MADAI MENANTI

Saturday, May 1, 2010

Keratan akhbar The Sabah Times pada 15 April 2010

1. Drama 13 episod MADAI MENANTI di mana saya telah menghasilkan skripnya ilham dari cerita asal penerbitnya sendiri telah mula ditayangkan pada setiap Selasa jam 12.30pm-1.30pm sejak 3 minggu lalu. Selasa lepas saya sempat menonton ep 3 tapi tertinggal menonton ep 1-2.

2. Skrip Madai Menanti ini adalah antara skrip paling mencabar kreativiti saya kerana ianya melibatkan cerita mengenai aktiviti mengutip sarang burung milik kaum Idahan di Gua Madai, Lahad Datu, Sabah. Mengguna pakai nama-nama suku kaum Idahan dalam membina watak-watak dalam skrip cukup mengeliru dan memeningkan saya.

3. Saya mendapat tahu dari penerbitnya sejak hari pertama shooting lagi, drama ini berdepan dengan masalah perselisihan faham antara penerbit dan pengarah. Perselisihan ini bukan sahaja berlaku sepanjang proses shooting tapi berpanjangan hingga ke peringkat editing. Keadaan menjadi lebih kronik apabila RTM terpaksa memberi amaran akan reject keseluruhan 13 episod drama ini jika tidak di edit pada standard seperti yang dikehendaki oleh bahagian QC di RTM.

4. Sangka saya setelah Madai Menanti mula disiarkan 3 minggu lepas, masalah perselisihan faham itu telah selesai. Tapi sangkaan saya merosot apabila terbaca keratan akhbar The Sabah Times bertarikh pada 15 April dan 20 April 2010.

Keratan akhbar The Sabah Times pada 20 April 2010.

5. Sebagai penulis skrip, saya tidak boleh campur dengan perselisihan faham yang berlaku antara Penerbit dan Pengarah itu.

6. Walau apapun saya bangga diberi peluang penerbitnya untuk menulis skrip Madai Menanti. Saya telah menghabiskan masa selama 4 hari 3 malam di Lahad Datu, Sabah pada Feb 2009 untuk membuat kajian dan bertemu dengan pemimpin masyarakat kaum Idahan di sana bagi mendapatkan fakta mengenai kaum idahan dan sejarah Gua Madai.

7. Saya teringin pula jika diberi peluang selepas ini untuk menulis tentang perusahan memproses mutiara dan aktiviti menangkap ikan masyarakat Bajau yang berlatar belakangkan keindahan pulau Semporna.

8. Selamat menonton.

Comments

No response to “MADAI MENANTI”
Post a Comment | Post Comments (Atom)