Showing posts with label kurma ajwah untuk najwa. Show all posts
Showing posts with label kurma ajwah untuk najwa. Show all posts

KURMA 'AJWAH UNTUK NAJWA (2)

Thursday, March 10, 2011


Karya terbaru saya KURMA 'AJWAH UNTUK NAJWA (15 EPISOD) akan mula bersiaran pada 13 Mac ini di TV AL HIJRAH.

Antara barisan pelakun ialah :
  • FAZREEN RAFI sebagai Bujal
  • ANNE NGASRI sebagai Najwa
  • RUMINAH SIDEK sebagai Maimunah
  • DATO AHMAD TAMIMI SIREGAR sebagai Haji Zahari
  • HAMIDAH WAHAB sebagai Mak Intan
  • ZILA BAKARIN sebagai Yuhaiza
  • DILLA AHMAD sebagai Mahanum
  • RIEZMAN KHUZAIMI sebagai Khalid
  • SHARONIZAM sebagai Jamal
SELAMAT MENONTON

KURMA 'AJWAH UNTUK NAJWA

Saturday, January 15, 2011

SEBUAH CERITA TENTANG KURMA


1. Drama 15 episod saya KURMA 'AJWAH UNTUK NAJWA untuk TV AL HIJRAH  bakal diterbitkan oleh Rumah Karya Sdn Bhd millik sutradara Erma Fatimah. Erma Fatimah sendiri akan mengarahkan drama ini.

2. Ini kali kedua saya dan Erma Fatimah bekerjasama  dalam menghasilkan drama. Kali pertama melalui telemovie MENCARI NUR KHADIJAH terbitan Layar Consult Sdn Bhd dimana ketika itu Erma Fatimah menjadi Pengarahnya.MENCARI NUR KHADIJAH yang dibuat sebahagian pengembaraannya di Mekah dan Madinah itu pernah memenangi kategori Skrip Terbaik, Pengarah Terbaik dan Pelakun Wanita Terbaik (Eja) pada Anugerah Media Islam Negara (AMIN) pada tahun 2008. Sempat saya dan Erma Fatimah bersama krew produksi yang lain ketika itu melakukan ibadah umrah semasa pengembaraan di sana.


3. KURMA 'AJWAH UNTUK NAJWA juga akan dibuat pengembaraannya di Madinah & Mekah. Pengembaraan dijangka akan dibuat pada awal Februari ini dan tarikh tayangannya di TV AL HIJRAH telah ditetapkan pada pertengahan atau hujung Mac ini.

4. Namun untuk drama ini saya mungkin tidak ikut sama ke Mekah dan Madinah kerana sudah merancang untuk mengerjakan ibadah Haji bersama isteri tahun ini jika direzekikan Allah.

5. Barisan pelakun masih belum ditetapkan lagi kerana saya masih dalam peingkat akhir menyiapkan skripnya.


6. Sinopsis - kisah Bujal seorang pemuda 'tiga suku' mahu pergi ke Mekah & Madinah kerana mahu membeli sendiri kurma 'ajwah di Madinah untuk ibunya yang sakit. Tapi hasratnya diketawakan ramai kerana ramai beranggapan dia hanya bergurau apatah lagi dia sendiri tidak pernah keluar dari kampung. Bujal bekerja mengutip kelapa dan buat kerja part time memarut kelapa di kedai runcit sebagai pendapatan side income.