HANI - ESMA DANIEL SEBAGAI AYAH UMMU HANI

Thursday, January 6, 2011


SAYA HANYA MAHU ESMA DANIEL SAHAJA YANG BAWA WATAK 'MOKHTAR', AYAH KEPADA UMMU HANI. SAYA ADA MEMBERITAHU ESMA DANIEL BAHAWA WATAK 'MOKHTAR' ITU MEMANG DICIPTA UNTUK DIA. SAYA RINDUKAN WATAK SEORANG AYAH DALAM DRAMA TV YANG PENYAYANG, PENGASIH, TEGAS TAPI BAIK KOMUNIKASINYA DENGAN ANAK-ANAK SERTA ISTERI.TAPI CEPAT GELABAH HINGGA KADANGKALA MUDAH HILANG PERTIMBANGAN. SAYA LIHAT WATAK ITU ADA PADA KARISMA ESMA DANIEL.

DAN ALHAMDULILLAH, ESMA DANIEL BERJAYA MENGANGKAT WATAK 'MOKHTAR' YANG SAYA CIPTA ITU. KAMI KERAP BERBINCANG DI LOKASI BAGI MENCARI JALAN TERBAIK BAGAIMANA WATAK ITU PATUT DIANGKAT HINGGA PENONTON AKAN SIMPATI PADANYA TAPI DALAM MASA YANG SAMA LUCU MELIHAT TELATAHNYA. MALAH ESMA DANIEL KERAP MENALIPON SAYA SEBELUM MELAKUNKAN WATAK ITU JIKA DIA KURANG PASTI TERUTAMANYA PADA BABAK-BABAK TERTENTU YANG MENGKEHENDAKINYA GELABAH, HILANG PERTIMBANGAN ATAU MENANGIS
.

TERIMA KASIH ESMA DANIEL

Comments

3 Responses to “HANI - ESMA DANIEL SEBAGAI AYAH UMMU HANI”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

Esma Daniel said...

Terima kasih diatas penghargaan yang diberikan kpd saya. Saya berbangga kerana diberikan peluang utk menterjemahkan Mokhtar dlm Hani. Bagi saya ini merupakan satu kejayaan bagi produksi Hani kerana berjaya menmecah monopoli kisah-kisah keruntuhan institusi keluarga dan masalah sosial yg kerap dipaparkan di kaca tv.Diharapkan selepas ini lebih banyak lagi genre yg berbentuk inspirasi dan motivasi dapat diterbitkan dan diberi perhatian oleh pihak tv3.Syabas diucapkan kepada sdr Zabidi diatas usaha yang dilakukan.Terima Kasih
Esma daniel

January 6, 2011 at 12:26 PM
Anonymous said...

Saya suka dengan watak ayah Ummu Hani ni. Ia membuatkan saya sedikit kesal dan marah dengan sikap acuh tak acuh ayah Ummu Hani ni dalam mengatasi masalah Ummu Hani. Pandai Esma Danial mainkan peranan ni.

Dalam masa sama, saya sebagai lelaki dan bakal menjadi pemimpin keluarga insyaAllah dapat belajar sesuatu dari sikap ayah Ummu Hani ni. Moral: Jangan mudah ambil ringan dengan masalah anak-anak. Kesilapan kita yang acuh tak acuh akan menyebabkan anak-anak menaggung derita sepanjang hayat.

Pemerhati dari Maghribi

January 6, 2011 at 3:02 PM
AnNamir said...

Ya, saya lihat lakonan E'Daniel dlm Hani sangat berkesan sekali dan kena dgn watak seperti yg tuan kehendaki :)

January 7, 2011 at 4:12 PM