TAYANGAN TELE 'AKU BUKAN RABIATUL' DI ASTRO PRIMA

Tuesday, November 30, 2010

TELEMOVIE SAYA 'AKU BUKAN RABIATUL' ARAHAN JUREY ROSLI AKAN DITAYANGKAN PADA 5.DIS (AHAD) JAM 10.00 MALAM DI ASTRO PRIMA.

SELAMAT MENONTON

SHOOTING DRAMA UMMU HANI DI BATU 14, HULU LANGAT 30.NOV





SHOOTING DRAMA UMMU HANI DI PUTRAJAYA 25.NOV

Thursday, November 25, 2010










ANTARA TEATER DAN BUKU

Tuesday, November 23, 2010


SAYA ADALAH SEORANG PEMINAT TEATER. NAMUN KHUSUS MENGENAI KONFLIK ANTARA DATIN FATINI YAACOB DAN EIRMA FATIMA BERKAIT ISU PEMENTASAN 'TEATER NATRAH MUSIM KE 2' SAYA MEMILIH UNTUK 'MEMBACA' DAN BUKANNYA 'MENONTON' SEJARAH DAN IKHTIBAR YANG BOLEH KITA AMBIL DARI TRAGEDI NATRAH.

INTERVIEW DOKUMENTARI 'NATRAH'

Thursday, November 18, 2010

INTERVIEW DOKUMENTARI 'NATRAH' UNTUK ASTRO YANG DIBUAT DI RUMAH SAYA HARI INI. ENTRY DALAM BLOG SAYA BERTAJUK ' AKU, NATRAH DAN PROF TAN SRI AHMAD IBRAHIM SEBELUM INI DIANGGAP MENARIK MENYEBABKAN PIHAK PRODUCER MEMILIH SAYA UNTUK DI LIBATKAN SEBAGAI TAMU DALAM DOKUMENTARI NATRAH. APATAH LAGI SAYA ADALAH BEKAS ANAK MURID PROF AHMAD IBRAHIM. DOKUMENTARI INI DIBUAT JUGA BERSEMPENA DENGAN PENERBITAN DRAMA 8 EPISOD 'NATRAH' OLEH ASTRO. KEDUA-DUA DOKEMENTARI DAN DRAMA TERSEBUT DIJANGKA AKAN DITAYANGKAN AWAL TAHUN 2011.


BANJIR DI BEUFORT,SABAH

Tuesday, November 16, 2010

BACK PACKERS STYLE TRAVELING

KUNJUNGAN SAYA KE BEUFORT, SABAH PADA 12.NOV UNTUK MENCARI MOOD BAGI MELAKAR TREATMENT DRAMA 24 EPISOD 'CINTA BERTAHAN' UNTUK SLOT AKASIA DI TV3 TELAH DISAMBUT DENGAN BANJIR. RANCANGAN SAYA UNTUK MENAIKI KERETAPI DARI BEUFORT KE TENOM TERPAKSA DIBATALKAN KERANA STATION KERETAPINYA TURUT DITENGGELAMI AIR. INSYAALLAH SAYA AKAN DATANG SEMULA KE BEUFORT DALAM MASA TERDEKAT.

DRAMA 'UMMU HANI' DAN QURAN BRAILLE

Monday, November 15, 2010

Berasama Mah Hasan di bilik percetakan quran braille.

1. Pada 1984 saya yang ketika itu berada di tahun 2 di Fakulti Undang-undang Universiti Malaya bersama dengan dua rakan sekuliah Dato' Ishak Shari (kini Penasihat Undang2 Negeri Sembilan) dan Dato' Tengku Hishamudin (Managing Partner di firma guaman Hisham, Sobri & Kadir) telah dijemput oleh Mah Hassan yang ketika itu juga rakan sekuliah saya (kini Presiden Malaysia Assosiation Of The Blind) untuk membantunya dan beberapa orang cacat penglihatan beragama islam merangka perlembagaan bagi penubuhan Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS).

