PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2010

Monday, March 22, 2010

.
1. Saya punya hampir 2000-2500 tajuk buku di rumah. Tapi dalam banyak-banyak tajuk buku tersebut ada sebuah buku yang paling mempengaruhi gaya penulisan saya baik dalam penulisan buku mahupun penulisan skrip drama.
.
2. Buku tersebut bertajuk BY WAY OF DECEPTION- 'The Making Of Mossad Officer' tulisan Victor Obstrovsky dan Claire Hoy telah saya baca berulangkali malah masih membacanya hingga kini tanpa jemu.Buku tersebut telah dihadiahkan kepada saya oleh seorang kawan yang menuntut di Amerika sekitar tahun 1996.
.
3. Buku tulisan saya ARQAM - TERSUNGKUR DI PINTU SYURGA dan MAUNAH - KEBENARAN YANG SEBENAR telah ditulis dengan mengguna pakai cara garapan dan penceritaan dari buku tersebut.
.


.
4. Meniru cara bangsa yahudi menulis dengan kaedah forensic writting mungkin tidak ada pada penulis di Malaysia. Tapi saya berjaya melakukannya dalam kedua-dua buku tulisan saya tersebut.
.
5. Setiap kali ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC, saya selalu akan mencari buku-buku tulisan bangsa Yahudi. Tak salah kalau setakat mahu mempelajari tektik dan teknik mereka berkarya.
.

Comments

3 Responses to “PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2010”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

birudamai said...

Salam Tuan.Pertama kali baca Arqam:Tersungkur di pintu 'syurga' pada 1998.Berulangkali saya baca sebab gaya & cara penceritaan Tuan buat saya jatuh cinta pada buku Tuan.Wassalam.

March 23, 2010 at 1:41 AM
Pei Pan said...

Tuan, di mana boleh saya dapatkan buku tulisan tuan? Masih adakah di jual? Jika ada saya berminat untuk membelinya.

March 24, 2010 at 4:10 AM
Anonymous said...

Salam,

Bang Zabidi,

Teruskan berkarya dengan baik! Insyaallah ramai yang beroleh manafaatnya.

-aliff muhammad -

March 25, 2010 at 12:22 AM