FILEM 'TOK GURU'

Thursday, March 4, 2010

YB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Azizi Nik Mat
.

1. 8.Mac 2010 ini saya telah di jemput oleh Pejabat Menteri Besar Kelantan untuk menemui YB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
.
2. Pertemuan itu berpunca dari satu proposal filem yang telah saya hantar dua bulan lepas melalui Jurey Rosli pengarah/penerbit (Mind Evolution Sdn Bhd) yang juga adalah Presiden Persatuan Penerbit TV Malaysia (PPTVM).
.
3. Jurey Rosli pernah menyatakan pada saya keinginannya melahirkan sebuah filem Islam yang mempunyai tema universal. Dia meminta saya menghasilkan satu cerita yang boleh diangkat ke peringkat antarabangsa.
.
Gambar Lama Pelajar Pondok di Kelantan.
.
4. Tapi Jurey Rosli telah memberikan tajuknya terlebih dahulu pada saya iaitu TOK GURU.Terpulanglah pada saya bagaimana untuk menghasilkan story linenya. Dia mahu YB Tok Guru Nik Aziz memberi sokongan ke atas cadangan penerbitan filem ini.
.
5. Saya telah menghasilkan sebuah cerita seperti yang diharapkan oleh Jurey Rosli tersebut. TOK GURU pada saya adalah sebuah cerita epik yang berlatarkan zaman pada tahun 50 an ketika Malaya belum lagi mencapai kemerdekaannya dari British. Zaman itu juga adalah zaman di mana masyarakat melayu sedang menentang usaha British memperkenal dan melaksanakan Malayan Union di Malaya.
.

Penentangan masyarakat melayu terhadap Malayan Union
.
6. Synopsis – kisah seorang TOK GURU pondok di Kelantan cuba memperkenalkan subjek mathematic dan geography dalam pengajian pondok yang dikendalikannya. Tindakan menongkah arus ini di tentang oleh beberapa tok guru-tok guru pondok lain. TOK GURU di boikot sehingga ramai pelajar pondoknya dihasut keluar dan berhijrah ke pondok lain. TOK GURU mempunyai seorang anak lelaki Umar (15th) yang berkawan baik dengan Anuar seorang budak lelaki sebaya dengannya yang minat bermain bola. Umar kerap mengajak Anuar bermain bola di perkarangan pondok TOK GURU. Sekali lagi tok guru-tok guru di pondok lain yang tidak bersetuju dengan TOK GURU menuduhnya sudah menyimpang jauh dari tradisi dan amalan sistem pendidikan pondok yang telah lama mereka amalkan.
.
Satu hari seorang lelaki Mr Richard (55th) berbangsa inggeris yang Pengetua Victoria Institution (VI) di Kuala Lumpur yang kebetulan tersesat di pondok TOK GURU ternampak Anuar, Umar dan beberapa pelajar pondok sedang bermain bola. Umar secara tidak sengaja tertendang bola tepat ke muka Mr Richard. Mr Richard terjatuh dan rasa terhina dengan kejadian itu. Mr Richard yang bongkak dan sombong kemudian mencabar anak-anak murid TOK GURU untuk berlawan bolasepak dengan pelajar VInya. Mr Richard sanggup membawa pasukan bola sepak VInya ke Kelantan jika tok guru bersetuju. Pasukan bolasepak VI ketika itu adalah die hard fan kepada pasukan Manchester United di England.
.
TOK GURU bersetuju dengan cadangan Mr Richard itu dan cuba mendapatkan sokongan tok guru-tok guru pondok lain untuk mengumpulkan pemain terbaik dari kalangan para pelajar pondok mereka untuk mengalahkan pasukan bola VI itu. TOK GURU sebenarnya ingin mengambil kesempatan berlawan dengan pasukan VI itu kerana mahu mengajak tok guru-tok guru pondok lain menjatuhkan ego Mr Richard sebagai lambang imperialism yang ketika itu sedang mendesak dan mengugut Raja-Raja Melayu untuk menerima Malayan Union. TOK GURU mahu masyarakat melayu ketika itu bangkit atas nama agama menentang Malayan Union.
.

