Showing posts with label jurey rosli. Show all posts
Showing posts with label jurey rosli. Show all posts

GAJAH DALAM DRAMA

Saturday, July 23, 2011

1. Untuk drama 12 episod saya di tv al Hijrah, MAQAM saya memerlukan khidmat antara 5-6 ekor gajah untuk babak flashback yang memaparkan bagaimana ulama tersohor nusantara Syeikh Abdul Samad Al Palembani di kepung oleh tentera Siam dan kemudiannya dipancung kepalanya untuk dipersembahkan pada Raja Siam di Ayuthia.Peristiwa bersejarah ini berlaku sekitar 1820an.

2. Walaupun babak ini hanya melibatkan dua babak sahaja dari keseluruhan 480 babak dari keseluruhan 12 episod drama tersebut saya mahu menjadikannya killer scene dalam drama ini.

3. Bukan senang untuk mendapatkan khidmat gajah untuk sebuah penerbitan drama apatah lagi untuk mengumpulkan 5 hingga 6 ekor gajah serentak.Kerana itu tidak ramai penulis skrip atau penerbit berminat untuk menerbitkan cerita yang melibatkan gajah.Apatah lagi tentunya ia akan melibatkan kos yang besar.

4. Namun saya bernasib baik kerana Pengarah Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, Nasarudin Othman adalah kawan rapat saya semasa kami sama-sama bersekolah di Kem Terendak, Melaka dahulu. Dia akan membantu saya sepenuhnya untuk merealisasikan babak yang saya maksudkan itu. Malah ini kali kedua drama saya menggunakan khidmat gajah di situ. Drama saya sebelum ini, INTAN  (RTM 2008) juga pernah mendapat bantuan dari beliau. 

Bersama Nasarudin Othman.

5. MAQAM akan diterbitkan oleh Pena Creatif milik Ziela Jalil dan diarahkan oleh Jurey Rosli.

3 lagi anak saya tidak ada dalam gambar ini.
















TAYANGAN TELE 'AKU BUKAN RABIATUL'

Thursday, December 2, 2010



WAKTU TAYANGAN PADA 5.DIS DI ASTRO PRIMA JAM 10.00 MALAM SEMEPENA HARI AIDS SEDUNIA

SELAMAT MENONTON

TAYANGAN TELE 'AKU BUKAN RABIATUL' DI ASTRO PRIMA

Tuesday, November 30, 2010

TELEMOVIE SAYA 'AKU BUKAN RABIATUL' ARAHAN JUREY ROSLI AKAN DITAYANGKAN PADA 5.DIS (AHAD) JAM 10.00 MALAM DI ASTRO PRIMA.

SELAMAT MENONTON

SONGKOK

Friday, August 27, 2010


1. Saya sempat menonton dvd drama telemovie SONGKOK arahan Award Winning Director, Jurey Rosli ketika kami ke Kota Bharu, Kelantan untuk bertemu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar, Kelantan Feb 2010 lalu.

2. Walaupun hanya menonton dalam kereta ketika perjalanan pulang ke Kuala Lumpur tapi saya begitu khusyuk dan teruja menontonnya sehinggakan Jurey Rosli yang memandu ketika itu langsung tidak menegur saya.

3. SONGKOK yang ditulis skripnya oleh Award Winning Scriptwriter, Marthias Ali dan menggunakan khidmat Award Winning D.O.P (Cameraman) Indra Che Muda adalah antara drama bertema kemerdekaan yang terbaik yang pernah saya tonton setakat ini.

4. Cuma sayangnya drama sebaik ini mengikut rating yang dibekalkan oleh RTM hanya ditonton oleh sekitar 300,000 penonton sahaja. Ini mungkin kerana RTM telah memilih untuk menayangkannya pada hari pertama Ramadhan 2009 jam 8.30 malam ketika umat islam sibuk untuk menunaikan solat isyak dan terawikh.

5. Drama sebaik ini patut diulang tayang pada masa yang sesuai tapi setahu saya ianya tidak terpilih untuk diulang tayang sempena Sambutan Kemerdekaan ke 53(2010) kali ini.

6. SONGKOK walau bagaimanapun telah disenarai pendek untuk memenangi drama terbaik pada ANUGERAH SERI ANGKASA yang dijangka akan diadakan pada Feb 2011 akan datang.