2. 1989 Pendaftar Pertubuhan telah meluluskan penubuhan PERTIS tersebut. Mah Hasan yang ketika itu adalah seorang peguam telah menjadi Presiden Pertis yang pertama.

3. Antara projek besar yang pernah diusahakan oleh Mah Hasan bersama beberapa orang rakan senasib dengannya di Pertis ialah mencipta percetakan quran braille menggunakan teknologi komputer. Selama ini quran braille diterbitkan secara manual menjadikan kos penerbitannya terlalu mahal dan agak terhad.

4. Usaha Pertis mencetak quran braille menggunakan teknologi komputer ini dipercayai adalah yang pertama di dunia.

5. Drama Ummu Hani menjadikan usaha mencipta percetakan quran braille guna komputer ini sebagai latar ceritanya.

6. Terima kasih Mah Hasan kerana telah membantu saya dalam penerbitan drama Ummu hani.

7. Beberapa orang buta juga akan berlakun sebagai pelakun xtra dalam drama Ummu Hani ini nanti.



Mah Hasan menunjukkan demonstrasi bagaimana quran braille boleh dicetak dengan menggunakan teknologi komputer. Senaskah quran braille lengkap 30 juz boleh dicetak dalam masa 4 jam menggunakan komputer. Ini berbeza dengan cara manual sebelum ini dimana masa antara setahun hingga dua tahun diambil untuk menyiapkannya.

SITI FATHIA SEBAGAI 'UMMU HANI'

Siti Fathia Abdul Latif sebagai 'Ummu Hani'.

DRAMA SAYA 'UMMU HANI' UNTUK SLOT LESTARY TV3 TELAH MEMULAKAN PENGEMBARAN PADA 11.NOV. DRAMA 13 EPISOD (1 JAM) INI DI ARAHKAN OLEH HEYKAL HANAFIAH DAN DIJANGKA AKAN TAMAT PENGAMBARAN SEBELUM 22 DIS. INI. EPISOD PERTAMA AKAN DITAYANGKAN PADA 7.DIS JAM 9.00-10.00 MALAM DAN SETERUSNYA PADA SETIAP SELASA.

DIANA DANIALE YANG AWALNYA DICADANGKAN TV3 UNTUK MEMEGANG WATAK UTAMA TERPAKSA MENARIK DIRI AKIBAT TERLALU SIBUK DAN DIGANTIKAN DENGAN SITI FATHIA ABDUL LATIF.

INTO THE STORM

Tuesday, November 9, 2010

FILEM INI YANG DITAYANGKAN DI CHANNEL HBO MALAM TADI CUKUP MENARIK PERHATIAN SAYA. WALAUPUN DIALOQUE ORIENTED (A STORY MOVED BY DIALOQUE) TAPI SKRIP YANG DIGARAP MELIHAT WINSTON CHURCHILL DARI P.O.V ISTERINYA MEMBERI KELAINAN PADA FILEM INI. 'INTO THE STORM' AMAT BERBEZA DARI FILEM-FILEM MENGENAI WINSTON CHURCHIL YANG LAIN YANG PERNAH SAYA TONTON.

FILEM TAMIL 'SANTOSH SUBRAMANIAM'

Saturday, November 6, 2010


SAYA TELAH MENONTON FILEM TAMIL 'SANTOSH SUBRAMANIAM' DI TV2 SEMPENA DEEPAVALI BARU-BARU INI. GARAPAN SKRIPNYA CUKUP UNIK DAN MENARIK PERHATIAN SAYA. BANYAK YANG SAYA BELAJAR DARI FILEM INI TERUTAMANYA BAGAIMANA UNTUK MENGGARAP SEBUAH GENRE KOMEDI YANG TIDAK SLAPTIK MALAH DALAM MASA YANG SAMA MENJADIKAN PENONTON MERASA MEREKA TURUT DIHARGAI BILA MENONTONNYA.

