REHAT & CARI ILHAM DALAM KERETAPI

Friday, October 16, 2009


1. Sejak Feb 2009 saya tidak putus-putus menulis skrip beberapa drama tv untuk RTM dan Astro (Prima & Oasis).
.
2. Hanya pada 28 Syawal baru ini saya sempat 'berhenti' seketika tapi menyambung menulis skrip semula pada 7 Syawal. Alhamdulillah semuanya telah dapat saya selesaikan minggu lepas. Kini saya hanya menunggu keputusan pitching RTM yang dijangka akan diketahui sebelum penghujung bulan Oktober ini.
.
3. Kelapangan yang ada telah saya gunakan untuk berehat. Pada 13 Okt saya telah ke Kelantan dengan menaiki keretapi KTM Express Wau jam 9.00 malam dari Kajang ke Wakaf Bharu. Setibanya di Wakaf Bharu pada jam 10.30am keesokkannya saya berkesempatan ke Kota Bharu dan Pengkalan Kubur berkat pertolongan seorang kawan yang sudi memandu kereta membawa saya ke sana ke mari.
.
4. Jam 6.30 pm hari yang sama saya menaiki keretapi semula di Tumpat untuk pulang ke Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan pergi dan balik saya banyak menghabiskan masa tidur sahaja dalam koc tempat tidur.
.
5. Saya sempat mendapat idea tentang satu kisah remaja drama 13 episod (1 jam) untuk disimpan dalam koleksi bankskrip peribadi saya.

Comments

2 Responses to “REHAT & CARI ILHAM DALAM KERETAPI”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

abunyer said...

Sdr Zabidi, tahniah kerana dapat Anugerah AMIN ke-3.
Saya selalu jugak naik keretapi koc tempat tidur.... seronok gila. Tapi saya rehat semata-mata tanpa satu skrip pun. Namun ke selatan sudah dan ke utara pun sudah... tapi ke Kelantan belum pernah lagi naik keretapi.

October 18, 2009 at 6:13 AM
yusofsmart said...

saya paling jauh naik k/api dr kl ke bangkok awal 90an.recce cetak buku "the west on the brink of death"... teruji jugak masa tu bulan pose...hadoi. bergegar iman tengok mek siam... hehehe. astagar.

October 18, 2009 at 9:45 PM