Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

CAKAP-CAKAP ORANG

Wednesday, October 21, 2009


1. 'Cakap-cakap' orang dalam industri penerbitan drama - "Kalau nak bina 'nama' buat drama kat tv3, nak tambah-tambah 'networking' buat drama di Astro. Nak buat duit buat drama di RTM".

2. Setelah melahirkan hampir lima puluh skrip drama sehingga kini, kebanyakkan drama saya disiarkan di RTM, tiga di Astro dan hanya satu di TV3.

3. Saya memilih untuk banyak menghasilkan karya untuk RTM kerana RTM lebih 'jujur' dan lebih 'berjiwa melayu' dalam menghasilkan drama-drama untuk mendidik masyarakat.

4. Saya tak reti menulis skrip drama yang penuh dengan skandal dan maksiat.

ANUGERAH KHAS JURI - AMIN KE 3

Sunday, October 11, 2009

Bersama sdr Rosli yang mewakili TAS untuk mengambil trophi sempena AMIN ke3
.
1. Dalam posting sebelum ini saya telah meramalkan karya saya KALIGRAFI CINTA akan menang banyak kategori drama yang dipertandingkan dan bukannya drama IHSAN yang juga merupakan karya saya. Namun sebaliknya IHSAN telah banyak memenangi beberapa kategori drama yang dipertandingkan. Antaranya Penerbit/Drama Terbaik, Skrip Terbaik, Pelakun Wanita Terbaik dan Pengarah Terbaik.
.
2. Namun saya agak terkejut apabila KALIGRAFI CINTA telah diberikan Anugerah Khas Juri. Mungkin kerana faktor 'uniqueness and something out of the box' yang dicari oleh para panel juri, KALIGRAFI CINTA dipilih untuk diberikan penghargaan dengan Anugerah Khas Juri tersebut.
.
3. Kisah sebuah kampung dimana jenerasi mudanya sudah tidak pandai menulis jawi dalam KALIGRAFI CINTA mempunyai kritik sosial yang tajam dan mempunyai mesej dakwah dan tarbiah yang cukup jelas serta mudah difaham khalayak penonton.
.
4. Ini kali pertama Anugerah Khas Juri diperkenalkan dalam Anugerah AMIN sejak tiga tahun penganjurannya.
.
5. Saya bersyukur kehadrat Allah swt atas anugerah tersebut. Terima kasih juga saya ucapkan pada Television Airtime Services (TAS) kerana sudi menerima konsep cerita ini dan menerbitkannya. Kepada wargakerja di TAS, sdr Razak, sdr Rosli dan cik Musdalifah juga saya mengucapkan terima kasih kerana sentiasa menyokong karya-karya saya. Cuma saya agak terkilan bila boss TAS, En Tahir Othman tidak dapat hadir untuk menerima trophi anugerah tersebut kerana sedang berada di Cannes. Trophi tersebut telah diambil dengan diwakilkan kepada Sdr Rosli.

6. Pernah seorang penerbit sebelum ini yang saya tawarkan untuk menerbitkan drama ini (sebelum diberikan pada TAS) menolaknya atas alasan tidak punya sebarang nilai komersial dan tidak menguntungkan syarikatnya untuk diterbitkan. Mungkin bukan rezeki penerbit tersebut untuk menerima anugerah ini.

Pejabat TAS di Glenmarie, Shah Alam.

FAKTOR 'NASIB' DALAM PENGHASILAN SEBUAH DRAMA (2)

Thursday, October 1, 2009

1. Menulis skrip drama yang tidak ada watak jahat atau Antoganist adalah antara signature saya. Untuk kaedah ini ciri-ciri antoganist dipaparkan dalam bentuk sifat mazmumah yang ada dalam diri Protagonist itu sendiri (inner conflict). Protagonist 'berperang' dengan ciri Antoganist yang bersarang dan 'membarah' dalam dirinya.
.
2. Walaupun tidak semua pengarah atau penerbit menyukai pendekatan melo-drama ini tapi kebanyakkan karya saya yang menggunakan signature tersebut telah banyak disenarai pendekkan dalam Anugerah Seri Angkasa, Anugerah Skrin Tv3 dan Anugerah Media Islam Negara.
.
3. Telemovie Qalbu yang bakal ditayangkan di OASIS esok (3.Okt) pada jam 10.00 malam adalah antara karya saya yang tidak mempunyai watak jahat. Ianya adalah 'kisah orang baik-baik' dengan masalah kehidupan mereka. Pada saya 'orang baik-baik' juga punya masalah mereka tersendiri dan boleh dijadikan bahan cerita untuk sebuah drama.
.
4. Sinopsis - Qalbu mengisahkan seorang isteri yang berjuang untuk menerima hakikat suaminya bakal berkahwin lagi dengan seorang wanita yang jauh lebih muda darinya. Si isteri tidak menolak hukum poligami dalam islam tetapi dia mempersoalkan kenapa suaminya dan 'para suami' setelah berjaya dalam membina kehidupan (perniagaan, politik dll) selalu berfikir untuk berpoligami (sahaja). Dia tertanya-tanya kenapa suaminya yang dahulu susah dan miskin tidak membalasnya dengan satu 'kesetiaan'? Padahal ketika susah dan hidup melarat dia turut sama berkorban untuk membina perniagaan suaminya.
.
5. Saya hanya berkesempatan menonton drama tersebut di pejabat penerbitnya Layar Consult Sdn Bhd semalam.
.
6. Saya agak kecewa dan kesal dengan hasilnya bila melihat watak Ustazah Waheda yang dipegang oleh pelakun vateran Ruminah Sidek telah 'menulis skrip' sendiri tanpa merujuk langsung dialoq yang telah saya tulis. Dialoq yang saya tulis itu sebenarnya adalah 'ibu' kepada keseluruhan story line Qalbu. Tapi akibat ketidak patuhan pada skrip, keseluruhan Qalbu menjadi hambar dan hilang hala tujunya.
.
7. Saya sertakan dialoq yang telah saya tulis di bawah ini untuk tatapan semua. Tidak ada satu pun dialoq tersebut di ikut oleh Ruminah Sidek. Semuanya adalah dialoq yang direka sendiri tanpa merujuk pada dialoq saya.
.
8. Inilah antara apa yang saya maksudkan 'Faktor Nasib Dalam Melahirkan Sebuah Drama'. Tiada apa yang saya boleh buat untuk memperbaiki drama tersebut. Nasi telah pun menjadi bubur. Qalbu akhirnya menjadi sebuah drama tentang satu 'kisah' dan bukan tentang satu 'tarbiyah'.
.
9. Cuma lakunan baik oleh Aida Razwill dan Jalil Hamid menyelamatkan drama tersebut.
.
10. Saya kecewa kerana gagal memberikan drama yang terbaik kepada OASIS.


