Showing posts with label Drama Hani Lestary. Show all posts
Showing posts with label Drama Hani Lestary. Show all posts

DRAMA 'HANI' KE 16TH ASIAN TELEVISION AWARDS 2011(SINGAPORE)

Wednesday, July 13, 2011


1. Saya telah dimaklumkan oleh Layar Consult Sdn Bhd penerbit drama HANI bahawa TV3 telah short listed drama HANI untuk pencalonan pada 16th Asian Television Awards 2011 yang dijangka akan berlangsung Disember nanti di Singapura. HANI akan dipertandingkan di bawah kategori Best Serial Drama.

2. Antara negara-negara lain yang akan turut mengambil bahagian dalam majlis award tersebut ialah Australia, Bangladesh, China, Hong Kong, India, Indonesia, Japan, South Korea, Malaysia, New Zealand, Philippines, Singapore, Sri Lanka, Taiwan dan Thailand.

3. Saya bersyukur atas pemilihan tersebut. Pencalonan itu sendiri pada saya adalah satu 'Anugerah'. Selainnya hanya 'bonus'.

4. Sekurang-kurangnya kini saya pasti telah memberi yang terbaik pada penerbitnya dan TV3.

5. Terima kasih pada semua yang telah menonton dan menyokong drama HANI.

ALHAMDULILLAH

HANI - RATING EPISOD AKHIR

Monday, March 7, 2011


RATING EPISOD AKHIR - 2,551 JUTA PENONTON

TERIMA KASIH SEMUA ATAS SOKONGAN

BERAKHIRNYA EPISOD SEBUAH KEHIDUPAN 'HANI'

Tuesday, March 1, 2011

Nur Fathiyah Latif sebagai HANI
Ummu Hani yang sebenar rebah di hadapan pintu Masjidil Haram apabila barahnya datang semula buat kali kedua. Sekembalinya ke tanah air dia meninggal dunia pada usia 32 tahun. Itu yang diberitahu pada saya oleh sahabat karib pada arwah. Dia meninggal setelah menghafal 30 juzuk Quran di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu..

AL FATIHAH

HANI - GAMBAR SHOOTING DI DARUL QURAN, JAKIM

Wednesday, February 16, 2011














TERIMA KASIH DARUL QURAN

HANI - BABAK-BABAK DI KPMJ, KALANG

Saturday, January 22, 2011







HANI - NOVEL UNTUK PESTA BUKU ANTARABANGSA KL 2011

Friday, January 21, 2011

 

GALERI ILMU SDN BHD YANG JUGA MERUPAKAN SYARIKAT BERSEKUTU KEPADA LAYAR CONSULT SDN BHD YANG MENERBITKAN DRAMA 'HANI' BERSETUJU UNTUK MENGANGKAT SKRIP HANI KEPADA FORMAT NOVEL. IANYA DIJANGKA AKAN DILANCARKAN PADA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR PADA 22.APRIL-1 MAY 2011 DI PWTC NANTI. BAGI TUJUAN ITU SEORANG NOVELIS, PUAN NURULSHAM SAIDIN TELAH PUN DITAWARKAN UNTUK MENULIS NOVEL TERSEBUT 

INSYAALLAH SAYA AKAN BERBINCANG DENGAN PARA PELAKUN UTAMA HANI UNTUK HADIR DALAM PELANCARAN NOVEL TERSEBUT.

Bersama Hj Yusri Yusof (Layar Consult Sdn Bhd)
Bersama Hj Zakaria Sungib (Galeri Ilmu Sdn Bhd)

HANI - RATING EPISOD 5

Tuesday, January 11, 2011


'Keluarga' Ummu Hani

RATING EPISOD 5 - 2.166 juta
(telah ditayangkan pada 4.Jan.2011)

HANI - MESEJ DISEBALIK WATAK 'MOKHTAR' AYAH KEPADA 'UMMU HANI'

Sunday, January 9, 2011

Esma Daniel dan Rozita Che Wan di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Apa sebenarnya yang ada disebalik watak 'Mokhtar' ayah kepada Ummu Hani yang dipegang wataknya oleh Esma Daniel.

SEORANG AYAH YANG BAIK KOMUNIKASI DENGAN ISTERI DAN ANAK-ANAK. AYAH YANG BEGITU MENGAMBIL BERAT PADA HAL YANG 'BESAR-BESAR' TAPI DALAM MASA YANG SAMA 'ACUH TAK ACUH' DAN BERSIKAP 'SAMBIL LEWA' PADA HAL REMEH TEMEH. TAPI HAL-HAL YANG PADANYA REMEH-TEMEH ITULAH NANTI AKHIRNYA YANG AKAN BUAT DIA MENANGIS.

