Pelancong dari Barat dan Jepun paling ramai datang ke Beufort semata-mata untuk merasai keunikan perkhidmatan keretapi berumur lebih 100 tahun ini.
.
.
1. Entah mengapa saya begitu obsess dan bercita-cita untuk menulis sebuah drama kisah cinta remaja yang berlatar belakangkan 'keretapi'. Mungkin kerana banyak menonton filem hindustan 'keretapi' begitu dekat dengan jiwa saya. Apatah lagi ketika kecil lagi sekitar tahun 70an sebagai anak kepada anggota tentera, saya selalu berpindah randah dari satu kem ke kem yang lain mengikut ayah dengan menggunakan keretapi.
.
2. Berkesempatan ke Sabah pada April 2008 baru ini saya begitu tertarik dengan perkhidmatan keretapi kelolaan Jabatan Keretapi Negeri Sabah laluan Beufort-Tenom. Perkhidmatan keretapi ini telah bermula pada tahun 1896 lagi malah merupakan perkhidmatan keretapi yang tertua di Kepulauan Borneo.
.
3. Penduduk kampung sepanjang laluan itu akan menggunakan troli buatan sendiri untuk bergerak dari satu tempat ke tempat terutamanya untuk menghantar hasil pertanian mereka ke pekan Beufort..
4. Para pelancong barat dan Jepun paling ramai datang ke Beufort untuk menikmati keunikan pemandangan dari keretapi yang serba uzur ini. Malang bagi kita di Malaysia, semenanjung terutamanya yang kurang mengetahui akan ujudnya perkhidmatan keretapi yang sudah berusia lebih seratus tahun ini..
5. Saya telah menghantar satu proposal drama kepada sebuah producer dengan harapan mana-mana station tv akan berminat untuk menerbitkannya. Ianya kisah cinta remaja menggunakan tajuk 'Cinta Bertahan' yang diilhamkan dari lirik lagi Archa Septrasia yang menggunakan tajuk yang sama..
6. Drama yang saya cadangkan dibuat secara episod ini mampu mempromosi sektor pelancungan di Sabah. Saya percaya Kerajaan Negeri Sabah akan menyokong dan membantu penerbitan drama jika ada mana-mana station tv yang berminat.
Comments
One response to “CINTA BERTAHAN”
Post a Comment | Post Comments (Atom)
Pada pandangan saya yang cetek pengetahuan ini, saya sokong cadangan Tuan Zabidi. Kalaulah drama yang menggunakan kereta api sebagai latarnya tidak pernah diterbitkan, memang sesuai sangat kalau drama Tuan direalisasikan. Latar yang baru juga merupakan satu kesegaran selain cerita yang menarik.
March 30, 2010 at 8:57 PMPost a Comment