Sedutan dari skrip asal babak 23, Qalbu

s23. Malam/rumah Riduan/dalam
watak: Ustazah Waheda / Normala/Mak mah


DI RUANG TAMU MAK MAH JOINT PERBUALAN SELEPAS HDANG AIR PADA USTAZAH.

Mak Mah
Jemput minum ustazah. Lama ustazah waheda tak datang sini ye.

Ustazah Waheda
Maaf datang malam-malam ni. Mala dah lama tak datang usrah saya. Tu yang singgah ni. Saja nak tanya khabar. Ingatkan mala sakit.

Normala
Saya sibuk dengan masalah peribadi ustazah. Sebab tu dah lama tak datang usrah ustazah tu.

Ustazah Waheda
Berat je bunyi masalah mala tu.

Normala
Boleh saya tanya sikit ustazah?

Ustazah Waheda
Boleh.

Normala
Kita semua tahu poligami itu dibenarkan dalam islam, tapi apakah hikmah yang ada dalam poligami ustazah?

Ustazah Waheda
Contoh ikutan kita yang paling baik adalah dengan melihat kepada poligami Rasulullah s.a.w. Rasulullah poligami kerana empat faktor iaitu kerana factor pertama Ta’alimiah atau kepentingan pengajian, kedua Tasyria’ah atau kepentingan perkembangan dan pemahaman hukum hakam.

Mak mah
Orang lelaki patut dengar ni ustazah. Maaf, yang ketiga apa ustazah?

Ustazah Waheda
Ketiga faktor ijtima’iyah atau demi kepentingan ekonomi dan yang akhirnya faktor siyasiyah atau demi kepentingan politik.

Normala
Rasulullah kawin dengan saadah yang miskin dan bela ramai anak yatim itu atas dasar apa ustazah?

Ustazah Waheda
Itu atas kepentingan ijtima’iyah atau demi kepentingan social dan kemasyarakatan kerana saudah janda tua yang miskin. Rasullullah kawin untuk membela seorang janda dan sekaligus anak-anak yatim yang dibela oleh saadah.

Mak Mah
Ooo..macam tu la ye. Tapi zaman sekarang ni ada ke yang nak ikut jejak rasulullah kawin janda tua atas dasar pembelaan?

Normala
Ade ke ustazah?

Cut to:

TERSUNGKUR DI PINTU SYURGA

Sunday, September 6, 2009

1. Sejak seminggu dua ini berita Fauziah Ahmad Daud (Ogy) kerap tersiar dalam akhbar harian dan tabloid.

2. Ogy banyak bercerita tentang jodohnya, anak angkatnya dan juga menyentuh tentang perkembangan aktiviti kariernya. Dia kini sedang sibuk menerbit dan mengarahkan beberapa buah drama dan antaranya adalah sebuah telemovie bertajuk TERSUNGKUR DIPINTU SYURGA (TDPS) untuk siaran di Astro.
3. Ramai bertanya pada saya adakah TDPS itu diilhamkan dari buku pertama saya?

4. Ogy ada bertemu dengan saya pada Mac 2009 lepas menawarkan pada saya untuk menulis skrip drama TDPS tersebut. Namun kerana jadual saya yang terlalu ketat, saya terpaksa menolaknya. Ogy kemudian meminta izin dari saya untuk menggunakan tajuk TDPS tersebut dan saya membenarkannya.

5. Cerita TDPS Ogy berbeza dan tak sama dengan buku tulisan saya. Hanya tajuknya sahaja yang diambil.