Seorang ibu yang mulanya saya sangka budak sekolah telah add request ke FB saya selepas menonton episod 5 HANI baru-baru ini. Sejurus selepas saya accept request dia segera masuk ke chat box saya. Saya paparkan dibawah ini txt chatting antara saya dengannya. Untuk tujuan itu si ibu tersebut saya rujuk sebagai 'x' dan 'zm' sebagai diri saya sendiri.

x - salam
zm - salam
x - tahniah utk 'Hani'
zm - terima kasih. ajak kengkawan tonton ye. ada banyak kejutan dalam cite tu.
x -saya setakat ni memang lom miss tgk.lg pun sy tgk aritu ms shoot kat MAB
zm - jgn miss ye..cite tu penuh dengan unsur motivasi.bukan cita yg jual mimpi.
x - sy ada sbb tgk cite tu...ia ingatkan sy pd aruah anak saya.betul2 sama mcm jln cite tu.
zm - ye ke? macam mana tu?
x - anak saya dulu sakit kepala pastu kabur tp beza dia cuma tak leh operate.doktor kata leh hidup 18 bulan tp cuma hidup 10 bulan je.
zm - HANI ti ilham dari kisah benar. Dia pernah belajar di MAB dulu.
x - Bila mata kabur, tiba-tiba je juling. Sy tengok cite tu sedih...suami saya mcm tu gak, ambil mudah je. saya tau Hani tu kisah benar.
zm - tau macam mana?
x - saya keje kat MAB masa crew nk pinjam buku braille, dorang ada bagi tau sikit2.
zm - k

txt seterusnya chat saya dengan si ibu itu akan saya sambung selepas episod akhir (ep 13) nanti. InsyaAllah.

* MAB ialah Malaysian Association Of The Blind.

Seseorang yang guna status anonymous juga telah beri comment pada entry saya seperti berikut :

"kiranya drama HANI adalah kisah benar, maka ia adalah kisah saya..hanya yg memikul merasai bebannya.. Telah lama sy x mampu bersuara, hanya menangis dlm hati. syabas buat tuan kerana mampu menyelami hati seorang ibu, seorg anak remaja pesakit kanser dan kehidupan".

HANI- TANPA PROMO

Friday, January 7, 2011

Nur Fathia sebagai Ummu Hani di lokasi di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

1. Saya telah memberitahu penerbit drama HANI, Layar Consult Sdn Bhd bahawa ikut pemerhatian saya yang kerap menonton tv3, HANI sudah lama tidak di promo oleh tv3 sejak episod 3 lagi. Sebelum episod 1, para pelakun utama HANI ada dijemput bersiaran di dalam rancangan MHI TV3. Untuk Episod 1 & 2, ada promo dibuat terhadap HANI pada setiap Ahad, Isnin dan Selasa. Lepas episod 2 tidak ada lagi promo untuknya. HANI kini sudah masuk episod yang ke 5 selasa lepas. Dalam tempoh episod 3-5 itu, hanya sekali dalam program MHI pada 3.Jan untuk selama tempoh 10 minit pelakun utamanya Nur Fathia dijemput untuk bersiaran. Tapi perbualan hanya menjurus kepada aktiviti dan perancangan pengajian Nur Fathia untuk masa depan. Perbualan agak pendek apatah lagi pengacaranya ketika itu terpaksa pula menjawab panggilan talipon dari penonton untuk satu soalan tidak ada kaitan dengan drama HANI yang telah dikemukakan sebelum Nur Fathia muncul.

2. Penerbitnya juga menyedari perkara yang sama telah bertanya sendiri pada tv3. Dan tv3 menafikan HANI sudah hilang dari senarai promo mereka sejak dari episod 3-5.

3. Kerana bimbang saya mungkin tersilap, semalam 7.Jan (Jumaat) saya duduk depan tv untuk melihat sendiri adakah benar seperti dikata tv3 mereka ada membuat promo untuk HANI. Saya mahu melihat,mengkaji dan memberikan statistic yang bertanggungjawab untuk memuaskan hati saya. Apatah lagi sebagai seorang bekas peguam saya mahukan facts & figures sebagai hard evidence.

4. Saya telah duduk depan tv bersama dengan pen dan buku nota dari seawal jam 6.30am hingga 1.00pm. Dari tempoh 1.00pm-2.00pm ketika saya keluar untuk solat jumaat, anak-anak perempuan saya mencatitnya. Jam 2.00-6.00pm, saya menyambung semula melihat semua promo untuk drama-drama yang disiarkan di tv3. Saya berehat pada jam 6.00pm dan menyambung lagi pada 7.50-10.00pm.

