FILEM - KU PETIK BINTANG-BINTANG

Thursday, January 6, 2011

ADA PENERBIT FILEM YANG TELAH MENYATAKAN MINAT PADA SAYA UNTUK MENGANGKAT DRAMA TELEMOVIE SAYA DI RTM 'KU PETIK BINTANG-BINTANG' KEPADA SEBUAH FILEM. DRAMA KOMEDI INI PERNAH MEWAKILI RTM KE ANUGERAH SKRIN TV3 2007 KERANA TERGOLONG DALAM KATEGORI DRAMA YANG TELAH DITONTON LEBIH DARI 1 JUTA PENONTON.

DRAMA INI TENTANG SEORANG BUDAK KAMPUNG, NGADIMAN, KETURUNAN JAWA DARI TANGKAK, JOHOR YANG DITERIMA MASUK KE FAKULTI UNDANG-UNDANG UNIVERSITI MALAYA (UM). NGADIMAN TIDAK FASIH BERBAHASA INGGERIS KERANA LIDAH JAWANYA. TAPI DIA DIPILIH OLEH U.P.U UNTUK MENDAFTAR MASUK KE FAKULTI UNDANG2 UM KERANA MENDAPAT RESULT STPM YANG CEMERLANG. DIA TIDAK MAHU PERGI TAPI SELURUH PENDUDUK KAMPUNG MENGADAKAN KENDURI KERANA MAHUKAN DIA MENJADI MAJISTRET PERTAMA DI KAMPUNG MEREKA. AKIBAT DESAKAN IBU DAN ORANG2 KAMPUNG, DIA DENGAN BERAT HATI MASUK JUGA MENDAFTAR KE FAKULTI UNDANG-UNDANG. DI UM DIA BERKAWAN DENGAN ALIAS YANG KUDUNG KAKINYA TAPI LEMAH SEMANGAT DAN HASSAN YANG BUTA TAPI KUAT INGATANNYA.

CERITA INI DIILHAMKAN DARI KISAH BENAR DI MANA MEREKA BERTIGA ADALAH CLASSMATE SAYA SEMASA SAYA BELAJAR DI FAKULTI UNDANG-UNDANG UM PADA 1982-86 DAHULU.

INSYALLAH PRODUCER TERSEBUT SEDANG MENCARI WAKTU YANG SESUAI UNTUK BERJUMPA DAN BERBINCANG DENGAN SAYA MENGENAI TERMA-TERMA PERJANJIAN BAGI PENERBITAN FILEM TERSEBUT.

DOAKAN SAYA AGAR USAHAKAN INI DAPAT DIREALISASIKAN.

Comments

3 Responses to “FILEM - KU PETIK BINTANG-BINTANG”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

birudamai said...

Alhamdulillah Ustaz.
Semoga ianya berjaya.Amin.

January 7, 2011 at 12:51 AM
o0 said...

Betul ke nk dfilemkn? Xsabar nk tgk. Lagi 1,kalau xsilap saya nama watak Benjy tu Saad bukan Hassan. Maaf kalau silap. Tapi, memang saya yakin watak dia Saad :)

January 9, 2011 at 11:51 AM
Anonymous said...

saya pernah tgok cerita ni..mmg best..tggu jgak klau ada ulangan kat Tv..:)

January 29, 2011 at 10:07 AM