DRAMA 'UMMU HANI' DAN QURAN BRAILLE

Monday, November 15, 2010

Berasama Mah Hasan di bilik percetakan quran braille.

1. Pada 1984 saya yang ketika itu berada di tahun 2 di Fakulti Undang-undang Universiti Malaya bersama dengan dua rakan sekuliah Dato' Ishak Shari (kini Penasihat Undang2 Negeri Sembilan) dan Dato' Tengku Hishamudin (Managing Partner di firma guaman Hisham, Sobri & Kadir) telah dijemput oleh Mah Hassan yang ketika itu juga rakan sekuliah saya (kini Presiden Malaysia Assosiation Of The Blind) untuk membantunya dan beberapa orang cacat penglihatan beragama islam merangka perlembagaan bagi penubuhan Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS).

2. 1989 Pendaftar Pertubuhan telah meluluskan penubuhan PERTIS tersebut. Mah Hasan yang ketika itu adalah seorang peguam telah menjadi Presiden Pertis yang pertama.

3. Antara projek besar yang pernah diusahakan oleh Mah Hasan bersama beberapa orang rakan senasib dengannya di Pertis ialah mencipta percetakan quran braille menggunakan teknologi komputer. Selama ini quran braille diterbitkan secara manual menjadikan kos penerbitannya terlalu mahal dan agak terhad.

4. Usaha Pertis mencetak quran braille menggunakan teknologi komputer ini dipercayai adalah yang pertama di dunia.

5. Drama Ummu Hani menjadikan usaha mencipta percetakan quran braille guna komputer ini sebagai latar ceritanya.

6. Terima kasih Mah Hasan kerana telah membantu saya dalam penerbitan drama Ummu hani.

7. Beberapa orang buta juga akan berlakun sebagai pelakun xtra dalam drama Ummu Hani ini nanti.



Mah Hasan menunjukkan demonstrasi bagaimana quran braille boleh dicetak dengan menggunakan teknologi komputer. Senaskah quran braille lengkap 30 juz boleh dicetak dalam masa 4 jam menggunakan komputer. Ini berbeza dengan cara manual sebelum ini dimana masa antara setahun hingga dua tahun diambil untuk menyiapkannya.

Comments

No response to “DRAMA 'UMMU HANI' DAN QURAN BRAILLE”
Post a Comment | Post Comments (Atom)