ANUGERAH KHAS JURI - AMIN KE 3

Sunday, October 11, 2009

Bersama sdr Rosli yang mewakili TAS untuk mengambil trophi sempena AMIN ke3
.
1. Dalam posting sebelum ini saya telah meramalkan karya saya KALIGRAFI CINTA akan menang banyak kategori drama yang dipertandingkan dan bukannya drama IHSAN yang juga merupakan karya saya. Namun sebaliknya IHSAN telah banyak memenangi beberapa kategori drama yang dipertandingkan. Antaranya Penerbit/Drama Terbaik, Skrip Terbaik, Pelakun Wanita Terbaik dan Pengarah Terbaik.
.
2. Namun saya agak terkejut apabila KALIGRAFI CINTA telah diberikan Anugerah Khas Juri. Mungkin kerana faktor 'uniqueness and something out of the box' yang dicari oleh para panel juri, KALIGRAFI CINTA dipilih untuk diberikan penghargaan dengan Anugerah Khas Juri tersebut.
.
3. Kisah sebuah kampung dimana jenerasi mudanya sudah tidak pandai menulis jawi dalam KALIGRAFI CINTA mempunyai kritik sosial yang tajam dan mempunyai mesej dakwah dan tarbiah yang cukup jelas serta mudah difaham khalayak penonton.
.
4. Ini kali pertama Anugerah Khas Juri diperkenalkan dalam Anugerah AMIN sejak tiga tahun penganjurannya.
.
5. Saya bersyukur kehadrat Allah swt atas anugerah tersebut. Terima kasih juga saya ucapkan pada Television Airtime Services (TAS) kerana sudi menerima konsep cerita ini dan menerbitkannya. Kepada wargakerja di TAS, sdr Razak, sdr Rosli dan cik Musdalifah juga saya mengucapkan terima kasih kerana sentiasa menyokong karya-karya saya. Cuma saya agak terkilan bila boss TAS, En Tahir Othman tidak dapat hadir untuk menerima trophi anugerah tersebut kerana sedang berada di Cannes. Trophi tersebut telah diambil dengan diwakilkan kepada Sdr Rosli.

6. Pernah seorang penerbit sebelum ini yang saya tawarkan untuk menerbitkan drama ini (sebelum diberikan pada TAS) menolaknya atas alasan tidak punya sebarang nilai komersial dan tidak menguntungkan syarikatnya untuk diterbitkan. Mungkin bukan rezeki penerbit tersebut untuk menerima anugerah ini.

Pejabat TAS di Glenmarie, Shah Alam.

Comments

2 Responses to “ANUGERAH KHAS JURI - AMIN KE 3”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

Anonymous said...

Salam,

Abang Zabidi,

Tahniah untuk kejayaan ini. Kerja kolektif juga. Terkenang situasi sebelum telemovie ini diterbitkan..

Teruskan usaha menulis skrip dari kaca mata seorang daie'...

-aliff-

p/s; muzalifah mohamad noor bukan musdalifah he!he!he!

October 11, 2009 at 10:20 PM
Anonymous said...

salam encik zabidi...

Terima kasih atas kepercayaan untuk TAS menerbitkan drama tersebut...

sekali lagi tahniah atas hasil mentarbiahkan penonton Malaysia... melalui karya seni encik zabidi...

RAZAK TAS

October 11, 2009 at 10:25 PM