7. Saya meramalkan SONGKOK akan memenangi kategori, drama terbaik, skrip terbaik, pengarah terbaik, pelakun lelaki terbaik dan D.O.P terbaik.


AKU BUKAN RABIATUL - gambar di lokasi pada 21 Ogos

Saturday, August 21, 2010






AKU BUKAN RABIATUL

Thursday, August 19, 2010


Gambar Hiasan

1. Karya telemovie saya AKU BUKAN RABIATUL untuk Astro Prima kini sedang menjalani pengambaran di sekitar Chow Keat Road, Kuala Lumpur sejak semalam (10 Ramadhan).
.
2. Di arahkan oleh Award Winning Director Jurey Rosli yang juga merupakan Presiden Persatuan Penerbit TV Malaysia (PTVM).
.
3. Sinopsis - kisah seorang ibu ayam lanjut usia yang tidak yakin Allah akan mengampunkan dosa-dosanya. Namun kerana menyelamatkan seekor anak kucing yang kelaparan dia akhirnya secara tidak sengaja telah bertemu dengan anak angkat yang pernah disusukannya 25 tahun dahulu. Anak susuannya itu kini adalah seorang doktor vateriner. Namun kehadiran seorang gila yang suka membaca kitab agama telah menyedarkan ibu ayam ini betapa Allah itu bersifat Maha Pengampun dan Penyayang.
.
4. Drama ini sebenarnya diilhamkan dari sepotong hadis nabi :
.
“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).
.
5. Antara pelakun yang terlibat dalam drama ini ialah Nur Fathiya, Ros Iskandar, Wan Maimunah, Intan Azura, Iqram Dinsly dan Zoey Rahman.
.

6. Drama ini akan ditayangkan di Astro Prima pada Dis 2010 nanti.
.

PERTEMUAN DENGAN TUAN GURU NIK AZIZ

Monday, March 8, 2010


1. "Ana setuju, filem mesti dilawan dengan filem". Itu reaksi YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bila saya menyatakan padanya cara untuk melawan filem-filem karut marut di tanar air kini hendaklah dengan cara membuat filem genre islam sebagai alternatif kepada masyarakat.
.
2. Saya dan Jurey Rosli sepatutnya bertemu dengan Tok Guru Nik Aziz pada 8.Mac(Isnin). Tetapi kerana Pejabat Menteri Besar mengetahui saya dan Jurey Rosli telah tiba lebih awal pada 4.00 pagi, 7.Mac maka pertemuan dipercepatkan pada 7.Mac jam 2.00 petang.
.
3. Saya telah bercerita tentang story line dan mesej TOK GURU dan Tok Guru Nik Aziz yang agak kelihatan uzur kerana baru sehari keluar dari hospital tiba-tiba sahaja bersemangat. Malah dia turut mencadangkan beberapa perubahan dalam story line TOK GURU. Antaranya dia mencadangkan agar perjuangan Allahyarham Datuk Asri, Bekas Menteri Besar Kelantan dan Bekas Preseiden PAS berpidato di sebatang pokok di Kota Bharu mengajak tok-tok guru pondok menentang Malayan Union ketika itu diselitkan juga. Datuk Asri ketika itu hanya berumur dalam linkungan 18 tahun dan Tok Guru Nik Aziz ketika itu hanya berumur sekitar 10-12 tahun.Tok Guru Nik Aziz menyatakan pada saya dia selalu datang ke pokok tersebut mengikuti Datuk Asri berceramah tentang Malayan Union.
.
4. Di pokok yang sama yang kini merupakan tapak bangunan Bank Negara berdepan dengan Pasar Siti Khadijah juga menjadi tempat tok-tok guru pondok di Kelantan ketika itu bertemu untuk berbahas dan berdebat mengenai agama.
.
5. Tok Guru Nik Aziz sempat menceritakan juga bagaimana pada tahun 50 an itu kebanyakkan masyarakat melayu di Kelantan hanya berkaki ayam atau berterompah sahaja.
.
6. Tok guru Nik Aziz juga mencadangkan agar perlawanan bola sepak antara pelajar-pelajar pondok dengan team bola sepak Victoria Institution Kuala Lumpur yang merupakan die hard fan kelab Manchester United seperti mana dalam story line TOK GURU dibuat dengan cara divisualkan pasukan bola pelajar pondok hanya memakai kain pelekat dan berkaki ayam. Nampak gaya cadangan Tok Guru Nik Aziz itu selari dengan apa yang telah saya cadangkan dalam story line TOK GURU.
.
7. Pertemuan selama sejam itu memberi isyarat filem TOK GURU mungkin punya masa depan yang cerah untuk diterbitkan sepertimana di harapkan oleh penerbit dan pengarahnya Jurey Rosli.
.
8. Kini terserah pada penerbitnya untuk mencari sumber kewangan bagi penerbitan filem tersebut yang dianggarkan secara kasar berjumlah sebanyak RM2 juta.
.
9. Melihat kesihatan Tok Guru Nik Aziz yang makin merosot semua pihak mengharapkan filem ini dapat direalisasikan untuk diresmikan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz sendiri.
.
10. Saya sendiri beluam berani menyatakan bila ianya akan diterbitkan kerana segalanya bergantung kepada kewangan yang bakal diusahakan oleh penerbitnya. Tetapi saya dan Jurey Rosli meletakkan sasaran agar ianya dapat memulakan pengembaraan selewat-lewatnya pada hujung tahun ini dengan harapan ianya dapat ditayangkan di panggung pada pertengahan tahun 1211.
.
11. Saya akan mula membuat research dan skrip pada April ini.
.
12. Ingin saya nyatakan di sini filem TOK GURU bukanlah filem tentang Nik Aziz. Tapi ianya adalah kisah kemelut tok-tok guru pondok pada tahun 1950an ketika zaman masyarakat melayu kita bangkit menentang Malayan Union.
.
13. Doakan agar usaha saya ini diberkati dan dipermudahkan oleh Allah.
.
14. Doa anda semua amat saya harapkan.

