Showing posts with label TV AL HIJRAH. Show all posts
Showing posts with label TV AL HIJRAH. Show all posts

MAQAM - akan mula bersiaran pada 19 Jun di tv al Hijrah

Wednesday, January 18, 2012

The Making Of MAQAM - di Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah, Lancang Pahang 29. Sept

Sunday, October 2, 2011





















GAJAH DALAM DRAMA

Saturday, July 23, 2011

1. Untuk drama 12 episod saya di tv al Hijrah, MAQAM saya memerlukan khidmat antara 5-6 ekor gajah untuk babak flashback yang memaparkan bagaimana ulama tersohor nusantara Syeikh Abdul Samad Al Palembani di kepung oleh tentera Siam dan kemudiannya dipancung kepalanya untuk dipersembahkan pada Raja Siam di Ayuthia.Peristiwa bersejarah ini berlaku sekitar 1820an.

2. Walaupun babak ini hanya melibatkan dua babak sahaja dari keseluruhan 480 babak dari keseluruhan 12 episod drama tersebut saya mahu menjadikannya killer scene dalam drama ini.

3. Bukan senang untuk mendapatkan khidmat gajah untuk sebuah penerbitan drama apatah lagi untuk mengumpulkan 5 hingga 6 ekor gajah serentak.Kerana itu tidak ramai penulis skrip atau penerbit berminat untuk menerbitkan cerita yang melibatkan gajah.Apatah lagi tentunya ia akan melibatkan kos yang besar.

4. Namun saya bernasib baik kerana Pengarah Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, Nasarudin Othman adalah kawan rapat saya semasa kami sama-sama bersekolah di Kem Terendak, Melaka dahulu. Dia akan membantu saya sepenuhnya untuk merealisasikan babak yang saya maksudkan itu. Malah ini kali kedua drama saya menggunakan khidmat gajah di situ. Drama saya sebelum ini, INTAN  (RTM 2008) juga pernah mendapat bantuan dari beliau. 

Bersama Nasarudin Othman.

5. MAQAM akan diterbitkan oleh Pena Creatif milik Ziela Jalil dan diarahkan oleh Jurey Rosli.

3 lagi anak saya tidak ada dalam gambar ini.
















PEMIKIRAN DALAM FILEM

Wednesday, July 20, 2011

SAYA AKAN MUNCUL DALAM RANCANGAN TALK SHOW PROGRAM 'BICARA' DI TV AL HIJRAH PADA 27 JULAI JAM 9.30 MALAM SECARA LIVE BAGI MEMBINCANGKAN TAJUK 'PEMIKIRAN DALAM FILEM'. ANTARA TOKOH LAIN YANG DI CADANG TURUT SERTA IALAH SHARIFAH ABU SALEM, FARID KAMIL DAN SHAMSUL YUSOF.




MANTAN TIMBALAN MENTERI KEWANGAN JADI PENULIS SKRIP

Wednesday, January 26, 2011

TV Al HIJRAH

24 Jan lepas saya hadir program pitching di Tv Al Hijrah yang terletak di Bangunan Pusat Islam, Kuala Lumpur. Saya sempat berjumpa dengan Mantan Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Dr. Affifuddin Othman yang kini menceburkan diri dalam penulisan skrip drama tv.Dia hadir untuk pitching juga.

SEMUA ORANG BOLEH JADI PENULIS SKRIP JIKA ADA KEMAHUAN YANG TINGGI UNTUK BELAJAR.


Bersama Liza Meor Rashid (penulis skrip) dan Datuk Dr Affifuddin Othman.

KURMA 'AJWAH UNTUK NAJWA

Saturday, January 15, 2011

SEBUAH CERITA TENTANG KURMA


1. Drama 15 episod saya KURMA 'AJWAH UNTUK NAJWA untuk TV AL HIJRAH  bakal diterbitkan oleh Rumah Karya Sdn Bhd millik sutradara Erma Fatimah. Erma Fatimah sendiri akan mengarahkan drama ini.

2. Ini kali kedua saya dan Erma Fatimah bekerjasama  dalam menghasilkan drama. Kali pertama melalui telemovie MENCARI NUR KHADIJAH terbitan Layar Consult Sdn Bhd dimana ketika itu Erma Fatimah menjadi Pengarahnya.MENCARI NUR KHADIJAH yang dibuat sebahagian pengembaraannya di Mekah dan Madinah itu pernah memenangi kategori Skrip Terbaik, Pengarah Terbaik dan Pelakun Wanita Terbaik (Eja) pada Anugerah Media Islam Negara (AMIN) pada tahun 2008. Sempat saya dan Erma Fatimah bersama krew produksi yang lain ketika itu melakukan ibadah umrah semasa pengembaraan di sana.


3. KURMA 'AJWAH UNTUK NAJWA juga akan dibuat pengembaraannya di Madinah & Mekah. Pengembaraan dijangka akan dibuat pada awal Februari ini dan tarikh tayangannya di TV AL HIJRAH telah ditetapkan pada pertengahan atau hujung Mac ini.

4. Namun untuk drama ini saya mungkin tidak ikut sama ke Mekah dan Madinah kerana sudah merancang untuk mengerjakan ibadah Haji bersama isteri tahun ini jika direzekikan Allah.

5. Barisan pelakun masih belum ditetapkan lagi kerana saya masih dalam peingkat akhir menyiapkan skripnya.


6. Sinopsis - kisah Bujal seorang pemuda 'tiga suku' mahu pergi ke Mekah & Madinah kerana mahu membeli sendiri kurma 'ajwah di Madinah untuk ibunya yang sakit. Tapi hasratnya diketawakan ramai kerana ramai beranggapan dia hanya bergurau apatah lagi dia sendiri tidak pernah keluar dari kampung. Bujal bekerja mengutip kelapa dan buat kerja part time memarut kelapa di kedai runcit sebagai pendapatan side income.

INTERVIEW UTK DOCU TV AL HIJRAH PADA 12.JAN

Wednesday, January 12, 2011

TV AL HIJRAH TELAH DATANG KE RUMAH SAYA KERANA MAHUKAN PENDAPAT SAYA MENGENAI PERBEZAAN ANTARA KUMPULAN EXTREMIST AGAMA DAN KUMPULAN EXTREMIST BERPAKSIKAN ELEMENT MISTIKAL.

SEBAGAI SEORANG BEKAS PEGUAM DAN BEKAS TAHANAN I.S.A SAYA DIMINTA MEMBERI PANDANGAN BAGAIMANA KEUJUDAN KUMPULAN SEPERTI INI BOLEH MEMBERI ANCAMAN KEPADA KESELAMATAN NEGARA DAN KETENTERAMAN AWAM.