SOOD, CHEE YONG & RAKAN-RAKAN

Monday, March 1, 2010

.
1. drama 13 episod saya SOOD, CHEE YONG & RAKAN-RAKAN yang diluluskan hasil dari pitching di RTM baru-baru ini sudah memulakan pengembaran pada 27. Feb baru-baru ini.
.
2. drama berlatarkan kisah dunia guaman ini sebenarnya adalah sambungan dari sebuah tele karya saya juga SOOD & ASSOCIATES yang telah diterbit dan ditayangkan di RTM dua tahun lepas. Buzen melakunkan watak Sood ketika itu.
.

Wan Elyas
.

3. sinopsis - firma SOOD, CHEE YONG & RAKAN-RAKAN milik 2 peguam baru yang berjinak-jinak dalam dunia guaman dengan memberanikan diri membuka firma guaman sendiri. Mereka berdua berpegang pada falsafah "Let's save the world" yang mereka percaya dapat mereka perjuangkan melalui firma yang mereka tubuhkan itu. Malangnya firma mereka bersebelahan sahaja dengan satu lagi firma lebih senior JAMAL SAHID & CO yang berpegang pada falsafah "Let's make money". Firma senior ini sentiasa membuli dan memperlekehkan firma SOOD, CHEE YONG & RAKAN-RAKAN yang lebih junior. Konflik antara dua firma ini bertambah kusut apabila muncul seorang peguam baru graduate LATIFAH yang bekerja di firma JAMAL SAHID & CO tapi kemudian berpindah kerja ke firma SOOD, CHEE YONG & RAKAN-RAKAN.
.
4. Drama genre komedi ini di bintangi oleh WAN ELYAS sebagai SOOD dan JEHAN MISKIN sebagai SAHID.
.

Jehan Miskin

5. Drama ini dijangka akan ditayangkan di TV1 samaada Ogos atau September 2010.

Comments

3 Responses to “SOOD, CHEE YONG & RAKAN-RAKAN”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

Anonymous said...

apa tajuk lagu tema dlm cerita ni..puas cari tapi x jumpa

October 18, 2010 at 5:38 PM
Anonymous said...

nthny..ape name lagu tema ni?

November 2, 2010 at 10:04 PM
Anonymous said...

Lagu Aku Budak Kampung.. Dari Kumpulan Kugiran Orang Asal.. Kumpulan RAMSA

November 14, 2010 at 6:35 PM