Showing posts with label ASTRO OASIS. Show all posts
Showing posts with label ASTRO OASIS. Show all posts

CINTA SEMPURNA & YUNA

Sunday, January 9, 2011


1. Sebuah drama saya di Astro OASIS, FITRAH (20 episod) telah ditukar tajuknya kepada CINTA SEMPURNA apabila saya mahukan penyanyi remaja Yuna muncul secara cameo dalam drama tersebut.

2. Asalnya saya mahu gunakan populariti Yuna yang ketika itu 'meletup' dengan lagu DAN SEBENARnya untuk menarik penonton remaja menonton drama tersebut. Tapi kerana lagu tersebut telah diambil untuk digunakan oleh sebuah drama yang ketika itu sedang ditayangkan di TV3, Yuna mencadangkan sebuah lagu barunya yang tidak pernah disiarkan lagi di radio dijadikan latar kepada drama FITRAH saya itu.

3. Saya dan penerbitnya CERNA MEDIA SDN BHD kemudian telah menukar tajuk drama itu kepada CINTA SEMPURNA bersempena dengan lagu baru Yuna itu.

4. Yuna telah kompos semula lagu itu sebelum diserahkan kepada penerbitnya untuk dijadikan latar kepada drama tersebut.

5. Selepas drama itu beberapa kali diulang tayang di Astro Oasis, lagu Cinta Sempurna mula disiarkan di corong-corong radio dan akhirnya dicalonkan hingga ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke 25 baru-baru ini.

IMAM MUDA ASTRO OASIS

Sunday, August 1, 2010


1. Saya telah hadir menyaksikan Finale Imam Muda atas jemputan Astro Oasis di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur baru-baru ini.

2. Saya menitiskan airmata sebagai tanda kesyukuran kerana terbitnya program realiti Islam seperti ini.

3. Program seperti IMAM MUDA ini adalah alternatif yang baik kepada program realiti tv berbentuk hiburan semata yang melalaikan.

4. Program seperti IMAM MUDA dan juga AKADEMI AL QURAN (TV9) patut mendapat sokongon semua pihak kerana ianya dapat mendidik remaja kita agar lebih berpegang kuat pada agama mereka.

5. Tahniah buat semua warga kerja Astro Oasis.



PROGRAM BERITA KHABAR HAJI DI OASIS

Sunday, November 15, 2009

1. Seminggu sebelum berangkat ke Mekah, saya dan Hj Izelan Bashar, Channel Manager di Astro Oasis sempat berbual di surau Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) di Wisma Penyayang Seri Kembangan. Dia sempat memberitahu saya Oasis akan bekerjasama dengan IQRA TV di Arab Saudi untuk mengujudkan rancangan Berita Khas Haji setiap hari mengenai perkhabaran jemaah haji di Mekah pada musim haji kali ini.

2. Saya begitu teruja mendengar apa yang dikatakan oleh Hj Izelan ketika itu. Cemburu pun ada kerana dia dapat ke Mekah untuk melaksanakan satu tugas penyiaran yang murni dan dalam masa yang sama dapat juga mengerjakan haji. Tahun lepas haji Izelan ada ke Mekah untuk tujuan recce bagi merealisasikan rancangan yang diilhamkan dari ideanya ini.

3. Setiap malam jam 9.00-10.00 saya akan berada depan tv untuk menonton KHABAR HAJI di Oasis. Isi kandungannya begitu menarik dan mampu membangkitkan semangat dan kerinduan kepada khalayak penonton menanamkan cita-cita untuk mengerjakan haji.

4. Walaupun di Oasis hanya Hj Izelan dan pembantunya Nor Jannah Salleh sahaja tenaga penggerak yang ada di channel islami tersebut tapi mereka berjaya mengisi dan mengangkat channel Oasis sebagai sebuah channel alternatif kepada khlayak penonton yang mahukan program dan rancangan berbentuk pengisian ilmu dan rohani. Tahniah buat mereka berdua.
.
5. Untuk program KHABAR HAJI ini Hj Izelan dan Nor Jannah Salleh telah dibantu krew penerbitan dari Astro Awani dan krew production Astro.
.

CINTA SEMPURNA 2

Thursday, October 29, 2009

ATAS PERMINTAAN ASTRO OASIS, CINTA SEMPURNA AKAN DISAMBUNG SEMULA. SETELAH DIANUGERAH ALLAH DENGAN 'HIDAYAH' APA PULA YANG TERJADI PADA SHILA DAN NAJIB SEKEMBALINYA MEREKA KE LONDON? ADAKAH AKAN KEMBALI HANYUT ATAU MEREKA AKAN TERUS MEMBURU 'TAUFIQ'?