DR BUBBLES

Wednesday, March 6, 2013

Semalam bersama isteri bertemu dan berbual panjang dengan Iskandar Syah Ismail (Dr Bubbles) dan isterinya di KLCC. Kata Iskandar, di barat terdapat ramai Dr Clown atau Dr Badut menghiburkan kanak-kanak yang menerima rawatan di hospital. Apa yang menarik tentang Iskandar ini ialah dia seorang pelajar tajaan Petronas lulusan Chemical Engineering dari University Of Bradford UK. Dia memilih menjadi Dr Clown hanya semata-mata kerana niatnya mahu menghiburkan kanak-kanak pesakit kanser di Malaysia. Kerana niat itu dia telah menubuhkan Persatuan Penghibur Kanak-kanak Buih Merah Kuala Lumpur dan Selangor.

Kisah hidupnya dari zaman student hinggalah dia dipanggil oleh MERCY Malaysia untuk menjadi Dr Clown menghiburkan kanak-kanak mangsa gempa bumi di Bagram Iran cukup menarik minat saya. Malah cerita isterinya bagaimana penerimaan keluarganya untuk dia berkahwin dengan seorang badut juga agak lucu.

Kisah Dr Bubbles ini mempunyai elemen lengkap pada sebuah filem structure. Ada Act 1, Act 2 dan Act 3. Saya kata pada Iskandar kisah hidupnya sesuai dijadikan drama tv. Kata saya pada Iskandar, khalayak penonton melayu kini dahagakan cerita-cerita yang lari dari kisah-kisah cinta uda & dara. Mereka mahukan cerita-cerita yang ada universal value apatah lagi jika ianya berdasarkan pada satu kisah benar. Drama saya HANI (2010) terbitan Layar Consult Sdn Bhd di TV3 hanyalah sebuah kisah seorang pelajar sekolah menghidapi barah otak dan kemudian menjadi buta selepas pembedahan. Tapi drama ini telah mendapat rating 2.9 juta penonton dan kemudiannya di calonkan menyertai Asian TV Awards 2011 di Singapura dalam kategori Best Serial Drama. Kerana itu saya percaya kisah jatuh bangun Dr Bubbles ini boleh diangkat menjadi sebuah drama kehidupan yang sesuai dijadikan tontonan penonton drama melayu.

Saya mahu menulis skrip tentang Dr Bubbles. Dan saya percaya semua station tv akan berebut-rebut untuk mendapatkan kisah Dr Bubbles ini.

Kerja menghiburkan kanak-kanak pesakit kanser yang mendapat rawatan di hospital pada saya juga adalah kerja dakwah yang mulia dan besar ganjaranya di sisi Allah.

Keterangan lanjut mengenai Red Bubbles boleh lihat pada link : www.redbubbles.org.my


Comments

No response to “DR BUBBLES”
Post a Comment | Post Comments (Atom)