DRAMA EPIK

Tuesday, March 2, 2010

Antara para pelakun yang terlibat dalam drama epik Warkah Terakhir di Astro Prima
.
1. Drama epik 8 episod WARKAH TERAKHIR mengenai perjuangan kumpulan Rukun 13 dan Rosli Dhoby di Astro Prima telah melabuhkan tirainya minggu lepas.
.
2. Saya tidak pernah ketinggalan menonton setiap episod drama tersebut.
.
3. Episod 7 dan 8 nya begitu meruntun hati saya sehingga babak dimana ayah Rosli Dhoby mengucap terima kasih kepada penduduk kampung dan membela kematian anaknya hampir menyebabkan saya menangis. Unsur patriotisme dan kekeluargaan amat berkesan dalam drama ini. Elemen sebegini banyak dalam kebanyakkan filem-filem patriotik bertemakan kemerdekaan dan kebebasan di Bollywood.
.
4. Ini pertama kali saya melihat penerbitnya Nusantara Karya Sdn Bhd berjaya menghasilkan sebuah drama yang baik dan bermutu.
.
5.Walaupun ada yang mengatakan drama ini agak meleret atau terlalu melo dan slow tapi saya melihatnya dari sudut yang berbeza.
.
6. Penulis skrip yang juga adalah pengarahnya Wan Asliza banyak mengguna pakai pendekatan theateritical mode untuk babak di mana ahli-ahli Rukun 13 bertemu, berbincang dan berselisih faham antara mereka. Tidak ramai penulis skrip atau pengarah mahu menggunakan pendekatan sebegitu. Tapi saya rasa pendekatan theatheritical mode ini memang perlu dalam drama Warkah Terakhir dan berjaya mengangkat mesej dan tema cerita sejarah ini.
.
7. Ini kelebihan kepada seorang penukis skrip yang juga pada masa yang sama adalah pengarah kepada sesebuah drama.
.
8. Apatah lagi para pelakun utama yang ramai dalam Warkah Terakhir juga adalah dari latar belakang theater juga. Kesemua mereka berjaya menghayati watak yang dibawa oleh mereka.
.

9.Drama epik sebegini patut diterbitkan untuk tatapan jenerasi muda sekarang. Bnyak lagi kisah-kisah pejuang kemerdekaan yang boleh kita terbitkan. Antaranya Tok Janggut, Tok Bahaman dan banyak lagi. Mereka semua merupakan tokoh-tokoh agama yang berperanan dalam menentang penjajahan inggeris.
.
10. Saya percaya orang-orang melayu di Sarawak terutamanya keluarga allahyarham Rosli Dhobi akan rasa bangga dan terbela dengan penerbitan Warkah Terakhir ini.
.
11. Saya hanya mengetahui Rosli Dhoby hanya berumur 16 tahun ketika menyertai Rukun 13 dan dihukum gantung ketika berumur 17-18 tahun melalui drama ini.

Comments

2 Responses to “DRAMA EPIK”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

Azizi said...

Salam Tn Zabidi, saya mula menonton drama ni pada tahun lepas melalui saluran Astro Warna dan baru2 ini ditayang di Astro 105. Saya mengangap inilah salah satu kisah sejarah yg paling berjaya di dramakan. Amat menyentuh hati dan jika drama ini boleh di pertandingkan dalam mana-mana anugerah pada pendapat saya banyak hadiah yg akan dibolot. Kesemua pelakon berjaya membawa watak masing2 dengan cemerlang sekali, terutamanya Sherly Merlis (lakonan terbaik beliau dalam pembabitan sebagai pelakon).

Meninitis airmata saya pada episod 7 & 8 teutamanya rayuan ibu kepada Rosly Dhobi agar memberitahu dalang sebenar. Amat Bersetuju dengan TN ZABIDI.

March 4, 2010 at 12:26 AM
konya said...

salam encik. amat setuju. epik sejarah paling berjaya dalam sejarah drama + filem melayu moden.

March 17, 2010 at 8:21 AM