MY LEGAL OPINION

Tuesday, March 30, 2010


1. Sebagai seorang bekas peguam dan bekas majistrate saya rasa bertanggungjawab untuk menulis entri ini bagi membela nasib para penulis skrip tanahair.

2. Saya telah terbaca catatan Ayuni Zamani seorang penulis skrip dalam Facebook Group - KELAB FB PENULIS SKRIP MALAYSIA yang mengeluh mengenai satu producer yang telah memintanya membuat treatment drama 13 episod tetapi projek tersebut kemudiannya tidak dapat diteruskan atau dibatalkan. Ayuni bertanya adakah boleh dia menuntut apa-apa bayaran dari producer tersebut bagi treatment 13 episod yang telah disiapkannya itu?

3. Dari keluhan serta pertanyaan tersebut saya dapat membuat satu andaian bahawa persetujuan antara Ayuni dan Producer berkenaan mungkin hanya dibuat secara verbal (janji mulut) sahaja tanpa ujud sebarang persetujuan bertulis.

4. Mengikut pandangan orang awam mereka selalunya akan menggunakan istilah ‘tidak ada kontrak’ antara kedua-dua pihak kerana tidak ada sesuatu yang bertulis. Maka Ayuni akan dianggap tidak punya asas yang kuat untuk menuntut sebarang bayaran. Di pihak producer pula akan dengan sewenang-wenangnya berkata ‘tidak ada sebarang kontrak antara kita’. Mereka akan berlepas tangan.

5. Saya mahu menjawab isu ini dengan terlebih dahulu merujuk dari sudut legal mengenai definasi apakah yang dikatakan sebagai ‘kontrak yang mengikat’ (a binding contract) dalam sesuatu janji dalam melaksanakan satu tugas untuk kepentingan dan manafaat bersama terutamanya dalam konteks monetory.

6. Bolehkan ujud satu kontrak yang mengikat dari sudut legal walaupun tidak ada perjanjian bertulis?

7. Dari sudut legal kontrak mengikat (a binding contract) ujud jika tiga element berikut dipenuhi dalam satu tawar menawar (an invitation to offer) iaitu a. offer (tawaran), b. acceptance dan c. consideration (balasan).

Contoh – si A tuanpunya rumah membuat offer kepada si B untuk menyewakan rumahnya dengan harga RM1000 sebulan. Si B menerimanya secara verbal. Namun setelah lapan bulan tinggal di rumah yang disewanya itu si B tidak pernah membayar sewa yang dipersetujuinya atas alasan tidak ada sebarang kontrak bertulis antara kedua mereka. Bolehkah B menjawab begitu?

Jawabnya – tidak boleh kerana B telah terima (acceptance) tawaran (offer) yang telah dibuat oleh A dan A juga telah membalas (consideration) dengan memberi kunci rumah pada B dan B juga telah tinggal di rumah tersebut selama lapan bulan. Kontrak dianggap ujud di sini walaupun secara verbal.

8. Bagaimana dengan kes Ayuni Zamani? Jawabnya kontrak telah ujud kerana penerbitnya telah menerima balasan (consideration) daripada Ayuni Zamani apabila mereka menerima treatment 13 episod dari Ayuni Zamani apatah lagi atas arahan dan permintaan mereka sendiri.

9. Maka adalah patut dan layak untuk Ayuni Zamani menuntut sejumlah bayaran yang manasabah ke atas khidmatnya menyediakan treatment 13 episod tersebut.

10. Diharapkan sesiapa dari kalangan penulis skrip yang membaca entri ini dan mengenalinya dapat memaklumkan kepada Ayuni Zamani perkara yang saya ulas ini.


Comments

2 Responses to “MY LEGAL OPINION”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

elmaaniq said...

terima kasih dengan pekongsian ini.

March 30, 2010 at 10:52 PM
Ayuni Zamani said...

Salam...thank you for the legal advice tapi si Producer nampaknya masih lagi mendiamkan diri walaupun saya dah hantar invois kepadanya...

April 5, 2010 at 2:22 AM