MAZHAB SKRIP - ANTARA HITAM & PUTIH

Thursday, June 24, 2010


1. Saya mungkin agak ketinggalan kerana baru sahaja kelmarin sempat menonton filem Indonesia KETIKA CINTA BERTASBIH (KCB). Walaupun dvdnya sudah lama berada dalam simpanan saya tetapi kerana kesibukan menulis skrip sebelum ini menyebabkan saya sengaja menyimpannya untuk ditonton pada waktu saya benar-benar 'merdeka' dan boleh merehatkan fikiran ketika menontonnya.

2. KCB adalah contoh terbaik mazhab skrip yang berpegang kepada keyakinan dan prinsip bahawa story line yang baik boleh digarap dengan baik tanpa watak jahat yang hitam.

3. KCB menafikan mazhab skrip yang berpendapat bahawa PUTIH akan nampak baik jika ada HITAM yang super jahat, ganas dan zalim.

4. KCB membuktikan HITAM tidak semestinya watak seorang antoganist jahat yang hitam tapi boleh juga di potrai dalam bentuk nafsu sarakah dalam diri seseorang yang lemah iman dan berkepentingan.

5. Namun pengkarya filem di Malaysia kurang setuju dengan mazhab PUTIH TANPA HITAM ini kerana pada mereka ianya tidak punya nilai komersial dan tidak menguntungkan.

6. Mungkin kerana itu tidak ada penerbit filem yang mahu menerbitkan filem genre dakwah saperti KCB.

7. Namun KCB membuktikan skrip yang baik dan garapan yang baik mampu memberi nilai komersial pada filem genre dakwah.

Comments

No response to “MAZHAB SKRIP - ANTARA HITAM & PUTIH”
Post a Comment | Post Comments (Atom)