HANI- TANPA PROMO

Friday, January 7, 2011

Nur Fathia sebagai Ummu Hani di lokasi di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

1. Saya telah memberitahu penerbit drama HANI, Layar Consult Sdn Bhd bahawa ikut pemerhatian saya yang kerap menonton tv3, HANI sudah lama tidak di promo oleh tv3 sejak episod 3 lagi. Sebelum episod 1, para pelakun utama HANI ada dijemput bersiaran di dalam rancangan MHI TV3. Untuk Episod 1 & 2, ada promo dibuat terhadap HANI pada setiap Ahad, Isnin dan Selasa. Lepas episod 2 tidak ada lagi promo untuknya. HANI kini sudah masuk episod yang ke 5 selasa lepas. Dalam tempoh episod 3-5 itu, hanya sekali dalam program MHI pada 3.Jan untuk selama tempoh 10 minit pelakun utamanya Nur Fathia dijemput untuk bersiaran. Tapi perbualan hanya menjurus kepada aktiviti dan perancangan pengajian Nur Fathia untuk masa depan. Perbualan agak pendek apatah lagi pengacaranya ketika itu terpaksa pula menjawab panggilan talipon dari penonton untuk satu soalan tidak ada kaitan dengan drama HANI yang telah dikemukakan sebelum Nur Fathia muncul.

2. Penerbitnya juga menyedari perkara yang sama telah bertanya sendiri pada tv3. Dan tv3 menafikan HANI sudah hilang dari senarai promo mereka sejak dari episod 3-5.

3. Kerana bimbang saya mungkin tersilap, semalam 7.Jan (Jumaat) saya duduk depan tv untuk melihat sendiri adakah benar seperti dikata tv3 mereka ada membuat promo untuk HANI. Saya mahu melihat,mengkaji dan memberikan statistic yang bertanggungjawab untuk memuaskan hati saya. Apatah lagi sebagai seorang bekas peguam saya mahukan facts & figures sebagai hard evidence.

4. Saya telah duduk depan tv bersama dengan pen dan buku nota dari seawal jam 6.30am hingga 1.00pm. Dari tempoh 1.00pm-2.00pm ketika saya keluar untuk solat jumaat, anak-anak perempuan saya mencatitnya. Jam 2.00-6.00pm, saya menyambung semula melihat semua promo untuk drama-drama yang disiarkan di tv3. Saya berehat pada jam 6.00pm dan menyambung lagi pada 7.50-10.00pm.

5. Di bawah ini saya senaraikan apa yang saya dapat dari pemerhatian dan kajian saya. Saya nyatakan di bawah ini tajuk-tajuk drama dan berapa kali ianya di promo sepanjang tempoh 6.30am-6.00 pm dan 7.50pm-10.00pm pada 7.Dis (Jumaat) di tv3.

SIMPANG 3(7), TIRAMISU(8), MR.MAMA 3(6), NALURI ASTAGHFIRULLAH(4), CINTA BUTA(11),USTAZ AMIRUL(17), SAKTI DELIMA(5), ALISA(2), SEJAUH CINTA MARSYANDAH(3), SAKA JENTAYU(2)...

HANI - ZERO

6. Sahih! Drama HANI tidak langsung diberikan peluang untuk di promo pada 7.Jan. Kenyataan saya HANI juga tidak pernah di promo sejak pada episod 3 lagi kecuali pada penampilan Nur Fathia dalam program MHI, mungkin ada benarnya. Saya tidak berhak untuk menyalahkan tv3 dalam hal ini. Tapi saya terpaksa menerima hakikat bahawa drama HANI tidak mendapat tempat di tv3 berbanding dengan drama-drama di atas yang telah saya senaraikan.HANI mungkin tidak mencapai standard yang diperlukan oleh tv3. Kerana itu ia dianggap tidak layak untuk diberi ruang untuk promo. Ini persepsi yang timbul dalam pemikiran lojik saya.

7. Saya juga sudah boleh 'membaca', mungkin ini isyarat yang telah dan sedang dihantar oleh tv3 pada saya bahawa drama HANI ini adalah 'drama episod' saya yang pertama dan terakhir buat saya di tv3.

8. Selepas ini, HANI untuk episod-episod yang mendatang terpaksa 'berjuang bersendirian' dengan hanya bergantung semata-mata kepada kekuatan skrip dan pengarahan Pengarahnya Heykal Hanifah. Dan saya begitu teruja untuk melihat bagaimana HANI mampu menambat hati penonton tanpa sebarang promosi.

