JAWI-FINAS MESYUARAT DAN PEMBENTANGAN CADANGAN BAGI MENGANJURKAN PROGRAM DA'IE SCRIPT2SCREEN

Thursday, January 10, 2013

9hb. Jan - JAWI dan FINAS akan mengadakan kerjasama dalam penganjuran satu program realiti pencarian Da'ie Script2Screen pada hujung bulan Feb ini. Program tersebut adalah merupakan kursus penulisan skrip khusus untuk golongan agamawan yang tidak pernah menghasilkan sebarang skrip drama tv tetapi bercita-cita untuk menjadi penulis skrip drama tv dan filem. Program tersebut hanya terhad kepada 30 orang peserta yang berumur antara 25-45 tahun sahaja. Kursus akan bermula pada Feb ini dan akan berakhir pada Disember 2013

Untuk fasa pertama kelas penulisan skrip patuh syariah ini, saya akan mengajar para peserta selama 30 jam 6 hari berturut-turut. Para peserta kemudian akan diletakkan dalam program mentor-mentee untuk dibimbing secara one-to-one oleh beberapa orang award winning script writer.

Audition juga akan diadakan selama dua hari bertempat di Dewan Muktamar Pusat Islam seminggu selepas PC tersebut. Pengumuman untuk penyertaan program ini nanti akan dibuat sebelum khutbah jumaat di semua masjid-masjid seluruh Wilayah Persekutuan yang terletak dalam pentadbiran JAWI.

Kepada yang berminat jangan lepaskan peluang ini kerana yuran penyertaan semua peserta kursus akan ditanggung sepenuhnya oleh JAWI.
 
 kanan sekali Ustaz Tuan Asmawi Pengarah Bahagian Perhubungan Awam JAWI

Comments

No response to “JAWI-FINAS MESYUARAT DAN PEMBENTANGAN CADANGAN BAGI MENGANJURKAN PROGRAM DA'IE SCRIPT2SCREEN”
Post a Comment | Post Comments (Atom)