1. "Ana setuju, filem mesti dilawan dengan filem". Itu reaksi YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bila saya menyatakan padanya cara untuk melawan filem-filem karut marut di tanar air kini hendaklah dengan cara membuat filem genre islam sebagai alternatif kepada masyarakat.
.2. Saya dan Jurey Rosli sepatutnya bertemu dengan Tok Guru Nik Aziz pada 8.Mac(Isnin). Tetapi kerana Pejabat Menteri Besar mengetahui saya dan Jurey Rosli telah tiba lebih awal pada 4.00 pagi, 7.Mac maka pertemuan dipercepatkan pada 7.Mac jam 2.00 petang.
.3. Saya telah bercerita tentang story line dan mesej TOK GURU dan Tok Guru Nik Aziz yang agak kelihatan uzur kerana baru sehari keluar dari hospital tiba-tiba sahaja bersemangat. Malah dia turut mencadangkan beberapa perubahan dalam story line TOK GURU. Antaranya dia mencadangkan agar perjuangan Allahyarham Datuk Asri, Bekas Menteri Besar Kelantan dan Bekas Preseiden PAS berpidato di sebatang pokok di Kota Bharu mengajak tok-tok guru pondok menentang Malayan Union ketika itu diselitkan juga. Datuk Asri ketika itu hanya berumur dalam linkungan 18 tahun dan Tok Guru Nik Aziz ketika itu hanya berumur sekitar 10-12 tahun.Tok Guru Nik Aziz menyatakan pada saya dia selalu datang ke pokok tersebut mengikuti Datuk Asri berceramah tentang Malayan Union.
.4. Di pokok yang sama yang kini merupakan tapak bangunan Bank Negara berdepan dengan Pasar Siti Khadijah juga menjadi tempat tok-tok guru pondok di Kelantan ketika itu bertemu untuk berbahas dan berdebat mengenai agama.
.5. Tok Guru Nik Aziz sempat menceritakan juga bagaimana pada tahun 50 an itu kebanyakkan masyarakat melayu di Kelantan hanya berkaki ayam atau berterompah sahaja.
.6. Tok guru Nik Aziz juga mencadangkan agar perlawanan bola sepak antara pelajar-pelajar pondok dengan team bola sepak Victoria Institution Kuala Lumpur yang merupakan die hard fan kelab Manchester United seperti mana dalam story line TOK GURU dibuat dengan cara divisualkan pasukan bola pelajar pondok hanya memakai kain pelekat dan berkaki ayam. Nampak gaya cadangan Tok Guru Nik Aziz itu selari dengan apa yang telah saya cadangkan dalam story line TOK GURU.
.7. Pertemuan selama sejam itu memberi isyarat filem TOK GURU mungkin punya masa depan yang cerah untuk diterbitkan sepertimana di harapkan oleh penerbit dan pengarahnya Jurey Rosli.
.8. Kini terserah pada penerbitnya untuk mencari sumber kewangan bagi penerbitan filem tersebut yang dianggarkan secara kasar berjumlah sebanyak RM2 juta.
.9. Melihat kesihatan Tok Guru Nik Aziz yang makin merosot semua pihak mengharapkan filem ini dapat direalisasikan untuk diresmikan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz sendiri.
.10. Saya sendiri beluam berani menyatakan bila ianya akan diterbitkan kerana segalanya bergantung kepada kewangan yang bakal diusahakan oleh penerbitnya. Tetapi saya dan Jurey Rosli meletakkan sasaran agar ianya dapat memulakan pengembaraan selewat-lewatnya pada hujung tahun ini dengan harapan ianya dapat ditayangkan di panggung pada pertengahan tahun 1211.
.11. Saya akan mula membuat research dan skrip pada April ini.
.12. Ingin saya nyatakan di sini filem TOK GURU bukanlah filem tentang Nik Aziz. Tapi ianya adalah kisah kemelut tok-tok guru pondok pada tahun 1950an ketika zaman masyarakat melayu kita bangkit menentang Malayan Union.
.13. Doakan agar usaha saya ini diberkati dan dipermudahkan oleh Allah.
.14. Doa anda semua amat saya harapkan.
Comments
6 Responses to “PERTEMUAN DENGAN TUAN GURU NIK AZIZ”
Post a Comment | Post Comments (Atom)
Salam Ukhuwwah,
March 8, 2010 at 11:45 PMGo for it Encik Zabidi. kami sentiasa menyokong dan mendoakan.
Insyallah, Amin.
tuan, semoga filem ini bisa direalisasikan. berminat juga menyumbang sebagai pelakon (walau tanpa bayaran) ;-)
March 9, 2010 at 10:34 AMartikel ini saya copy-paste ke blog saya, harap maklum...
minta izin copykan artikel ini ke blog saya..
March 11, 2010 at 8:44 PMsaya akan buh kredit n link ke blog tuan
to lanunsepet - saya izinkan. terima kasih atas sokongan
March 12, 2010 at 4:16 AMInsya-Allah, filem ini akan berjaya direalisasikan dan berada di pawagam sebagaimana diharapkan.Semoga ia akan memberi kesedaran kepada masyarakat. Jangan leka dengan kelazatan dunia.
March 16, 2010 at 6:57 AMSalam Tuan.
March 22, 2010 at 8:56 PMSaya rasa mcm nak menjerit KEPUASAN sekarang ni bila baca artikel ini (tp tak boleh sbb dlm ofis).
Alhamdulillah! Akhirnya bakal keluar filem pejuang-pejuang sebenar kemerdekaan & agama!Allahuakbar! Teruskan Tuan!Moga Allah memudahkan urusan Tuan.Amin.
Post a Comment