KOMEN KE ATAS BENGKEL FIQH PENYIARAN

Sunday, June 20, 2010

1. Bengkel Fiqh Penyiaran anjuran bersama TV AL HIJRAH, FDAM dan JAKIM semalam di Institut Latihan Islam Malaysia di Bangi agak membosankan. Ramai penulis skrip yang hadir juga berpendapat begitu.

2. Perbincangan dan pembentangan kertas kerja terlalu akademik dan merewang. Kesemua pembentang kertas kerja setahu saya tidak pernah tulis skrip dan tidak tahu banyak tentang filem dan drama. Mereka hanya bercakap tentang teori dan falsafah penerbitan filem dan drama islam tanpa banyak membuat rujukan pada mana-mana filem atau drama yang pernah di terbitkan samaada dalam atau luar negara.

3. Kertas kerja yang dibentangkan oleh wakil FDAM Tuan Syed Zulkifli Syed Masir pada saya paling menarik kerana dia melihat perfileman dari aspek yang lebih global. Penyataannya mengenai Dictatorship Dalam Filem begitu bernas dasn berasas.

4. Tapi saya tertarik dengan kata-kata Prof Dato' Dr Ismail Ibrahim (UKM) bila dia menyatakan 'SKRIP YANG BAIK ADALAH DAKWAH YANG BAIK'.

5. Walaupun ada kelemahan dari segi pengisian namun saya merasakan program seperti ini perlu kerap diadakan bagi mempertemukan golongan pengkarya Filem/Drama dengan golongan cerdik pandai dan para ulama.

Comments

One response to “KOMEN KE ATAS BENGKEL FIQH PENYIARAN”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

Syed Zul Tojo said...

Terima kasih tuan. Terima kasih kerana hadir dan terima kasih kerana memikirkan ia bermunafaat walaupun banyak kekurangan. Terima kasih juga kerana percaya ia harus diteruskan. Seminar pertama itu sebetulnya masih rangka pertama, bertujuan mencari arah, kerana setengahnya berfikir cukup dengan sisipan nilai-nilai islam sahaja dan ada setengahnya mengatakan mesti patuh pada syariah

June 23, 2010 at 8:52 PM