Pelancong dari Barat dan Jepun paling ramai datang ke Beufort semata-mata untuk merasai keunikan perkhidmatan keretapi berumur lebih 100 tahun ini..
1. Entah mengapa saya begitu
obsess dan bercita-cita untuk menulis sebuah drama kisah cinta remaja yang berlatar belakangkan 'keretapi'. Mungkin kerana banyak menonton filem hindustan 'keretapi' begitu dekat dengan jiwa saya. Apatah lagi ketika kecil lagi sekitar tahun 70an sebagai anak kepada anggota tentera, saya selalu berpindah randah dari satu kem ke kem yang lain mengikut ayah dengan menggunakan keretapi.
.

Lokasi yang unik dan menarik untuk visual sebuah drama..
2. Berkesempatan ke Sabah pada April 2008 baru ini saya begitu tertarik dengan perkhidmatan keretapi kelolaan
Jabatan Keretapi Negeri Sabah laluan
Beufort-Tenom. Perkhidmatan keretapi ini telah bermula pada tahun
1896 lagi malah merupakan perkhidmatan keretapi yang tertua di Kepulauan Borneo.
.

.
3. Penduduk kampung sepanjang laluan itu akan menggunakan troli buatan sendiri untuk bergerak dari satu tempat ke tempat terutamanya untuk menghantar hasil pertanian mereka ke pekan Beufort.
.
4. Para pelancong barat dan Jepun paling ramai datang ke Beufort untuk menikmati keunikan pemandangan dari keretapi yang serba uzur ini. Malang bagi kita di Malaysia, semenanjung terutamanya yang kurang mengetahui akan ujudnya perkhidmatan keretapi yang sudah berusia lebih seratus tahun ini.
.
5. Saya telah menghantar satu proposal drama kepada sebuah producer dengan harapan mana-mana station tv akan berminat untuk menerbitkannya. Ianya kisah cinta remaja menggunakan tajuk '
Cinta Bertahan' yang diilhamkan dari lirik lagi
Archa Septrasia yang menggunakan tajuk yang sama.
.


.
6. Drama yang saya cadangkan dibuat secara episod ini mampu mempromosi sektor pelancungan di Sabah. Saya percaya
Kerajaan Negeri Sabah akan menyokong dan membantu penerbitan drama jika ada mana-mana station tv yang berminat.