Sinopsis : kisah Subramaniam seorang ayah yang terlalu sayang pada anak lelakinya hingga dia menentukan apa yang terbaik untuk anaknya. Si anak, Santosh pula kerana sayangkan ayahnya tidak berani membantah dan hanya mengikut sahaja apa yang ditentukan oleh ayahnya. Dia juga tidak membantah untuk ditunangkan dengan anak rakan perniagaan ayahnya walaupun dia sendiri belum bersedia untuk bercinta. Keadaan walau bagaimanapun berubah dan konflik antara Subramaniam dan Santosh bermula apabila Santosh berkenalan dengan seorang rakan wanita sekolejnya yang suka bercakap tanpa tahu bila dia patut berhenti bercakap.

KURSUS PENULISAN SKRIP KAMAL ISHAK DI SABAH

Friday, November 5, 2010

Kursus penulisan skrip kendalian Kamal Ishak di Kota Kinabalu, Sabah.

1. Sejak drama saya MADAI MENANTI (13 episod) ditayangkan awal tahun ini di RTM, dua pelakun utamanya EBI KORNELIS dan Cikgu MARLIN MALALIN begitu bersemangat mahu mengangkat semula kegemilangan Sabah dalam industri penerbitan drama dan filem seperti mana yang berlaku dalam era Deddy M.Borhan (Sabah Filem) sekitar tahun 80an dulu.

2. Mereka berdua dengan kerjasama producer terkenal di Sabah, Norsahar (Immortallecreative Sdn Bhd) pada hujung Okt lalu telah menganjurkan Kursus Penulisan Skrip di Kota Kinabalu, Sabah.

3. Kursus tersebut telah dikendalikan oleh otai skrip terkemuka tanahair yang juga seorang pengarah filem/drama terkenal Kamal Ishak.

4. Negeri Sabah punya ramai bakat dan individu yang berminat menjadi penulis skrip tapi mereka kurang terdedah kepada kursus-kursus penulisan skrip. Usaha yang dilakukan oleh Ebi Kornelis dan Cikgu Marlin ini patut dipuji dan disokong kerana ianya dianjurkan tanpa mendapat sebarang bantuan dari pihak kerajaan atau FINAS.

5. RTM dan station TV lain (Media Prima dan Astro) patut memberi lebih peluang dan ruang kepada producer di Sabah untuk menerbitkan lebih banyak drama dengan menjadikan latar di Sabah sebagai tema drama mereka.

Ebi Kornelis (atas) dan Cikgu Marlin (bawah)

SECANKIR KASIH KE UMMU HANI

Tuesday, November 2, 2010


Ustaz Shariff Baharom (dua dari kiri) mendengar sebahagian anak didiknya yang cacat penglihatan membaca al-Quran dalam bentuk Braille di Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia, Brickfields, Kuala Lumpur, semalam. (Gambar hiasan - sumber Utusan Malaysia)

1. Atas cadangan TV3, drama saya SECANKIR KASIH 13 episod telah ditukar tajuknya pada UMMU HANI sesuai dengan nama pada watak utamanya yang bakal dilakunkan oleh Diana Danielle.

2. Cerita ini turut memaparkan bagaimana Ummu Hani terlibat secara langsung dalam membantu PERSATUAN ORANG CACAT PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA (POCPIM) dan DARUL QURAN JAKIM menerbitkan quran braille yang diterbitkan dengan menggunakan teknologi komputer yang pertama di Asia Pasifik.

3. Shooting drama ini dijangka akan bermula pada 9 Nov ini dan episod pertama akan ditayangkan pada 7 Dis ini di slot LESTARY di TV3 sempena sambutan Maal Hijrah.

4. Drama UMMU HANI adalah sebuah kisah cinta remaja tapi cuba mengangkat tema dan latar yang sedikit berbeza dari kebiasaan.