Victoria Institution di Kuala Lumpur.
.
7. Dapatkah TOK GURU menyatu dan menyakinkan tok guru-tok guru di pondok lain yang selama ini yang begitu skeptical terhadapnya?
.
8. Dapatkah para pelajar pondok yang hanya berkain pelekat,berkaki ayam dan tidak berpengalaman ini mengalahkan pasukan bolasepak VI yang lengkap berpakaian seragam sebagai satu team bola?
.
9. Saya belum mahu mendedahkan ending ceritanya di sini dan konflik-konflik sub plot yang lain.
.
10. Menurut kata Jurey Rosli, YB Tok Guru Nik Aziz begitu tertarik dengan story line filem ini apatah lagi hampir 90% lokasinya nanti akan dibuat di negeri Kelantan. Kerana itu YB Tok Guru Nik Abdul Aziz telah menetapkan 8.Mac 2010 ini untuk bertemu saya dan Jurey Rosli.
.
11. Saya akan menulis lagi perkembangan mengenai cadangan menerbitkan filem ini selepas kembali dari menemui YB Tok Guru Nik Aziz nanti.
.
12. Doakan saya agar Allah permudahkan usaha menerbitkan filem Islam ini.
.

Logo Manchester United pada tahun 50an.

Comments

5 Responses to “FILEM 'TOK GURU'”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

elmaaniq said...

Saya doakan agar kejayaan filem ini.

Cadangan saya dalam filem ini, walaupun latar ceritanya adalah 50-an tetapi biarlah subteksnya relevan untuk digunapakai untuk zaman sekarang, malah mungkin relevan sampai bila-bila.

p/s - Persis filem Lagaan lakonan Amir Khan.

March 4, 2010 at 3:17 AM
Anonymous said...

Assalamualaikum Tuan. Storyline Tok Guru ada mengingatkan saya serba sedikit mengenai filem Aamir Khan. Dia menggunakan sukan kriket sebagai bahan untuk menjatuhkan maruah British di kala Imperialisme di India. Filem ini dicalonkan untuk Anugerah Oscar. Maaf saya lupa tajuk filem ini.

-nazila

March 4, 2010 at 3:55 PM
Norbaya Ma said...

salam ziarah....tak sabar rasanya mahu mengetahui apa reaksi hasil pertemuan tuan dan saudara Jurey Rosli dengan YB Tok Guru itu nanti.

March 6, 2010 at 5:13 PM
Matmin said...

Assalamualaikum...

Tuan, amat menarik Storyline Tok Guru ini. Semoga diberikan kelapangan dalam menjayakan filem ini.... semoga filem ini akan terus memacu industri filem Islam di Malaysia... Insyaallah....

March 7, 2010 at 12:45 AM
MIE MUST said...

Assalamualaikum,

Syabas dan Insyallah ianya akan menjadi satu filem yang 'out of the box' jika digarap dengan baik. Sinopsis nya menarik dan tidak stereotype. Pemilihan pelakon, teknik pengambaran, props serta pos produksi semuanya perlu banyak detailing kerana tak sanggup tengok sebuah karya yg bagus begini tewas apabila tiba pada proses execution.

Utamakan kelainan pada teknik penggambaran tetapi mempunyai penyampaian mesej yg cukup jelas.

Sentuhan Allahyarham Yasmin Ahmad amat sesuai untuk filem2 begini yang menyentuh naluri serta kaya dengan mesej2 yg membawa kesedaran pada seseorang yg menontonnya tak kurang jugak dengan elemen2 sense of humour nya.

Anda juga mampu membuat yg setimpal atau jauh lebih baik dari itu dan seterusnya bukan sahaja mearaih anugerah tempatan tetapi di peringkat dunia. It's a great challenge for you. Insyallah saya doakan agar ianya berjaya.

Suhaimi Mustapha
Pengarah Kreatif

April 14, 2010 at 10:14 AM