ANTARA 'TANDA PUTERA' & 'RUMAH KECIL ITU'

Friday, March 15, 2013

1. Filem 'TANDA PUTERA' karya Suhaimi Baba tentang peristiwa 13 mei yang sepatutnya ditayangkan pada 13 September 2012 sudah beberapa kali di tunda oleh FINAS. Drama telemovie saya 'RUMAH KECIL ITU' juga tentang peristiwa 13 Mei.

2. Kedua-duanya mengangkat isu perkauman yang amat sensitif. Dalam skrip saya ada dialoq-dialoq yang berbunyi 'Melayu dan Cina bergaduh', "PAP hasut kaum cina benci Melayu',"Cina dan melayu merusuh di Kuala Lumpur", "PAP mahu perjuangkan Malaysian Malaysia', "Melayu mati", "Cina mati", "Tetak dengan parang".

3. Bezanya saya menggunakan pendekatan komedi.

4. Ianya mengisahkan porak peranda yang berlaku di sebuah jamban setelah dharurat diistiharkan selepas berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969, Kisah ini diilhamkan dari kisah benar yang menimpa keluarga saya sendiri yang ketika itu tinggal di Batu Gajah Perak.

5. Saya percaya khalayak penonton yang menontonnya akan ketawa dan terhibur menonton drama ini. Apa yang lebih penting adalah sub text di sebalik dialoq-dialoq yang terkandung dalam drama unik ini.

6. Saya belum berkesempatan menonton TANDA PUTERA tapi begitu teruja mahu membandingkannya dengan RUMAH KECIL ITU.












Mandy Chong bersama Pengarah Jurey Latif.

BENGKEL SKRIP PTS/FINAS - APRIL

Monday, March 11, 2013


TELE : MENDONGAK KE PUNCAK (RTM)

Thursday, March 7, 2013

Tele MENDONGAK KE PUNCAK arahan pengarah veteran Yusof Kelana baru sahaja selesai shooting di sekitar Kundasang, Ranau dan Kota Kinabalu pada 28hb Feb lepas.

Sinopsis : Kisah seorang ibu dan nenek yang tidak mahu berhenti menjadi porter walau pun di desak oleh anak dan menantunya. 

Cerita ini kisah konflik keluarga yang tidak ada kisah cinta. Tapi saya percaya elemen porter yang mengangkat barang mendaki gunung Kinabalu dengan upah sebanyak RM10.00 sekilo ini mempunyai nilai yang baik untuk diangkat dalam sebuah drama. Drama ini dijangka akan ditayangkan sempena Hari Ibu pada Mac nanti. Semua para pelokonnya adalah anak tempatan Sabah sendiri.



Gambar hiasan : Porter di Mount Kinabalu.

DR BUBBLES

Wednesday, March 6, 2013

Semalam bersama isteri bertemu dan berbual panjang dengan Iskandar Syah Ismail (Dr Bubbles) dan isterinya di KLCC. Kata Iskandar, di barat terdapat ramai Dr Clown atau Dr Badut menghiburkan kanak-kanak yang menerima rawatan di hospital. Apa yang menarik tentang Iskandar ini ialah dia seorang pelajar tajaan Petronas lulusan Chemical Engineering dari University Of Bradford UK. Dia memilih menjadi Dr Clown hanya semata-mata kerana niatnya mahu menghiburkan kanak-kanak pesakit kanser di Malaysia. Kerana niat itu dia telah menubuhkan Persatuan Penghibur Kanak-kanak Buih Merah Kuala Lumpur dan Selangor.

Kisah hidupnya dari zaman student hinggalah dia dipanggil oleh MERCY Malaysia untuk menjadi Dr Clown menghiburkan kanak-kanak mangsa gempa bumi di Bagram Iran cukup menarik minat saya. Malah cerita isterinya bagaimana penerimaan keluarganya untuk dia berkahwin dengan seorang badut juga agak lucu.

Kisah Dr Bubbles ini mempunyai elemen lengkap pada sebuah filem structure. Ada Act 1, Act 2 dan Act 3. Saya kata pada Iskandar kisah hidupnya sesuai dijadikan drama tv. Kata saya pada Iskandar, khalayak penonton melayu kini dahagakan cerita-cerita yang lari dari kisah-kisah cinta uda & dara. Mereka mahukan cerita-cerita yang ada universal value apatah lagi jika ianya berdasarkan pada satu kisah benar. Drama saya HANI (2010) terbitan Layar Consult Sdn Bhd di TV3 hanyalah sebuah kisah seorang pelajar sekolah menghidapi barah otak dan kemudian menjadi buta selepas pembedahan. Tapi drama ini telah mendapat rating 2.9 juta penonton dan kemudiannya di calonkan menyertai Asian TV Awards 2011 di Singapura dalam kategori Best Serial Drama. Kerana itu saya percaya kisah jatuh bangun Dr Bubbles ini boleh diangkat menjadi sebuah drama kehidupan yang sesuai dijadikan tontonan penonton drama melayu.

Saya mahu menulis skrip tentang Dr Bubbles. Dan saya percaya semua station tv akan berebut-rebut untuk mendapatkan kisah Dr Bubbles ini.

Kerja menghiburkan kanak-kanak pesakit kanser yang mendapat rawatan di hospital pada saya juga adalah kerja dakwah yang mulia dan besar ganjaranya di sisi Allah.

