HANI- NURUL ELFIRA LOY SEBAGAI 'NIZA'

Monday, January 3, 2011


1. Nurul Elfira Loy pertama kali berlakon secara tidak sengaja dalam drama saya Rakan Bandar Tun Hussein (26 episod - RTM) pada 2006.

2. Ketika itu ada babak budak-budak dalam sebuah kelas di sekolah rendah bertanding bertutur dan berceramah dalam bahasa inggeris. Anak saya Thuraya Nur ketika itu turut berlakon memegang watak utama. Elfira Loy yang kebetulan berada dalam kelas itu diambil berlakun secara tangkap muat sebagai 'pak pacak'. Sejak dari drama itu Elfira Loy berkawan baik dengan anak saya Thuraya Nur.

3. Kerana drama saya itulah minat Elfira Loy yang ketika itu darjah enam mula minat berlakun. Semasa naik ke sekolah menengah (tingakatan 1) dia mengikuti kelas theatre dan mula mencari-cari peluang berlakon. Anak saya Thuraya Nur walau bagaimanapun atas perjanjiannya dengan saya berhenti berlakun selepas tamat sekolah rendah. Saya hanya membenarkan Thuraya Nur berlakun ketika berada di sekolah rendah sahaja.

4. Kini Nurul Elfira Roy berada dalam satu kelas yang sama dengan Thuraya Nur di tingkatan 5 Sekolah Menengah Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor.

5. Drama di mana Thuraya Nur berlakun dan Nur Elfirah Loy turut muncul sebagai pak pacak dalam lakunan pertamanya telah di ulang tayang di RTM2 semasa cuti sekolah akhir tahun baru-baru ini (Nov-Dis 2010).

6. Kemunculan Elfira Roy walaupun hanya beberapa saat sahaja dalam drama saya itu telah membuka peluang untuknya mencipta nama sebagai antara pelakun remaja yang paling di kenali hari ini.

Comments

One response to “HANI- NURUL ELFIRA LOY SEBAGAI 'NIZA'”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

Unknown said...

Assalamualaikum ustaz, saya berpendapat mungkin boleh kita mengambil pendekatan filem Ketika Cinta Bertasbih mengambil pelakon baru yang mempunyai perwatakan dan pegangan yang sama seperti watak dalam cerita dakwah akan datang, Dengan itu kita tidak akan melabelkan watak dalam cerita dakwah tersebut dengan watak lain yang pernah dilakonkan oleh pelakon tersebut. Agar kita boleh menghayati cerita dan mesej yang ingin disampaikan

January 5, 2011 at 12:40 AM