PENCALONAN PRESIDEN SWAM YANG BARU PADA AGM 12. FEB

Tuesday, January 25, 2011

Martias Ali.
1. Pada perjumpaan kali ke 4 Gabungan Penulis Skrip Bebas pada 22.Jan baru-baru ini  bertempat di Cafe Tugu Negara, semua yang hadir (17 orang) termasuk saya bersetuju agar Martias Ali (44th) di calonkan untuk merebut jawatan sebagai Presiden SWAM yang baru.

2. AGM SWAM akan diadakan pada 12.Feb yang akan datang ini.

3. Ikut statistic terkini SWAM punya lebih kurang 200 orang ahli sahaja tetapi dari jumlah itu hanya sekitar 70 orang sahaja telah memperbaharui yuran tahunan mereka.

4. Saya menjangkakan laluan Martias Ali untuk dipilih menjadi Presiden SWAM yang baru pada AGM akan datang akan diberi laluan mudah kerana khabarnya Presiden yang ada sekarang Ismail Ahmad sudah menyatakan hasratnya untuk memberi laluan pada Martias Ali.

Bilik mesyuarat Kelab Bernama di sebelah Cafe tugu Negara.
5. Atas permintaan ramai yang mahu saya turut aktif dalam SWAM, saya telah pun menghantar borang keahlian SWAM pada Maizura Ederis untuk tindakan beliau selanjutnya. Saya masih menunggu samada permohonan saya ini diluluskan atau tidak untuk membolehkan saya hadir dan mengundi dalam AGM itu nanti.

Comments

No response to “PENCALONAN PRESIDEN SWAM YANG BARU PADA AGM 12. FEB”
Post a Comment | Post Comments (Atom)