Keterangan lanjut mengenai Red Bubbles boleh lihat pada link : www.redbubbles.org.my


BENGKEL PITCHING ANJURAN PENULIS

Tuesday, February 26, 2013

23hb Feb saya telah dijemput oleh Persatuan Penulis Lakun Layar Kuala Lumpur & Selangor (PENULIS) untuk bertukar-tukar pengalaman dengan para penulis mengenai teknik pitching. Sesi tersebut telah di adakan di Pusat Komuniti Kejiranan Prescint 9, Putrajaya.






CERAMAH DI YADIM

Thursday, January 10, 2013

10 hb Jan. Gambar-gambar sekitar ceramah saya di ibupejabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Lumpur.

Bersama Dato' Sri Zam, Naib Yang Dipertua YADIM.





ISU INSENTIF DALAM BERITA HARIAN

7hb. Jan - isu insentif khas utk penulis skrip dari Dana Industri Kreatif Negara KPKK yg saya tulis dlm FB baru-baru telah h mendapat perhatian akhbar hari ini. Alhamdulillah 


LIVE DALAM PROGRAM 'HALLO MALAYSIA' TV BERNAMA

7. JAN - Saya telah di jemput untuk muncul secara live untuk bercakap mengenai isu penulis skrip yang dipinggirkan dalam pemberian insentif dari Dana Industri Kreatif Negara yang diujudkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Dalam rancangan itu saya telah menyebut penulis skrip bukan makan gaji dengan penerbit,bukan pekerja belakang tabir,bukan krew tapi adalah 'rakan niaga idea' kepada penerbit".

kiri : Pengacara Sharkawi Jirim dan Jurey Rosli, Presiden Persatuan Penerbit TV Malaysia (PPTVM)

JAWI-FINAS MESYUARAT DAN PEMBENTANGAN CADANGAN BAGI MENGANJURKAN PROGRAM DA'IE SCRIPT2SCREEN

9hb. Jan - JAWI dan FINAS akan mengadakan kerjasama dalam penganjuran satu program realiti pencarian Da'ie Script2Screen pada hujung bulan Feb ini. Program tersebut adalah merupakan kursus penulisan skrip khusus untuk golongan agamawan yang tidak pernah menghasilkan sebarang skrip drama tv tetapi bercita-cita untuk menjadi penulis skrip drama tv dan filem. Program tersebut hanya terhad kepada 30 orang peserta yang berumur antara 25-45 tahun sahaja. Kursus akan bermula pada Feb ini dan akan berakhir pada Disember 2013

Untuk fasa pertama kelas penulisan skrip patuh syariah ini, saya akan mengajar para peserta selama 30 jam 6 hari berturut-turut. Para peserta kemudian akan diletakkan dalam program mentor-mentee untuk dibimbing secara one-to-one oleh beberapa orang award winning script writer.

Audition juga akan diadakan selama dua hari bertempat di Dewan Muktamar Pusat Islam seminggu selepas PC tersebut. Pengumuman untuk penyertaan program ini nanti akan dibuat sebelum khutbah jumaat di semua masjid-masjid seluruh Wilayah Persekutuan yang terletak dalam pentadbiran JAWI.

Kepada yang berminat jangan lepaskan peluang ini kerana yuran penyertaan semua peserta kursus akan ditanggung sepenuhnya oleh JAWI.
 
 kanan sekali Ustaz Tuan Asmawi Pengarah Bahagian Perhubungan Awam JAWI

PTS-FINAS ADAKAN KERJASAMA MELAHIRKAN PENULIS SKRIP

9.Jan 2013 - Satu mesyuarat telah diadakan antara PTS-FINAS bagi membincangkan cadangan PTS untuk mengadakan kursus penulisan skrip di FINAS. Dalam kerjasama tersebut FINAS akan menyediakan tempat serta kemudahan dan  tenaga pengajarnya. PTS pula akan terlibat dalam semua urusan promosi dan penyertaan peserta kursus. Saya dijangka akan terlibat mengejar dan mengendalikan keseluruhan kursus tersebut. Kursus telah dicadangkan akan di adakan pada April akan datang.

kiri : En Zainuddin (FINAS), Puan Sharifah (FINAS), Zabidi Mohamed, En Mohd Fazli, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan FINAS.

PERASMIAN PEJABAT BARU WEB SDN BHD

Friday, January 4, 2013

1. Gambar-gambar sekitar perasmian pejabat baru World Evolution Brain Sdn Bhd (WEB) milik Jurey Latif merangkap Presiden Persatuan Penerbit TV Malaysia (PTVM) pada 4.Jan di Taman Seri Rampai, Kuala Lumpur. Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Kebudayaan & Komunikasi.

2. Bersempena dengan majlis tersebut WEB juga telah menyampaikan bonus pada penulis skrip dan krew yang terbabit dalam drama terbitan WEB yang menerima insentif Dana Industri Kreatif KPKK pada 24. Disember 2012. WEB menerima insentif dari dua drama bersiri yang diterbitannya iaitu MAHARANI (skrip- Zabidi Mohamed) dan MAK YONG (skrip- Adza Irdawati Hj Adenan).










PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN PERDANA PULAU PINANG

Wednesday, January 2, 2013

11.Disember 2012 baru-baru ini saya telah dijemput untuk menyampaikan ceramah pada program Tafaqquh Fiddin Perdana yang dihadiri oleh guru-guru takmir seluruh Pulau Pinang, Program ini dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang bertempat di Hotel Sri Malaysia di Kepala Batas. Saya telah menyampaikan ceramah mengenai bahaya dan ancaman ajaran sesat kepada aqidah dan keselamatan umat islam.