MENGAMBIL BERAT PADA HAL YANG 'BESAR-BESAR' TAPI DALAM MASA YANG SAMA 'ACUH TAK ACUH' DAN BERSIKAP 'SAMBIL LEWA' PADA HAL REMEH TEMEH. TAPI HAL-HAL YANG PADANYA REMEH-TEMEH ITULAH NANTI AKHIRNYA YANG AKAN BUAT DIA MENANGIS.

Seorang ibu yang mulanya saya sangka budak sekolah telah add request ke FB saya selepas menonton episod 5 HANI baru-baru ini. Sejurus selepas saya accept request dia segera masuk ke chat box saya. Saya paparkan dibawah ini txt chatting antara saya dengannya. Untuk tujuan itu si ibu tersebut saya rujuk sebagai 'x' dan 'zm' sebagai diri saya sendiri.

x - salam
zm - salam
x - tahniah utk 'Hani'
zm - terima kasih. ajak kengkawan tonton ye. ada banyak kejutan dalam cite tu.
x -saya setakat ni memang lom miss tgk.lg pun sy tgk aritu ms shoot kat MAB
zm - jgn miss ye..cite tu penuh dengan unsur motivasi.bukan cita yg jual mimpi.
x - sy ada sbb tgk cite tu...ia ingatkan sy pd aruah anak saya.betul2 sama mcm jln cite tu.
zm - ye ke? macam mana tu?
x - anak saya dulu sakit kepala pastu kabur tp beza dia cuma tak leh operate.doktor kata leh hidup 18 bulan tp cuma hidup 10 bulan je.
zm - HANI ti ilham dari kisah benar. Dia pernah belajar di MAB dulu.
x - Bila mata kabur, tiba-tiba je juling. Sy tengok cite tu sedih...suami saya mcm tu gak, ambil mudah je. saya tau Hani tu kisah benar.
zm - tau macam mana?
x - saya keje kat MAB masa crew nk pinjam buku braille, dorang ada bagi tau sikit2.
zm - k

txt seterusnya chat saya dengan si ibu itu akan saya sambung selepas episod akhir (ep 13) nanti. InsyaAllah.

* MAB ialah Malaysian Association Of The Blind.

Seseorang yang guna status anonymous juga telah beri comment pada entry saya seperti berikut :

"kiranya drama HANI adalah kisah benar, maka ia adalah kisah saya..hanya yg memikul merasai bebannya.. Telah lama sy x mampu bersuara, hanya menangis dlm hati. syabas buat tuan kerana mampu menyelami hati seorang ibu, seorg anak remaja pesakit kanser dan kehidupan".

CINTA SEMPURNA & YUNA


1. Sebuah drama saya di Astro OASIS, FITRAH (20 episod) telah ditukar tajuknya kepada CINTA SEMPURNA apabila saya mahukan penyanyi remaja Yuna muncul secara cameo dalam drama tersebut.

2. Asalnya saya mahu gunakan populariti Yuna yang ketika itu 'meletup' dengan lagu DAN SEBENARnya untuk menarik penonton remaja menonton drama tersebut. Tapi kerana lagu tersebut telah diambil untuk digunakan oleh sebuah drama yang ketika itu sedang ditayangkan di TV3, Yuna mencadangkan sebuah lagu barunya yang tidak pernah disiarkan lagi di radio dijadikan latar kepada drama FITRAH saya itu.

3. Saya dan penerbitnya CERNA MEDIA SDN BHD kemudian telah menukar tajuk drama itu kepada CINTA SEMPURNA bersempena dengan lagu baru Yuna itu.

4. Yuna telah kompos semula lagu itu sebelum diserahkan kepada penerbitnya untuk dijadikan latar kepada drama tersebut.

5. Selepas drama itu beberapa kali diulang tayang di Astro Oasis, lagu Cinta Sempurna mula disiarkan di corong-corong radio dan akhirnya dicalonkan hingga ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke 25 baru-baru ini.

BERSAMA NORA & JOHAN

Saturday, January 8, 2011



1. Semasa menjadi tetamu di program ASSALAMUALAIKUM di TV AL HIJRAH pada 2. Jan baru-baru ini sempat berjumpa dengan Nora dan suaminya. Nora kebetulan juga menjadi tetamu dalam rancangan yang sama.

2. Sempat kami 'borak-borak kosong' mengenai kemungkinan mengadakan koloborasi. Saya mencadangkan kemungkinan lagu-lagu Nora yang bergenre ketuhanan di muatkan sebagai latar lagu dalam drama saya. Nora kebetulan bakal release lagu-lagu barunya tidak lama lagi begitu berminat dengan idea tersebut. Johan suaminya yang juga komposer kepada lagu Nora juga menunjukkan minat yang tinggi dengan koloborasi tersebut.

HANYA SEKADAR 'BORAK-BORAK KOSONG' SAHAJA.

WALIMAH ANAK PELAKUN ROSLAN SALLEH-8.JAN

Roslan Salleh menyambut para tetamunya.
Bersama Dato' Jalaludin Hassan dan isteri.
Bersama Razali Buyong.