USTAZ ZAHIRUDIN ZABIDI & PTS

Wednesday, January 19, 2011


Bersama Ustaz Zahirudin Zabidi.
1. Ustaz Zahirudin Zabidi bukan anak saya. Cuma kebetulan sahaja nama ayahnya sama dengan nama saya. Mungkin kerana itu kami 'dijodohkan' untuk satu koloberasi dalam menghasilkan sebuah novel yang berpandukan pada skrip filem saya MAQAM CINTA.

2. MAQAM CINTA walaupun telah ditulis sepuluh tahun dulu belum pernah ditebitkan untuk dijadikan drama tv di mana-mana station tv. Skrip ini pernah memenangi hadiah ke 2 pada Pertandingan Menulis Skrip Berunsur Islam anjuran IKIM pada tahun 2006.

Skrip asal yang telah disimpan sejak 10 tahun lalu.

3. Walaupun saya pernah menulis tiga (3) buah buku sebelum ini tapi genre novel bukan kemahiran saya kerana saya lebih dikenali sebagai seorang penulis genre 'populor writing'.

4. Jadual menulis skrip drama tv saya yang kini telah penuh sehingga bulan September 2011 juga tidak memungkinkan saya menulis sendiri novel MAQAM CINTA ini.

5. Apatah lagi saya juga kini sedang menulis buku terbaru saya MEMOIR SEORANG PENGIKUT yang merupakan sambungan kepada buku pertama saya TERSUNGKUR DI PINTU SYURGA, yang saya jangka akan siap dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.

6. Oleh itu kesedian Ustaz Zahirudin Zabidi menulis novel ini dengan berpandukan pada skrip MAQAM CINTA itu amat saya alu-alukan.

7. Keyakinan PTS untuk menerbitkan novel ini juga amat saya hargai.


8. InsyaAllah selepas MAQAM CINTA, karya skrip drama saya yang akan dinovelkan juga ialah CINTA SEMPURNA yakni sebuah drama 20 episod yang pernah ditayangkan di Astro Oasis. Drama ini ditulis dan digarap skripnya oleh saya untuk dijadikan drama tv berdasarkan idea asal yang diberikan oleh Ustaz Hasrizal Abd Jamil (saifulislam.com) pada saya.

9. Doakan saya agar usaha koloberasi ini berjaya.

Comments

No response to “USTAZ ZAHIRUDIN ZABIDI & PTS”
Post a Comment | Post Comments (Atom)