5. Di bawah ini saya senaraikan apa yang saya dapat dari pemerhatian dan kajian saya. Saya nyatakan di bawah ini tajuk-tajuk drama dan berapa kali ianya di promo sepanjang tempoh 6.30am-6.00 pm dan 7.50pm-10.00pm pada 7.Dis (Jumaat) di tv3.

SIMPANG 3(7), TIRAMISU(8), MR.MAMA 3(6), NALURI ASTAGHFIRULLAH(4), CINTA BUTA(11),USTAZ AMIRUL(17), SAKTI DELIMA(5), ALISA(2), SEJAUH CINTA MARSYANDAH(3), SAKA JENTAYU(2)...

HANI - ZERO

6. Sahih! Drama HANI tidak langsung diberikan peluang untuk di promo pada 7.Jan. Kenyataan saya HANI juga tidak pernah di promo sejak pada episod 3 lagi kecuali pada penampilan Nur Fathia dalam program MHI, mungkin ada benarnya. Saya tidak berhak untuk menyalahkan tv3 dalam hal ini. Tapi saya terpaksa menerima hakikat bahawa drama HANI tidak mendapat tempat di tv3 berbanding dengan drama-drama di atas yang telah saya senaraikan.HANI mungkin tidak mencapai standard yang diperlukan oleh tv3. Kerana itu ia dianggap tidak layak untuk diberi ruang untuk promo. Ini persepsi yang timbul dalam pemikiran lojik saya.

7. Saya juga sudah boleh 'membaca', mungkin ini isyarat yang telah dan sedang dihantar oleh tv3 pada saya bahawa drama HANI ini adalah 'drama episod' saya yang pertama dan terakhir buat saya di tv3.

8. Selepas ini, HANI untuk episod-episod yang mendatang terpaksa 'berjuang bersendirian' dengan hanya bergantung semata-mata kepada kekuatan skrip dan pengarahan Pengarahnya Heykal Hanifah. Dan saya begitu teruja untuk melihat bagaimana HANI mampu menambat hati penonton tanpa sebarang promosi.

KEPADA LEBIH 2 JUTA PENONTON 'HANI' SEBELUM INI, TERUSKAN MENONTON BERSAMA KELUARGA ANDA. SAYA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH PADA ANDA SEMUA KERANA SUDI MENONTONNYA.PADA ANDA SEMUA, SAYA HARAPKAN DAPAT MEMPROMOSI DRAMA INI PADA KENALAN ANDA.

9. HANI adalah sebuah drama yang tidak menjual mimpi apatah lagi ianya adalah ilham dari sebuah kisah benar.

10. Apa sahaja kekurangan dalam drama HANI adalah kelemahan saya dan kekurangan pada skrip garapan saya itu.


HANI - ESMA DANIEL SEBAGAI AYAH UMMU HANI

Thursday, January 6, 2011


SAYA HANYA MAHU ESMA DANIEL SAHAJA YANG BAWA WATAK 'MOKHTAR', AYAH KEPADA UMMU HANI. SAYA ADA MEMBERITAHU ESMA DANIEL BAHAWA WATAK 'MOKHTAR' ITU MEMANG DICIPTA UNTUK DIA. SAYA RINDUKAN WATAK SEORANG AYAH DALAM DRAMA TV YANG PENYAYANG, PENGASIH, TEGAS TAPI BAIK KOMUNIKASINYA DENGAN ANAK-ANAK SERTA ISTERI.TAPI CEPAT GELABAH HINGGA KADANGKALA MUDAH HILANG PERTIMBANGAN. SAYA LIHAT WATAK ITU ADA PADA KARISMA ESMA DANIEL.

DAN ALHAMDULILLAH, ESMA DANIEL BERJAYA MENGANGKAT WATAK 'MOKHTAR' YANG SAYA CIPTA ITU. KAMI KERAP BERBINCANG DI LOKASI BAGI MENCARI JALAN TERBAIK BAGAIMANA WATAK ITU PATUT DIANGKAT HINGGA PENONTON AKAN SIMPATI PADANYA TAPI DALAM MASA YANG SAMA LUCU MELIHAT TELATAHNYA. MALAH ESMA DANIEL KERAP MENALIPON SAYA SEBELUM MELAKUNKAN WATAK ITU JIKA DIA KURANG PASTI TERUTAMANYA PADA BABAK-BABAK TERTENTU YANG MENGKEHENDAKINYA GELABAH, HILANG PERTIMBANGAN ATAU MENANGIS
.

