CINTA SEMPURNA & YUNA

Sunday, January 9, 2011


1. Sebuah drama saya di Astro OASIS, FITRAH (20 episod) telah ditukar tajuknya kepada CINTA SEMPURNA apabila saya mahukan penyanyi remaja Yuna muncul secara cameo dalam drama tersebut.

2. Asalnya saya mahu gunakan populariti Yuna yang ketika itu 'meletup' dengan lagu DAN SEBENARnya untuk menarik penonton remaja menonton drama tersebut. Tapi kerana lagu tersebut telah diambil untuk digunakan oleh sebuah drama yang ketika itu sedang ditayangkan di TV3, Yuna mencadangkan sebuah lagu barunya yang tidak pernah disiarkan lagi di radio dijadikan latar kepada drama FITRAH saya itu.

3. Saya dan penerbitnya CERNA MEDIA SDN BHD kemudian telah menukar tajuk drama itu kepada CINTA SEMPURNA bersempena dengan lagu baru Yuna itu.

4. Yuna telah kompos semula lagu itu sebelum diserahkan kepada penerbitnya untuk dijadikan latar kepada drama tersebut.

5. Selepas drama itu beberapa kali diulang tayang di Astro Oasis, lagu Cinta Sempurna mula disiarkan di corong-corong radio dan akhirnya dicalonkan hingga ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke 25 baru-baru ini.

Comments

No response to “CINTA SEMPURNA & YUNA”
Post a Comment | Post Comments (Atom)