1. Untuk drama 12 episod saya di tv al Hijrah, MAQAM saya memerlukan khidmat antara 5-6 ekor gajah untuk babak flashback yang memaparkan bagaimana ulama tersohor nusantara Syeikh Abdul Samad Al Palembani di kepung oleh tentera Siam dan kemudiannya dipancung kepalanya untuk dipersembahkan pada Raja Siam di Ayuthia.Peristiwa bersejarah ini berlaku sekitar 1820an.
2. Walaupun babak ini hanya melibatkan dua babak sahaja dari keseluruhan 480 babak dari keseluruhan 12 episod drama tersebut saya mahu menjadikannya killer scene dalam drama ini.
3. Bukan senang untuk mendapatkan khidmat gajah untuk sebuah penerbitan drama apatah lagi untuk mengumpulkan 5 hingga 6 ekor gajah serentak.Kerana itu tidak ramai penulis skrip atau penerbit berminat untuk menerbitkan cerita yang melibatkan gajah.Apatah lagi tentunya ia akan melibatkan kos yang besar.
4. Namun saya bernasib baik kerana Pengarah Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, Nasarudin Othman adalah kawan rapat saya semasa kami sama-sama bersekolah di Kem Terendak, Melaka dahulu. Dia akan membantu saya sepenuhnya untuk merealisasikan babak yang saya maksudkan itu. Malah ini kali kedua drama saya menggunakan khidmat gajah di situ. Drama saya sebelum ini, INTAN (RTM 2008) juga pernah mendapat bantuan dari beliau.
Bersama Nasarudin Othman. |
5. MAQAM akan diterbitkan oleh Pena Creatif milik Ziela Jalil dan diarahkan oleh Jurey Rosli.
3 lagi anak saya tidak ada dalam gambar ini. |
Comments
No response to “GAJAH DALAM DRAMA”
Post a Comment | Post Comments (Atom)
Post a Comment