KEPADA LEBIH 2 JUTA PENONTON 'HANI' SEBELUM INI, TERUSKAN MENONTON BERSAMA KELUARGA ANDA. SAYA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH PADA ANDA SEMUA KERANA SUDI MENONTONNYA.PADA ANDA SEMUA, SAYA HARAPKAN DAPAT MEMPROMOSI DRAMA INI PADA KENALAN ANDA.

9. HANI adalah sebuah drama yang tidak menjual mimpi apatah lagi ianya adalah ilham dari sebuah kisah benar.

10. Apa sahaja kekurangan dalam drama HANI adalah kelemahan saya dan kekurangan pada skrip garapan saya itu.


Comments

16 Responses to “HANI- TANPA PROMO”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

rykhel hyunsu said...

da d promo..alhmdlah :)

January 7, 2011 at 1:44 PM
Zida said...

jangan risau ustaz. kitorang kat cairo tengok :)

January 7, 2011 at 3:27 PM
Kak Lia said...

sy baru tgk 1 episod..insyaAllah...kalau tiada gangguan tugas di rumah....sy nk tengok...

January 7, 2011 at 5:44 PM
Anonymous said...

saya tidak berkesempatan menonton..dekat mana saya boleh download drama Hani?saya cuba cari di website TV3 tapi tiada..teringin benar utk menontonnya..

January 8, 2011 at 1:29 AM
Anonymous said...

All the best Ustazzz
Memang best cite Hani

January 8, 2011 at 1:40 AM
Zaid Akhtar said...

Good luck, Tuan Guru.
Moga terus cekal berkarya Islami.

January 8, 2011 at 5:07 AM
Anonymous said...

salam ustaz,
Alhamdulillah dah tgok epsde 4.
dalam episod 1 ada kedengaran selawat sebagai bunyi latar. Sedap selawat tu.

kalau x keberatan, siapa mnusyid dan apa tajuknya?

jzkk ustaz.

January 8, 2011 at 12:47 PM
hudhud said...

saya penonton setia drama hani..waktu pertama kali menonton hati tertarik utk terus mengetahui episod sterusnya..sbg seorg remaja saya rasa drama hani adalah sgt 'real',terutama watk ibubapa yg sering menyalahkn anak2 tanpa usul periksa..drama hani bnyk mengajar~ teruskan usaha dlm menghasilkn lebih banyak karya2 hebat tuan..

January 8, 2011 at 7:35 PM
Anonymous said...

kiranya drama HANI adalah kisah benar, maka ia adalah kisah saya..hanya yg memikul merasai bebannya.. Telah lama sy x mampu bersuara, hanya menangis dlm hati. syabas buat tuan kerana mampu menyelami hati seorang ibu, seorg anak remaja pesakit kanser dan kehidupan.

January 9, 2011 at 5:18 PM
Anonymous said...

tv3 pon berpikiran sempit tak mmberi ruang u drama yg mpunyai sdikit unsur islamkik ditanyangkan...ape da
patotla kat website tv3 dah tade..manusia2, tak mahu tengok manusia jadi baik ke?

January 11, 2011 at 9:06 AM
Anonymous said...

salam ustaz, jangan risau kami pelajar di mesir pon layan cerita nih..best sgt2...;) semoga cerita ni terus thabit dgn islamicnya...kalau bole ade adengan sentuh2 tu xyah tunjuk sgt..agak mencacatkan, tapi secara keseluruhannya...lakonan semua mmg hidup, terasa seperti dlm sebuah keluarga,
dan adengan di sekolah tu pon mantap..

ok, semoga terus thabit dijalanNya..

January 11, 2011 at 11:38 AM

Bagi yang tidak sempat menontonnya di TV3,boleh tonton di http://www.tonton.my

January 27, 2011 at 7:58 AM
Anonymous said...

bg pendapat saya, drama hani sgt berjaya menarik perhatian penonton. harap lebih byk lg drama sebegini yg berunsurkan ajaran Islam. iA....TAHNIAH:)

March 5, 2011 at 7:29 PM
Anonymous said...

bagi saya drama ini xde erti..skrip islamik...cara penyampaian melalu drama tk islamik..pelakon buka aurat..dibelakang tabir apatah lagi..

zabidi ni bekas arqam..memburuk2kan bekas guru dia...terpaksalah bertawakkal dgn tv3..

April 22, 2011 at 9:52 PM