TERIMA KASIH ESMA DANIEL

HANI- NURUL ELFIRA LOY SEBAGAI 'NIZA'

Monday, January 3, 2011


1. Nurul Elfira Loy pertama kali berlakon secara tidak sengaja dalam drama saya Rakan Bandar Tun Hussein (26 episod - RTM) pada 2006.

2. Ketika itu ada babak budak-budak dalam sebuah kelas di sekolah rendah bertanding bertutur dan berceramah dalam bahasa inggeris. Anak saya Thuraya Nur ketika itu turut berlakon memegang watak utama. Elfira Loy yang kebetulan berada dalam kelas itu diambil berlakun secara tangkap muat sebagai 'pak pacak'. Sejak dari drama itu Elfira Loy berkawan baik dengan anak saya Thuraya Nur.

3. Kerana drama saya itulah minat Elfira Loy yang ketika itu darjah enam mula minat berlakun. Semasa naik ke sekolah menengah (tingakatan 1) dia mengikuti kelas theatre dan mula mencari-cari peluang berlakon. Anak saya Thuraya Nur walau bagaimanapun atas perjanjiannya dengan saya berhenti berlakun selepas tamat sekolah rendah. Saya hanya membenarkan Thuraya Nur berlakun ketika berada di sekolah rendah sahaja.

4. Kini Nurul Elfira Roy berada dalam satu kelas yang sama dengan Thuraya Nur di tingkatan 5 Sekolah Menengah Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor.

5. Drama di mana Thuraya Nur berlakun dan Nur Elfirah Loy turut muncul sebagai pak pacak dalam lakunan pertamanya telah di ulang tayang di RTM2 semasa cuti sekolah akhir tahun baru-baru ini (Nov-Dis 2010).

6. Kemunculan Elfira Roy walaupun hanya beberapa saat sahaja dalam drama saya itu telah membuka peluang untuknya mencipta nama sebagai antara pelakun remaja yang paling di kenali hari ini.

HANI - JAMUAN SATAY

Thursday, December 30, 2010



SAYA TELAH MENGADAKAN JAMUAN KESYUKURAN DI PEJABAT PENERBIT DRAMA HANI, LAYAR CONSULT SDN BHD BERSEMPENA DENGAN EP 3 & 4 YANG KHABARNYA MENDAPAT RATING YANG BEGITU TINGGI. NAMUN KERANA MENDENGARNYA SECARA HEARSAY DARI SUMBER TAK RESMI, SAYA HANYA AKAN ISTIHAR JUMLAH RATING TERSEBUT DALAM BLOG INI SETELAH MENDAPAT PENGESAHAN RESMI DARI TV3.

HANI - BUKU SEBAGAI 'KAREKTOR' DALAM DRAMA

Wednesday, December 29, 2010

SAYA KERAP MENJADIKAN BUKU SEBAGAI SALAH SATU 'KAREKTOR' PENTING DALAM DRAMA SAYA. KEUJUDANNYA BUKAN HANYA SEBAGAI SATU PROMOSI SEMATA TETAPI UNTUK MENGIKAT STORY LINE SUB PLOT KEPADA MAIN PLOT. DALAM DRAMA 'HANI' SAYA MENGGUNAKAN BUKU TULISAN USTAZ HASRIZAL ABDUL JAMIL 'BERCINTA SAMPAI KE SYURGA' UNTUK TUJUAN TERSEBUT. BUKU-BUKU LAIN YANG JUGA PERNAH SAYA GUNAKAN SEBAGAI KAREKTOR DALAM DRAMA SAYA ANTARANYA IALAH THE 7 HABITS OF HIGHLY EFFECTIVE PEOPLE (STEVEN COVEY) DALAM DRAMA SAYA DI OASIS 'CINTA SEMPURNA', RABIATULADAWIYAH (ZAHARUDIN ZABIDI) DALAM DRAMA SAYA 'AKU BUKAN RABIATUL' DI ASTRO PRIMA, ANNA KERINNA (LEO TOLSTOY) DALAM DRAMA SAYA 'KITAB RINDU TERINDAH' DI RTM1.



HANI - CUTI & REHAT

Sunday, December 26, 2010







BERCUTI BERSAMA SEISI KELUARGA DI TIARA BEACH RESORT PD SELEPAS TAMAT SHOOTING DRAMA 'HANI'. PERCUTIAN YANG BERBALOI SELEPAS 3 BULAN BERHEMPAS PULAS MENULIS DAN MENGGARAP SKRIP HANI.

THANK YOU ALLAH.