Showing posts with label Cinta Sempurna. Show all posts
Showing posts with label Cinta Sempurna. Show all posts

CINTA SEMPURNA & YUNA

Sunday, January 9, 2011


1. Sebuah drama saya di Astro OASIS, FITRAH (20 episod) telah ditukar tajuknya kepada CINTA SEMPURNA apabila saya mahukan penyanyi remaja Yuna muncul secara cameo dalam drama tersebut.

2. Asalnya saya mahu gunakan populariti Yuna yang ketika itu 'meletup' dengan lagu DAN SEBENARnya untuk menarik penonton remaja menonton drama tersebut. Tapi kerana lagu tersebut telah diambil untuk digunakan oleh sebuah drama yang ketika itu sedang ditayangkan di TV3, Yuna mencadangkan sebuah lagu barunya yang tidak pernah disiarkan lagi di radio dijadikan latar kepada drama FITRAH saya itu.

3. Saya dan penerbitnya CERNA MEDIA SDN BHD kemudian telah menukar tajuk drama itu kepada CINTA SEMPURNA bersempena dengan lagu baru Yuna itu.

4. Yuna telah kompos semula lagu itu sebelum diserahkan kepada penerbitnya untuk dijadikan latar kepada drama tersebut.

5. Selepas drama itu beberapa kali diulang tayang di Astro Oasis, lagu Cinta Sempurna mula disiarkan di corong-corong radio dan akhirnya dicalonkan hingga ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke 25 baru-baru ini.

ULANG TAYANG SEMPENA RAMADHAN DI OASIS

Tuesday, August 24, 2010

Ulang tayang di Oasis pada setiap hari bermula dari 24 Ogos, jam 11.00 am dan 9.00pm. Skrip : Zabidi Mohamed - 20 episod.

Ulang tayang di Oasis pada setiap hari jam 11.30am bermula dari 24 Ogos. Skrip Zabidi Mohamed. Drama 13 episod.

GAMBAR SEKITAR TAYANGAN 'CINTA SEMPURNA' DI MASJID AL NAEEM, SINGAPURA (2 JULAI)

Saturday, July 3, 2010


SMS DARI SINGAPURA

Friday, July 2, 2010

Masjid Al Naeem, Singapura.

Sms yang saya terima dari Ustaz Hasrizal Abd Jamil di Singapura lewat malam tadi :

"Salam ustaz.Tayangan Cinta Sempurna di Masjid Al Naeem Singapura sangat berjaya Alhamdulillah. Ramai remaja hadir dan menonton dengan tekun drama melayu PERTAMA mereka.Drama yang menyebabkan remaja ini berbual serius sesama mereka tentang dialoq2 CS.Alhamdulillah".

ALHAMDULILLAH

TAYANGAN 'CINTA SEMPURNA' DI SINGAPURA

DRAMA 'CINTA SEMPURNA' DITAYANGKAN DI MASJID AL NAEEM DI SINGAPURA HARI INI (2JULAI). SELEPAS TAYANGAN, SESSI DIALOQ ANTARA PARA REMAJA SINGAPURA DENGAN USTAZ HASRIZAL ABDUL JAMIL YANG MENGILHAMKAN STORY LINE DRAMA TERSEBUT AKAN DIADAKAN. ISU PEMURNIAN AQIDAH YANG DIBANGKITKAN DALAM 'CINTA SEMPURNA' BEGITU DEKAT DENGAN 'MASALAH NILAI' YANG SEDANG DIHADAPI REMAJA DI SINGAPURA HARI INI. KERANA ITU PIHAK PENGANJUR DI SINGAPURA MAHUKAN DRAMA TERSEBUT DITAYANGKAN SECARA EKSKLUSIF DALAM PROGRAM MEREKA MALAM INI YANG DIKHUSUSKAN UNTUK PARA REMAJA SINGAPURA.

ULANG TAYANG

Monday, June 7, 2010


Drama saya CINTA SEMPURNA (20 EPISOD) kini sedang di ulang tayang di ASTRO OASIS. Selamat menonton.

SELAMAT PENGANTIN BARU

Wednesday, March 17, 2010

Gambar di Restaurant Nelayan, Tasik Titiwangsa pada 14.Mac 2010

Selamat pengantin baru kepada pasangan pengantin Huda & Steven. Huda adalah pelakun pembantu dalam drama saya CINTA SEMPURNA. Huda juga adalah anak kepada Dini Juri, pelakon yang terlibat dalam drama IHSAN saya serta anak saudara kepada Sahid Juri, penerbit Cinta Sempurna, Cerna Media Sdn Bhd.