TOK GURU, LAGAAN & THE CUP

Thursday, March 4, 2010

.
1. Ada yang yang memberi input mengatakan story line TOK GURU hampir serupa dengan filem bollywood LAGAAN lakunan Amir Khan.
.
2. Saya akui banyak kesamaannya malah TOK GURU sebenarnya lebih dekat kesamaannya dengan filem dari Tibet, The Cup. Lagaan menggunakan latar sukan kriket sebagai tema dan mesej menjatuhkan ego penjajah Inggeris dalam story linenya. Tapi The Cup hanya mengenai minat pelajar di sebuah kuil budha di pergunungan himalaya pada bolasepak tanpa ada unsur patriotisme di selitkan di dalamnya sepertimana dalam Lagaan.
.

.
3. TOK GURU sebenarnya saya ilhamkan dari gabungan tema dan mesej dalam Lagaan dan The Cup.
.
4. Sama tapi tak serupa.
.
5. Doa kalian diharap agar cadangan filem TOK GURU ini dapat direalisasikan.
.
6. Saya akan bertolak ke Kelantan malam esok (Sabtu) bersama Jurey Rosli untuk bertemu YB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang khabarnya sedang berehat di Hospital Universiti Kubang Kerian.

PEJABAT PPTV

Wednesday, December 23, 2009


1. Saya diajak oleh Sdr Jurey Rosli, Presiden Persatuan Penerbit TV (PPTV) Malaysia ke pejabat PPTV di Setapak petang tadi. Pejabatnya cantik dan nampak berwibawa.Ini petanda PPTV sebuah persatuan yang punya visi & misi serta boleh diberi harapan untuk menjadi tonggak utama dalam membela nasib para penerbit tv di Malaysia.
.
2. Kebetulan AJK PPTV akan mengadakan mesyuarat mereka petang itu. Sempat saya berkenalan dan berbual dengan beberapa orang penerbit drama yang ada di situ.
.
3. Banyak yang dapat saya bual dan bertukar maklumat dengan Jurey Rosli mengenai masalah serta cabaran masa depan industri drama.
.
4. Melihat kehadiran ramai penerbit di pejabat tersebut, saya yakin PPTV sedang dan akan bekerja keras untuk mengatasi segala masalah yang sedang berlaku dalam industi terutamanya dengan station-station tv samada milik kerajaan atau swasta.
.
5. Perjuangan PPTV juga memberi tempias yang positif kepada penulis skrip dan semua pekerja belakang tabir yang lain.
.
6. Semoga usaha PPTV ini mendapat sokongan dari semua penerbit samaada yang menjadi ahli bersekutunya ataupun tidak.
.
7. Saya menyokong penubuhan persatuan asal sahaja mereka tidak beragaduh merebut jawatan.